Saturday, July 31, 2010

Thank you Kak Liza...(^_^)

2 comments
Hallo2..amie's here..hari ni dah hari sabtu..esok dah hari ahad...masa kak liza baca post ni nanti...amie ngn kak shima dah ada kat sarawak dah...Mesti kak liza akan rindukan korang nanti...hehe...Nak ucapkan thank you very much kat Kak Liza..sebab belikan kek masa my birthday...But...Kak Liza masih hutang satu lagi benda ngn amie...iaitu kak liza belum masakkan lagi mee goreng untuk amie...hihi...pastikan bile kami dah pulang dari sarawak nanti dah ada mee goreng kat rumah...hehe...

Harap kawan2 dapat mendoakan saya dan kak shima selamat pergi dan balik dari Sarawak..hari jumaat minggu depan..x ambik cuti lagi...x tau la nak ambik cuti ke x...sebenarnya next week xde kelas...tapi xtau la nak wat tutorial atau x..kalau ambik cuti...hari sabtu tu leh la...pergi ke konvo kat UKM...jumpa kawan2 lama..iaitu sher, djah and asma...Jah..ko kate nak blanje sempena my birthday kan...jangan lupe tu!! Nanti aku roger ko ek!!

Barang2 dah kemas sikit...tinggal lagi sikit jer...esok pagi nak bertolak awal..mesti bayah juga akan merindukan cik amie satu minggu nanti...hehe...kalau best friend bayah tu...x tau la..asyik sibuk sepanjang masa jer...bayah...jangan lupe tupperware aku tau..hehe...ni xtau la dah reminder berapa kali kat bayah...hehe...

8 Ogos 2010 - Kena menghadiri perarakan pensyarah utk majlis konvokesyen...kene rush balik kalau jumaat tu cuti...

Tinggal lagi 2 minggu jer lagi nak pose...dah nak ramadhan dah....dan...dah x lama dok rumah sewa kat sini..mungkin sampai tahun ni saje...rase dah x sabar nak sambung master akhir tahun ni...mudah2an akan dimurahkan rezeki...harap2 nama akan naik untuk smbg blaja bulan 12 ni...dan boleh kuar daripada rumah ni...bulan 12 nanti...genap setahun keje di Melaka ni..

Ok...nak tunjuk gambar kek birthday dan makanan istimewa pada hari khamis lepas...



Kek harijadi daripada kak liza...


Mee goreng ni sepatutnya kak liza kene masak...



Ni ayam black pepper beli kat Mydin..bayah kata sedap sangat...tapi bila dah makan rasa biase jer...haha....



sedap nugget ayam ni...dalamnyer ada cheese...nama brand Arab...belilah...hehe



Air special daripada kak liza...tp kurang manis...hehe

Anyway...thanks a lot kak liza for preparing all this during on my birthday..You are great sister to me!! Hope you will be a lecturer until forever...hehe..don't think something with high deepness...hehe..take it easy ok...
Ok..kawan2...hingga jumpa lagi...Daaa...(^_^)

Thursday, July 29, 2010

Today is my birthday!!

5 comments
Hallo2..amie's here..hehe...saja nak wat announcement hari ni..hari ni my birthday...yang ke berapa ek...korang kan dah tau..x payah kasi tau la yer..hehe...hari ni juga merupakan my first class...dah lama x mengajar tutorial ni..akhirnya berjaya jugak menghabiskan kelas pertama ku..(^_^). Disebabkan masa yang terhad untuk tutorial iaitu 1 jam..maka aku x delah sempat nak wat seisi suai kenal..hehe...yang lawak tu bile ada student cakap...

"Cik..saya ni dah tua..saya dah 3 tahun tinggal semua benda...manalah saya ingat voltage divider..KVL....semua tu..."

Macam2 ragam student kat kelas..lawak pun ada..haha..

Esok pun ada kelas lagi gak..seksyen lagi satu plak...minggu depan saya bercuti ke Sarawak..yahoo!! Jadi kelas hari khamis xde tapi hari jumaat tetap ada..

p/s : hari ni kak liza kate nak makan mee goreng..ermm...x sabar nak rasa..hehe...

