Friday, December 31, 2010

Perasmian blog baru

2 comments
Hallo2....miss amie is here..dah lama cik amie x update blog ni kan..memang la bz sikit..dan selain itu xde idea nak menulis..hehe..skrg dah ada idea so kene la menulis nanti korang rindu plak kan nak baca..hehe..ok..nak announce satu pengumuman ni...saya dengan ini telah mengisytiharkan saya telah membuka satu blog baru..sempena saya cuti belajar dan sempena saya menyambung pelajaran saya...jadi saya nak sematkan semua memori ketika suka dan duka ketika saya menjadi student kembali..blog AMIE HANI ni akan sentiasa di update juga..so korang janganlah risau...resepi masakan akan sentiasa ada...hehe...cuma blog baru ni lebih untuk menceritakan kehidupan saya sebagai student di um.

Jadi saya nak menjemput semua kawan2 dan follower saya untuk melawat blog baru saya di...............





Jadi kawan2 dan follower semua dijemput untuk menjadi follower di blog yang baru..especially for kak liza, bayah, ros, diana, sher, bon...anda diwajibkan untuk menjadi follower saya...hehe...dan kepada student2 lain di luar sana juga amat dialu2kan untuk bertukar pendapat dengan saya. Kenapa masa saya undergraduate dulu saya x buat? Nak tau kenapa? Haha..dulu2 x moden...blog pun xtau..fb pun xde lg..skrg dah moden...hehe..

Please feel free to visit my blog. Ok..sampai sini sahaja update untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi. Daa...

Friday, December 24, 2010

Family Day FKEKK 2010

1 comments
Hallo2...miss amie is here..actually family day ni dah lepas dah...dah seminggu berlalu...tapi cik amie baru nak citer kan...hehe...family day FKEKK dilangsungkan pada 18 Disember 2010 di Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka. Cik amie dtg dengan membawa mak dan anak2 sedara dan kak liza bersama suaminya. Punyerlah nak datang pengkalan balak ni sampai sesat..follow map...tapi map tu x betul...ingatkan dekat nak pergi pengkalan balak lalu tol pedas linggi..rupenyer jauh giler..macam nak pergi ke port dickson plak..thanks to penduduk di sekitar pedas dan linggi yang menunjukkan jalan ke pengkalan balak dan x lupe juga kepada abg zul..yg menunjuk jalan dari kuala sungai baru ke pengkalan balak. Akhirnya kul 5.30 petang cik amie bersama keluarga sampai di Ismah Beach Resort..nak cari resort x sesat yer...hehe...

Ingatkan malam tu ada acara melepaskan penyu ke pantai...tapi kecewa betul...disebabkan hari itu hujan...jadi penyu x menetas..so xde la penyu utk dilepaskan..so aktiviti hny ada pada hari sabtu sahaja...jom kite tengok sukaneka utk kanak2 dan orang dewasa ketika family day...


yang ni acara merebut selipar...bdk2 kene ambik selipar ibu/bapa dorg yang telah dicampuradukkan..


ni plak acara kepit bola...sape cepat sampai die menang..ni dah final ni..dah kira antara yg hebat...hehe



ni acara pas gelang getah menggunakan straw...



ni plak acara sepak bola menggunakan teropong...ni gambar kak liza tengah2 komited bermain....hehe



ni plak acara kepit kelapa dan bawak bola...ni la husband kak liza...ni la acara yg plg susah..kak liza pun xleh main...hehe



mumia kumpulan a



ni lah pemenang mumia daripada kumpulan B..mumia yg menutup aurat..hehe



kumpulan a tengah tarik tali...



Banyak aksi yang lawak ketika sukaneka ni..acara paling lawak adalah kepit kelapa ni..rupa2nyer ramai orang yang x leh kepit buah kelapa ni..cik amie kumpulan A dan kak liza plak kumpulan C. Kumpulan A kumpulan yg jujur so x menang sukaneka..hehe..kumpulan A memenangi acara tarik tali..tahniah kumpulan A!! Kak liza jangan jeles yer...dari awal lagi lelaki2 kumpulan A dah menunjukkan kehebatan dorang..hehe..

Tak sangka plak cik amie bertuah dalam family day yang pertama cik amie join..ada 30 hadiah utk cabutan bertuah..hadiah yg paling best adalah tv lcd dan notebook dan gps...Walaupun begitu cik amie ttp bersyukur menjadi orang yang ke13 bertuah..dan dapat dvd player free...lepas jer cik amie bertuah..kak liza pun bertuah...kak liza plak dapat water heater..hadiah plak dari murah ke mahal...dan kak jimi memang sentiasa bertuah dalam cabutan bertuah ni...tapi x ingat plak die dapat apa...

