Monday, September 27, 2010

Resepi Bergedil Ayam

3 comments
Hallo2...miss amie is here...ermm..cam dah lama x upload resepi baru kat blog ni kan..hehe....sebenarnya ada banyak resepi baru yang telah dicuba pada bulan ramadhan dan bulan syawal...cuma tu la x sempat nak tangkap gambar masa tengah memasak..hehe...ok..kali ni cik amie nak berkongsi resepi bergedil...resepi diajar oleh my lovely mum..harap kawan2 dapat try resepi yang senang ni..kos pun murah jer..hehe..Jom kita baca sama2...


Resepi Bergedil Ayam Cik Amie

Bahan-bahan
5 biji kentang
2 ulas bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 ketul ayam bahagian dada digaul dengan sedikit garam dan kunyit
Sedikit garam
Sedikit lada hitam/lada sulah – ditumbuk halus
Sedikit daun sedri/ daun sup – diricih halus
1 biji telur

Cara-cara menyediakan :
1) Kentang dibuang kulitnya dan dipotong enam. Jangan potong terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Kentang yang telah dipotong digoreng.
2) Goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis.
3) Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
4) Tumbuk kentang yang telah digoreng menggunakan botol yang tidak digunakan. Tumbuk kentang sehingga lumat dan hancur sebati.
5) Masukkan bawang goreng, sedikit garam, sedikit lada hitam yang telah ditumbuk halus dan daun sedri yang diricih halus ke dalam kentang yang telah ditumbuk. Ayam yang telah digoreng dicarik2kan kecil dan dicampur ke dalam bekas. Gaul rata dengan menggunakan tangan.
6) Bentukkan kecil2 dan comel dan ketepikan.
7)  Telur dipukul. Masukkan kentang yang telah dibentukkan ke dalam telur yang telah dipukul.
8) Panaskan minyak dan bolehlah anda menggoreng. Setelah bergedil berwarna agak kecoklatan bolehlah anda mengangkatnya. Dah siap....Selamat Mencuba!!

p/s : ayam juga boleh diganti dengan hati ayam atau pedal ayam.


Bergedil yang telah siap dibentukkan..



Bergedil digaul dengan telur yang telah dipukul sebelum digoreng...



Bergedil yang telah siap digoreng...memang sedap..hehe

Harap kawan2 dapat mencuba resepi ini. Selamat Mencuba!!

Friday, September 24, 2010

Relax --> Calm ---> Decide

1 comments
Hallo2..miss amie's here...relax --> calm --> decide..itu la yg perlu aku buat skrg ni..x nak serabut2kan fikiran ni..x nak jugak pening2 kepala memikirkan sesuatu dengan begitu mendalam..argh..i can't tension...x pe yg penting sabar dan redha...and now i have made my final decision...i don't care what will happen in the future..but now it will become my decision starting from now until forever...

Xnak wat post cam ni orang emosi jer..next week will be buzy week...kelas isnin, rabu dan jumaat...selasa kene pergi beli barang2 untuk sambutan hari raya di utem and wednesday plak...sebagai ajk penyediaan makanan kene la bertungkus lumus menyediakan makanan untuk sambutan hari raya bersama bayah, kak liza dan lain2..hehe..ermm...hari jumaat next week x dapatla balik awal ke kg sebab kelas habis kul 6 petang..so next week nak singgah ke bangi..rase cam dah berbulan2 lamanya x turun bangi..memang pun...nak makan2 bersama my best friend forever iaitu djah, asma, sher and diana..djah..u kata u nak blanja i steamboat kan..i'm waiting for that..i x kira...hehe...

Ok..cukuplah...xnak tulis banyak2..karang korang bosan plak baca my blog kan..ok...see u again in my next post. Daaa...

Tuesday, September 14, 2010

Di setiap dugaan itu ada hikmah disebaliknya...

0 comments
Hallo2..amie's here...selamat hari raya kawan2..hari ni dah masuk raya yang ke-5..semalam dah puas beraya sampai ke perak..hari ni kami berehat2 di rumah..tadi tunang abg pun datang...sebab bapak nak tengok..macam mana sambutan hari raya di rumah korang plak? mesti meriah kan..cepat jer kan masa berlalu..kejap lagi dah nak kene masuk keje balik kan..

Di setiap dugaan itu pasti ada hikmah disebaliknya..kata2 untuk memperingati diri saya dan kawan2 semua..dan...di setiap kesedihan itu juga akan ada kegembiraan disebaliknya...saya selalu bercakap pada diri saya..supaya redha dengan ketentuan yang ditentukan oleh Allah...bukan semua benda dalam dunia ini kita boleh dapat..dan x semestinya kita leh dapat benda yang kita suka..dan kita kene ingat dunia ini hanya sementara..hanya akhirat yang akan kekal abadi..Jika kita mencintai manusia..manusia akan menyakitkan hati kita...akan meninggalkan kita apabila die berjumpa yang lebih baik daripada kita...tapi jika kita mencintai Allah..Allah x kan meninggalkan kita...malah Allah memberikan kurniaNya dan rahmatNya walaupun kita sentiasa lupa dan alpa kepadaNya..sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi..

Sesungguhnya perasaan cinta kepada manusia adalah anugerah yang indah yang diberikan oleh Allah..Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan..dan setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya..sentiasa yakin kepada Allah..wanita yang baik itu untuk laki yang baik..dan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik..sentiasa yakin janji Allah itu sentiasa ada...semoga aku sentiasa redha dengan ketentuanNya...

Oklah..cukuplah sampai disini coretan cik amie...sehingga berjumpa lagi...Daa...

Tuesday, September 7, 2010

Wishing you..Selamat Hari Raya!!!

0 comments
Hallo2..amie's here...hari ni jer dah masuk ramadhan yang ke-28..so tinggal 2 hari lagi nak raya..yahoo!! Esok dah cuti..so hari ni cik amie nak balik kampung..malam ni merupakan malam yang ke-29..iaitu malam ganjil yang terakhir..sama2 lah kita tingkatkan ibadat kita di dalam bulan ramadhan...

Ermm...sebelum nak balik raya ni..nak wish..."Selamat Hari Raya" kepada kawan2 semua...0-0 yer..for Mr.SA...awak kene mintak maaf kat saya sendiri yer..hehe...cepat jer kan masa berlalu..sekarang dah nak raya..sedar x sedar kita ni dah menghampiri akhir tahun..nnt masuk tahun yang baru..umur kita dah makin meningkat...saya dah jadi bertambah tua...x bestnya bila dah jadi makin tua ni..xpe2...yang penting muka kene nampak awet muda...hehe...yang penting cik amie lagi muda daripada bayah dan kak liza...hehe

Bila la orang tu (orang yang dok kat kampar) nak datang beraya kat rumah saya...ermm..harapan yang mungkin juga x dapat dicapai..sebab..mana la die sudi nak datang beraya di rumah kampung yang biase2 kan...xpe la....kalau itu takdir Allah...moga aku redha dengan kehendakNya...

Oklah..bagi you all yang buat long travel..drive safely...banyakkan bersabar...dan mulakan perjalanan dengan doa...Semoga jumpa lagi selepas cuti yang panjang..Daa...