Thursday, December 16, 2010

Kek Batik yang lembut dan sedap


Hallo2...miss amie is here..kali ni cik amie nak membawakan resepi kek batik...as everybody already know...kek batik ni memanglah senang nak wat..x perlukan oven atau pun periuk kukus..just gunakan kuali dan dapur gas sahaja...tapi untuk menghasilkan kek batik yang lembut dan sedap itu yang susah..hehe...jadi kali ini cik amie nak bawakan resepi kek batik version cik amie...hehe...bagi yang pernah merasa kek batik air tangan cik amie bolehlah comment dibawah nanti....bagi sesiapa yang masih belum dapat lagi merasa...nanti ada rezeki leh la rasa...hehe...kak liza jangan lupa untuk mencuba yer..nanti kasi cik amie rasa plak air tangan kak liza...hehe..anak sedara x dapat makan sampai mengidam2 suruh mak die buat...br jer malam semalam anak sedara tepon mintak resepi kek batik ni...so kawan2 semua jangan lupa untuk mencuba yer...

Jom tengok resepi......


Kek Batik yang lembut dan sedap by cik amie                                                                          

Bahan
350g biskut Marie - patahkan 4 (Cik ami guna jenama Hup Seng)
4 telur (cik amie pilih Gred C)
1 cwn gula putih
¾  ketu1 butter 250g (cik amie guna jenama buttercup)
¾ cwn koko powder van houten
3 bar chocholate masakan van houten (xde pun xpe)
¾  cwn freshmilk coklat
½ cawan susu manis

Cara- cara membuatnya :
1) Telur dan gula dipukul menggunakan whisker sehingga agak kembang.
2) Cairkan butter di dalam periuk.
3) Setelah butter cair sepenuhnya masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.
4) Masukkan susu manis dan fresh milk.
5) Masukkan telur yang telah dipukul dengan gula tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Elakkan adunan berketul di dalam kuali.
6) Simpan sedikit adunan supaya dapat dijadikan topping pada kek nanti.
7) Matikan api dan akhir sekali masukkan biskut marie. Gaul sehingga rata dan pasatikan kesemua biskut telah disalut dengan coklat.
 8) Tuang adunan ke dalam bekas. Seelok2nya pastikan bekas yang digunakan dilapik dengan aluminium foil terlebih dahulu untuk mengelakkan adunan melekat pada bekas.
9) Semasa tuang biskut susunlah biskut cantik2 supaya nanti bila potong kek batik akan nampak cantik dan tersusun biskutnya.
10) Akhir sekali, masukkan sedikit adunan coklat tadi dan tuang ke atas adunan supaya dapat dijadikan topping.
11) Biarkan sekejap diluar 15 minit, apabila dah sejuk masukkan didalam peti ais dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk dan kek akan menjadi lebih keras dan sedap dimakan.
12) Kek telah siap dan boleh dipotong. Selamat mencuba!!

 Notes :

1)      kalau masukkan susu sebelum koko, nanti koko jadi berketul.. jadi masukkan koko sebelum susu.

2)      Boleh tambah kismis atau kacang tumbuk jika suka.



kek batik yang baru sahaja diletakkan didalam bekas...



ni gambar setelah kismis ditaburkan di atas kek batik....dan setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk selama semalaman...




kek yang telah disimpan semalaman di dalam peti sejuk..dan siap dipotong...and ready to eat...

Ok...kek ni dah second time cik amie wat..jangan lupa untuk mencuba yer...sehingga kita berjumpa lagi untuk resepi yang akan datang plak...Daaa...

4 comments:

Lizawati said...

kek batik cik amie ni mmg sedap..rugi kalo tak cuba..special ada kismis..

amie hani said...

puji lebih2 ada apa2 ke ni...hehe

zaza ismail said...

waaaa my favorite kek...amie lanting kat zaza satu.

amie hani said...

puteri zaza - lanting tu apa?