Tahun depan x pasti lagi dapat join ke x family day ni lagi...diharapkan tahun depan ajk kelab wat kat tempat lain plak..kak liza jgn lupe join lagi yer...Oklah..hingga berjumpa lagi....Daaa...

Sunday, December 19, 2010

Jalan-jalan cari makan - D'Nangka

0 comments
Hallo2..miss amie is here..ok hari cik amie nak citer plak pasal jalan2 cari makan di D'Nangka...actually dah lama pun makan kat D'Nangka ni..makan bersama2 kak liza dan kak shima sebagai tanda ingatan terakhir..hehe..poyo jer kan..kedai ni kat Bukit Katil berhadapan dengan kedai Berkat Salam..yang bestnyer kat kedai ni adalah environment die...ala2 kampung...ada buluh...ada pokok nangka..sejuk jer hati datang tengok kedai ni...hehe...ramai la jugak orang datang..kedai ni jugak...dapurnya terbuka...so kite leh tengok tukang masaknyer memasak..kedai ni ada banyak tukang masak...so bile order tu memang la x lama sangat menunggu..sate dan otak2 pun ada dijual di kedai ni...

Jom kite tengok makanan yang saya order....


ni meja yang kat hujung..mcm pondok...nak dok sini pun boleh...





ni plak meja yang kami dok..kat belakang..dekat ngn org jual sate..





ni plak meja yang kat depan..ramai org suke dok depan ni...di tengah buluh2...




ni sotong goreng tepung...





ni plak...ikan siakap masak 3 rasa...



ni plak tomyam seafood..






ni sepatutnya kailan ikan masin..tapi kak shima cakap mcm sawi jer yg die kasi....



Ok...untuk masakan kat kedai ni..cik amie kasi 3 star ***. Maksudnya boleh tahan..hehe...kalau rajin korang datangla cuba rasa masakan disini plak...ok pasni dah susah la cik amie nak review masakan di Melaka ni lagi..hehe..pasni cik amie review kedai makan di sekitar selangor dan kl plak yer...hehe...sehingga berjumpa lagi in my next post. Daaa...

Thursday, December 16, 2010

Kek Batik yang lembut dan sedap

4 comments
Hallo2...miss amie is here..kali ni cik amie nak membawakan resepi kek batik...as everybody already know...kek batik ni memanglah senang nak wat..x perlukan oven atau pun periuk kukus..just gunakan kuali dan dapur gas sahaja...tapi untuk menghasilkan kek batik yang lembut dan sedap itu yang susah..hehe...jadi kali ini cik amie nak bawakan resepi kek batik version cik amie...hehe...bagi yang pernah merasa kek batik air tangan cik amie bolehlah comment dibawah nanti....bagi sesiapa yang masih belum dapat lagi merasa...nanti ada rezeki leh la rasa...hehe...kak liza jangan lupa untuk mencuba yer..nanti kasi cik amie rasa plak air tangan kak liza...hehe..anak sedara x dapat makan sampai mengidam2 suruh mak die buat...br jer malam semalam anak sedara tepon mintak resepi kek batik ni...so kawan2 semua jangan lupa untuk mencuba yer...

Jom tengok resepi......


Kek Batik yang lembut dan sedap by cik amie                                                                          

Bahan
350g biskut Marie - patahkan 4 (Cik ami guna jenama Hup Seng)
4 telur (cik amie pilih Gred C)
1 cwn gula putih
¾  ketu1 butter 250g (cik amie guna jenama buttercup)
¾ cwn koko powder van houten
3 bar chocholate masakan van houten (xde pun xpe)
¾  cwn freshmilk coklat
½ cawan susu manis

Cara- cara membuatnya :
1) Telur dan gula dipukul menggunakan whisker sehingga agak kembang.
2) Cairkan butter di dalam periuk.
3) Setelah butter cair sepenuhnya masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.
4) Masukkan susu manis dan fresh milk.
5) Masukkan telur yang telah dipukul dengan gula tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Elakkan adunan berketul di dalam kuali.
6) Simpan sedikit adunan supaya dapat dijadikan topping pada kek nanti.
7) Matikan api dan akhir sekali masukkan biskut marie. Gaul sehingga rata dan pasatikan kesemua biskut telah disalut dengan coklat.
 8) Tuang adunan ke dalam bekas. Seelok2nya pastikan bekas yang digunakan dilapik dengan aluminium foil terlebih dahulu untuk mengelakkan adunan melekat pada bekas.
9) Semasa tuang biskut susunlah biskut cantik2 supaya nanti bila potong kek batik akan nampak cantik dan tersusun biskutnya.
10) Akhir sekali, masukkan sedikit adunan coklat tadi dan tuang ke atas adunan supaya dapat dijadikan topping.
11) Biarkan sekejap diluar 15 minit, apabila dah sejuk masukkan didalam peti ais dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk dan kek akan menjadi lebih keras dan sedap dimakan.
12) Kek telah siap dan boleh dipotong. Selamat mencuba!!