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban....27 Julai 2010

0 comments
Assalamualaikum..para pembaca saya sekalian...selamat pagi...selamat hari isnin..selamat memulakan kerja dengan semangat yang baru..hari ni saya nak share info yang mungkin kita terlupa atau x tau..hari ni merupakan 14 syaaban...jadi malam nanti lepas maghrib masuklah 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai nisfu syaaban..nisfu bermaksud separuh..maka nisfu syaaban bermaksud separuh syaaban..malam tadi ada juga saya search pasal amalan2 ketika nisfu syaaban ni...ramai yang mengatakan amalan ketika nisfu syaaban ni adalah salah satu bidaah hasanah..biadaah ini adalah perkara-perkara yang diadakan..tidak ada pada zaman Rasullululah S.A.W. tapi diadakan sekarang ini...dan rasanya tidak salah kita melakukan amalan-amalan sunat ketika nisfu syaaban ni..ini kerana benda yang baik dan hendaklah kita berniat ikhlas beribadah kerana Allah...Wallahualam...


NISFU SYAABAN
Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca "Yasin" dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya,



kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.

Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)

Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)

Membaca al-Quran.

Membaca Tasbih. (seratus kali)

Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)

Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).

Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha,

Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat

Hajat ditengah malam sebaik- baiknya memohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali- kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh- nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

p/s : terima kasih kepada sumber info..beribadatlah ikhlas kerana Allah...semoga amalan kita selama ini diterima oleh Allah...amin...

Sunday, July 18, 2010

Kek Buah Kukus

0 comments
Hallo2..amie's here...pada hari khamis yang lepas..cik amie telah pun mencuba resepi baru..iaitu Kek Buah Kukus...ini merupakan kali pertama cik amie try...alhamdullilah menjadi...lepas ni..kak liza dan bayah sila la try ok..sebab cik amie x rajin nak buat kek untuk menjual ni..hihi...bagi sapa2 yang nak rasa boleh la datang beraya nanti di kampung...hihi...


Kek Buah Kukus Cik Amie
Bahan-bahan
• 300 g buah2an campuran (mix fruit) - masa cik amie buat guna 200g jer..tapi buah x byk la dalam kek...
• 250 g mentega (jenama golden churn)
• 5 biji telur Gred B
• 350 g tepung gandum serbaguna
• 2 camca teh soda bikarbonate
• 130 g gula perang (kalau xde guna gula biasa pun boleh..)
• 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
• 1 sudu teh esen vanila 
• Ceri merah sebagai hiasan

Cara-cara

1. Satukan buah2an campuran (mix fruit) dengan tepung gandum dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Jangan gunakan tepung untuk adunan kek. Ambil tepung yang lain. Buah2 campuaran yang disalut tepung ini dapat mengelakkan buah campuran dari jatuh ke bawah. Maksudnya buah akan statik pada adunan.
2. Pukul mentega dgn gula perang hingga berkrim menggunakan mixer.

3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan sebati dan kembang tapi jgn terlalu kembang.
Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul, ini akan mengakibatkan kek kukus tersengih nanti.
4. Masukkan esen vanilla dan gaul adunan hingga rata menggunakan senduk.
4. Gaul tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bikarbonat. Gaul dengan menggunakan senduk sudah cukup untuk mengelakkan terlebih adunan. Tidak digalakkan menggunakan mixer.

5. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul sehingga rata.

6. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau gula. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. (Jangan gelap sangat gula nnt kek jadi hitam cukuplah warna gula kuning sedikit kecoklatan)


7. Dengan perlahan-lahan tuang gula hangus yang masih panas perlahan-lahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk. Kalau sedkit berketul xpe..ini kerana gula hangus yang berketul tadi akan cair apabila dikukus.

7. Sapukan loyang kek dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak. Panaskan air di dalam periuk kukus. Isi air penuh di dalam periuk kukus kerana kita akan kukus lama.

8. Tuang adunan kek ke dalam loyang tadi dan hiaskan dgn ceri merah jika ada.


9. Tutup loyang kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek. Cucuk sedikit aluminium foil untuk mengelakkan udara dalam kek tersekat supaya pengaliran udara dapat berjalan dengan baik dan kek akan kembang naik dengan cantik.

10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah. 







sebelum dibakar....



Dah letak ceri merah sebagai hiasan....


Ni gambar sebelum dibakar...bungkus menggunakan aluminium foil...pastikan diikat dengan tali rafia untuk mengelakkan ia terbuka semasa tengah dimasak....


Setelah siap dikukus....ia naik hampir 2x ganda....


Kek buah kukus yang telah siap dipotong...ready for eat!!