 Notes :

1)      kalau masukkan susu sebelum koko, nanti koko jadi berketul.. jadi masukkan koko sebelum susu.

2)      Boleh tambah kismis atau kacang tumbuk jika suka.



kek batik yang baru sahaja diletakkan didalam bekas...



ni gambar setelah kismis ditaburkan di atas kek batik....dan setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk selama semalaman...




kek yang telah disimpan semalaman di dalam peti sejuk..dan siap dipotong...and ready to eat...

Ok...kek ni dah second time cik amie wat..jangan lupa untuk mencuba yer...sehingga kita berjumpa lagi untuk resepi yang akan datang plak...Daaa...

Saturday, December 11, 2010

Jalan2 cari makan - Restoran Ikan Patin Temerloh

2 comments
Hallo2...miss amie is here..hari ni merupakan hari terakhir cik amie yg terakhir di Melaka dan sekarang pun telah selamat berada di bangi..hari jumaat yang lepas..kak liza nak blanje cik amie, bayah dan adib untuk kali terakhirnya..chewah...hehe...dan sebagai tanda terima kasih sebenarnya...betul x kak liza? hehe..harap pasni walaupun berjauhan..kak liza masih tetap membaca blog AMIE HANI ni..kedai ni bayah yang promote tapi die pun x pernah try lagi..so kitorang semua 1st time try la..lagi pun hari tu tengok blog Dyanz makan ikan patin...sedapnyer la..hehe..nasib baik dah x perlu ke Pahang untuk makan ikan patin..kat Melaka ni pun dah ada kedai yang sedap..untuk kedai ni saya kasi 4 star **** untuk semua masakannya...memang sedap dan x rugi untuk mencuba...location adalah dekat2 area Taman Merdeka di Batu Berendam, Melaka.

Makanan yang kita order dah tentulah makan nasi bersama ikan patin masak tempoyak..sedapnyer...masih teringat lagi kesedapannya...hehe..kat kedai ni ada ikan patin masak gulai tempoyak, masak asam pedas ada, makanan goreng2 pun ada kalau nak. Kat kedai ni ada disediakan sambal belacan, sambal tempoyak dan sambal kicap. Sambal tempoyaknya amat2la sedap...hehe..Harga makanan pun ok...makan 4 orang campur dengan air baru jer RM31.60. Ok la tu kan...amat2 la berbaloi..nak rasa sedap ke x...kene la datang mencuba..hehe..

Ada tangkap gambar sedikit untuk tatapan korang semua...jom tengok!! Gambar cik amie jer la yang xde kat sini...hehe



Kak liza berposing dihadapan kedai sebelum masuk. Kat belakang tu adib dan bayah dan bersiap sedia dok kat meja..hehe




Ni la lauk yang cik amie makan...menu untuk diet..haha


Ni gulai ikan patin masak tempoyak...sedap tapi pedas sikit...




Ni gambar bayah tengah khusyuk menikmati makanan..hehe....sori bayah...


Oklah...cukup sampai sini review cik amie...ada lagi kedai yang cik amie nak promote..nanti lain kali cik ami sambung la yer...Ok kawan2..jumpa lagi yer...utk kak liza...thank you very much...sebab blanje kami makan...pasni kite makan sama2 lagi kat area UM yer...Ok...Daaa...

Thursday, December 9, 2010

Our farewell 9 December 2010

3 comments
Hallo2...miss amie is here..dah lama plak x update blog ni..xde idea nak update dan cam x de benda plak nak update..hehe...ok..hari ni dah ada citer nak update..hari ni merupakan hari farewell kitorang yang nak pergi sambung blaja ni..iaitu saya, bayah, adib, azlan dan hafez dan juga sempena besday kak yus iaitu ketua jabatan kami in advance...dan esok merupakan hari terakhir bagi saya, bayah dan azlan di fkekk ni..utk dtg bekerja la..jumpa lagi setahun setengah daripada sekarang...hari ni dah siap2 packing komputer ofis dan esok dah boleh hantar ke pusat komputer.

Mula2 tu asalnya kami nak makan kat pizza hut, Jusco baru...tapi disebabkan oleh kak yus dan kak ima (ketua jabatan saya gak) ada meeting so kitorg terpaksa wat majlis kat depan bilik kitorang ni..kite punyer decoration tak lain dan x bukan adalah...hazli rafis..yang memang pakar dalam decorate ni..siap ada tikar dan susunan meja dan kerusi lagi...jom tengok gambar semasa majlis sebentar tadi...