 Notes from Cik Amie :

1) Tepung gandum serbaguna ini sesuai untuk dibuat kek...tekstur tepung ini lebih lembut daripada tepung gandum biasa.

2) Butter jenama golden churn..harganya RM8.50..lebih mahal 2x ganda daripada buttercup..butter yang bagus..adunan naik dengan cantik dan kek juga tidak lembap dan basah walaupun kek dimasak kukus...Kek juga gebu dan sedap.

3) Dalam resepi kali ini, cik amie hanya kukus selama 2 1/2 jam..sebab x larat sangat nak tunggu 4 jam...kek sebenarnya memang dah masak dalam 1 jam lebih...kita kukus lebih lama supaya kek kukus dapat bertahan lama dan tidak mudah berkulat.

4) Bagi sesiapa yang suke buah lebih dalam kek boleh tambahkan kandungan dalam adunan kek...terpulang pada citarasa masing2..

5) Ketika memasak gula hangus, panaskan gula dalam kuali tidak perlu tambah air dan jangan berhenti kacau..lama kelamaan gula akan cair dan sedikit berwarna perang..warna jangan terlalu gelap nnti warna kek akan jadi gelap setelah dikukus..jangan risau apabila ada gula yang berketul dalam adunan sebelum ia dikukus...ia akan cair apabila dikukus nanti...

6) Pastikan api untuk kukus kek adalah kuat supaya kek dapat naik dengan cantik...

7) Gunakan air masak yang mendidih untuk tambah air kukusan..air sejuk dapat membantutkan dan menganggu pembesaran kek.


Akhir kata daripada Cik Amie..SELAMAT MENCUBA RESEPI INI!!!

Friday, July 16, 2010

Kenangan di ISBC 2010

0 comments
Hallo2..amie's here...Pada 12-14 Julai yang lepas, fakulti kami mengadakan Interntional Symposium Broadband Communication yang ke-4..Kali ni aku, bayah, kak mawar, halma dan kak putri menjadi AJK untuk opening ceremony..kami menjadi penyambut tetamu atau lebih dikenali sebagai usher..untuk menyambut VVIP dan VIP yang akan datang...so kami bertugas 2x iaitu masa perasmian dan dinner..memang penat..tapi berbaloi dan best...hehe

Conference ni buat kat Hotel Equotarial Melaka..betul2 kat sebelah Dataran Pahlawan..kalau parking masuk dalam Hotel kene bayar RM5.00 untuk sekali masuk..tapi aku dan bayah parking kat luar jer..betul2 berhadapan dengan Hotel Equotarial...kene bayar RM3.00 untuk sekali masuk...makanan kat Hotel ni sedap2..kira puas hati la dapat makan free kat sini..hehe...

Makanan untuk dinner plak..bertemakan Chinese Food...makanan x dihidang sekali tapi satu persatu..banyak la jugak makanan..ada la dalam 8 jenis makanan...iaitu sup..ikan kerapu...sayur.nasi goreng..roaster chicken..dessert plak macam aiskrim cair pastu ada barli kat dalamnyer..masa mula2 makan semangat giler...bila sampai makanan utama iaitu nasi goreng...semua dah kenyang..x habis pun meja kami makan nasi goreng tu..hehe...

Sempat jugak bergambar sikit2 masa ISBC tu..tapi x de la banyak sangat..Jom kita tengok!!



Ni baju korporat UTeM...baju ni pakai masa opening ceremony...siap ada bunga lagi untuk usher..hehe



Bergambar bersama usher2 laki...


aku dan bayah..masa dalam perjalanan balik...petang nak kene dtg balik lg..huhu....



Ni plak..masa dinner....

Thursday, July 15, 2010

Selamat Pengantin Baru wat Sarimah!!

0 comments
Hallo2..amie's here..hari ahad yang lepas maka selamatlah kawan masa sekolah menengah dulu menjadi isteri orang..dah lama x jumpa die..last jumpa masa form5 la..pastu masing2 bawak diri masing2..dan akhirnya kami jumpa di facebook balik..dan die jemput kenduri kawen..sebenarnya minggu yang lepas tu x nak balik..tapi dah kene balik kampung..maka sempatlah juga saya singgah ke rumah Sarimah pada hari ahad yang lepas...

Masa tu pergi kenduri Sarimah kul 10.45...mula2 tu pergi sorang jer..pastu kebetulan ejun nak datang gak..so jumpa kat lorong rumah Sarimah la..semua kawan2 lama dah lama sangat x jumpa..dah bertahun2 x jumpa..nak buat reunion entah bile..masa datang tu Sarimah x make up pun lagi..mak andam plak baru jer sampai..tapi sebab saya nak rush balik Melaka pastu jugak..kene la datang awal2..x sempat juga nak bergambar atas pelamin..hehe...dan x juga bergambar dengan pengantin..tapi sempat bergambar sebelum Sarimah di make up kan..hihi...



Ni lah die Sarimah..gambar sebelum mak andam make up....




Ni plak ejun..kawan masa sek men gak...


Gambar ni ambik kat facebook..hehe...sweet jer gambar ni kan...hehe

"SELAMAT PENGANTI BARU BUAT SARIMAH DAN SUAMI. SEMOGA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT"

Tuesday, July 13, 2010

Pemergian nenek...

3 comments
Dah lama x update blog ni..x sempat dan banyak keje...dah habis pun keje isbc hari ni...ni pun dah kul 12.10 pagi..kul 11.30 mlm td baru sahaja sampai di rumah..selesailah keje usher pada hari ini..memang penat..sebab kene berdiri lama menunggu VIP yang bakal tiba...

Tanggal 9 Julai 2010..iaitu pada pukul 5.00 pagi...nenek saya telah meninggal dunia...pagi2 lepas subuh terus dapat panggilan daripada mak yang mengatakan nenek kami telah meninggal...arwah merupakan mak kepada bapa saya...jadi pagi jumaat minggu lepas...saya pun balik kampung dengan tergesa2..barang2 pun macam dah lintang pukang jer...sempat jugak pergi ofis pagi tu utk tinggalkan nota kat bayah...saya lah yang paling lambat sampai kat kg sebab dari Melaka...tengah hari barulah sampai...Hari tersebut cuti dibekukan sebab ada pelawat yang nak datang..jadi saya terpaksa ambil emergency leave...esok banyak benda nak kene setel..kuliah pun dah bermula...tapi x study ape langsung ni...macam mana ni..hmm...keje AJK pun belum siap lagi...hmmm...

Kenduri tahlil dibuat 3 malam2 berturut2 kat rumah pakcik..tapi saya sempat pergi 2 malam jer...sebab nk kene rush blk melaka untuk isbc..InsyaAllah..pada 24 Julai ni kenduri arwah kat rumah saya plak...kepada sesiapa yang teringin nak makan nasi ambeng orang jawa bolehlah datang rumah saya...kak liza dan abg fizi pun jemputlah datang ke rumah...

Oklah..dah malam ni..cukuplah sampai disini sahaja...Good night kawan2ku....

Wednesday, July 7, 2010

Cucur Udang

0 comments
Hallo2...amie's here..kali ni cik amie nak kongsi resepi cucur udang...cucur udang ni sesuai dimakan pada waktu pagi time breakfast atau pun minum petang...dah beberapa kali la gak cik amie wat resepi ni..petang tadi wat lagi dan kali ni nak kongsi resepi dengan kawan2 sekalian..korang jangan lupe try plak...sedap tau...hehe...


Bahan-bahan

10 ekor udang sederhana
3 cawan tepung gandum
1 cawan air (ambil air paip jer)
1 cawan air panas (panas sederhana)
1 sudu cawan yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 sudu teh garam (bancuh dengan sedikit air supaya garam larut dalam air)
1 sudu teh soda bikarbonat
3 ulas bawang merah - dihiris nipis2
Sedikit taugeh
Sedikit daun bawang - dihiris halus2
Sedikit serbuk kunyit untuk kasi cucur udang berwarna kuning


Cara-cara membuatnya :

1) Campurkan tepung gandum dan soda bikarboat bersama dan gaul.
2) Masukkan serbuk kunyit dan gaul.
3) Masukkan air ke dalam adunan dan gaul bersama.
4) Masukkan air panas ke dalam adunan dan gaul. Gaul sehingga ketulan-ketulan tepung hilang.
5) Masukkan air garam. Boleh rasa sedikit tepung tu..pastikan adunan tidak rasa masin sangat..hehe
6) Last sekali, bolehlah masukkan bawang merah, taugeh dan daun bawang. Gaul rata. Dah siap...


Tips memasak daripada Cik Amie :

Untuk menggoreng cucur udang menggunakan senduk..pastikan senduk telah direndam dalam minyak yang panas terlebih dahulu..dan pastikan juga minyak mencukupi..maksudnya...kalau letak senduk tu dalam minyak..tepung tu terendam dalam minyak sepenuhnya...dan api pula sederhana sahaja...jangan besar sangat nanti hangus plak...bile nak menggoreng plak...letakkan sedikit minyak di dalam senduk tersebut barulah letak adunan tepung tersebut...ini memudahkan kerja menggoreng supaya tepung tidak melekat pada senduk.


Adunan tepung yang telah dicampur semua bahan...



Cucur udang yang telah siap digoreng....sedap...yummy...hehe



Telah siap dipotong...boleh makan cicah dengan sos cili....

p/s : Any problem boleh pm cik amie...Selamat Mencuba resepi ini!!!

Tuesday, July 6, 2010

Blog baru untuk diterjah!!

0 comments
Hallo2...amie's here...sebenarnya dah lama nak wat promosi untuk blog ni...cume masa yang x berkesempatan...jadi dikesempatan ini..sambil tengah menonton tv ni...cik amie nak wat promosi sikit...sebelum tu cik amie nak citer sikit tentang latar belakang penulis blogger ni...Jom baca...


Nama panggilan yg cik amie slalu panggil : 
Abg Zul

Siapakah dia?
Dia adalah pakwe kpd kakak saya...tapi itu dulu...skrg dorang dah clash...



Sejak bile die terlibat dengan blog?
Sebenarnya dah lama gak..sebab masa cik amie br aktifkan blog cik amie suruh die jadi follower...so masa tu die dah memang dah create blog tapi tak aktif...tapi setelah menerima nasihat daripada cik amie..die mula mengaktifkan dirinya dengan blog...hihi.....



Apa yang menarik tentang blog die tu?
Hihi..sebenarnya blog ni...menceritakan tentang kakak saya...die terlalu sayangkan kat kakak saya....yerla..bukan mudah kita nak melupakan kekasih pertama kite ni...harap korang x bosan baca blog pakwe kakak saya...hihi...sebab die pun suke baca blog saya...so saya juga akan menyokong blog die...Hidup abg zul!! hihi....



Adakah die masih single?
Yer..die masih single...tapi kalau nak tau maklumat lanjut sila hubungi die sendiri...hehe

Ok...dah cukup cik amie wat promosi utk blog Abg Zul...Jadi sekarang dah tiba masa untuk korang terjah blog die beramai2...click jer link kat bawah ni...


Sebelum tu cik amie ada pesanan...masa korang mula2 bukak link abg zul ni..nanti akan ada kuar words...


CONTENT WARNING!!

So you all just accept and click

I understand and continue.....

ok..enjoy your time with my blog....:)

Monday, July 5, 2010

Nak makan pancake...

1 comments
Hallo2..amie's here..petang tadi tengok citer rancangan pertandingan memasak menggunakan susu Ideal...pastu tengok peserta tu buat pancake..oh...sedapnyer...tiba2 teringin nak makan plak...tapi cik amie x pandai buat...dah cakap ngn kak shima dah...kak shima kate die ada resepi pancake...dah tu bile nak wat? Emm..pancake ni sebenarnyer macam lempeng tu jugak..cume lain sikit la..sebab pancake ada telur...butter..susu segar...yummy..(^_^)

Emm...nak makan esok gak...boleh x? hehe...Ini bukannya mengidam atau ape...just tiba2 terpk nak makan pancake..bile tengok pancake...emm..macam tu la..e..mengader2 betul kan cik amie ni...tengok kat tv jer..pastu nak...hehe...sebab bersemangat sangat nak makan pancake ni..jadi cik amie berusaha nak cari resepi kat internet malam ni...hehe...x nak pancake yang dibeli..sebab cik amie nak pancake yang dimasak penuh dengan kasih sayang...baru lah sedap...betul x kak liza? hehe...Ape kata kak liza masakkan untuk ami plak? Kak liza kate nak masakkan nasi kerabu air tangan kak liza...emm...sampai sekarang...resepi pun kak liza xde lagi..

p/s untuk abg fizi : ape kata abg fizi carikan resepi nasi kerabu utk kak liza? hihi...

Sebagai hiasan..cik amie nak gak letak gambar pancake ni kat blog ni...mintak permisi yer nak gune gambar..hehe...nanti kalau kak liza dah masak pancake kat rumah...cik amie letak gambar ek...hihi...



Gambar pancake sebagai hiasan..hehe