Kek besday kak yus...beli kat secret receipe..perasa coklat strawberry harganya RM78.85 included tax




kami berdua sebelum majlis bermula...




yang menjayakan majlis beramai2..x lupa juga kepada photographer...



bersama abang angkat iaitu hazli rafis...in pink color...








tamat dah sudah majlis...jumpa lagi tahun 2012 yer...


Bagi majlis ni 6 larger pizza telah diorder, air sunkist 4 botol, ada donut yang comel 24 ketul...tapi lupe plak nak ambik sos daripada pizza...memang kenyang giler...saya dan bayah just larat nak makan 2 keping pizza yer..bdk2 laki 4 keping pun dorang larat..Majlis yang best dan kelakar..keep in touch always. Oklah..cukup sampai disini sahaja coretan cik amie.Sehingga berjumpa lagi. Daa...

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram

0 comments
Assalamualaikum pengunjung2 saya semua....seperti yang kita ketahui..hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Zulhijjah dan esok adalah hari pertama dalam bulan Muharram. Jadi hari ini selepas asar seelok2nya kita membaca doa akhir tahun sebanyak 3x dan selepas maghrib nanti membaca doa awal tahun sebanyak 3x juga. Semoga tahun baru yang akan datang ini akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah..mudah2an..InsyaAllah..sama2 lah kita berusaha

Disini saya letak doa awal tahun dan akhir tahun..sumber ini diambil daripada Darulnuman.


Doa Akhir Tahun - baca 3x selepas solat asar



Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Doa Awal Tahun - baca 3x selepas solat maghrib




Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, December 3, 2010

Erti nilai persahabatan

1 comments
Hallo2..miss amie is here..ok..hari ni nak citer pasal erti nilai persahabatan...dalam dunia ada macam2 orang dengan pelbagai ragam..ada orang perlukan best friend dalam dunia ni dan ada orang plak suke lone ranger..bagi dia..die x paham pun apa erti best friend tu..aku masih lagi teringat perbualan aku dengan sorg kakak kat sini..

Amie : " Kak..kat sini sapa best fren akak?"
Kakak : " Ermm..akak x suka la best fren2 ni..bagi akak kat sini x ada best fren pun...semua kawan sama jer..kalau ami sape best fren ami? Bayah ker?"
Amie : "Yerla...kalau kat sini bayah la..."

Lepas tu..saya pun menjadi pelik..ramai orang sekarang berkawan semasa senang sahaja dan bila kite susah dorang semua lari. Macam mana dengan kak liza plak? Kak liza plak memang x ada best friend daripada dulu lagi..masa sekolah dulu2 pun x ada. Tapi semenjak dua menjak ni kak liza dah berubah..hehe..Nak tau apa yang die cakap? Kenala baca...

Kak Liza : "Barulah..akak faham sekarang apa ertinya best friend ni..sekarang ni bila akak time susah..keta accident...baru lah akak sedar sebenarnya akak x ada kawan..nasib baik ada ami..barulah akak faham perlunya best friend dlm hidup ini"

Amie : "Ami kejap lagi dah x ada dah kat sini..lepas ni kita jumpa setahun setengah daripada sekarang yer..so kak liza kene la cari kawan baru...kak jimi kan ada..akak boleh la kawan ngn die. Akak kene la cari kawan baru"

Ada orang kawan berkawan sebab nak gunakan orang tu..ada orang berkawan sebab die ada niat tersendiri..walau apa pun..aku akan terus berkawan dengan my best friends masa sekolah menengah iaitu lijah, ainul, erma, faizah, ijun dan rozi sampai bila2. Tak lupa juga my best friends masa di universiti dulu..yg sekarang ni rata2nyer dah ada blog...hehe...iaitu ros mawar berduri, djah, asma, sher, dyanz. Best friends until forever yer.

Ni apesal saya tiba2 bukak topik persahabatan ni? Sebenarnya x ada2 pun...cume saya rase saya sedih atas kehilangan persahabatan saya dengan seseorang selama 5 tahun..tapi x pelah..saya redha dengan atas apa yang berlaku...setiap yang berlaku itu kan pasti ada hikmah disebaliknya. Hargailah seseorang itu ketika die masih lagi bersama anda. Ok..cukuplah sampai disini sahaja..sehingga berjumpa lagi. Daaa...

Wednesday, December 1, 2010

Jalan-jalan Cari Makan - D' Cherry

0 comments
Hallo2...miss amie is here...ok..hari ni saya nak citer pasal semalam kami jalan2 cari makan di Bukit Katil, Melaka kat area Kg Tun Razak sebab kak jimi nak blanje makan saya dan bayah semalam..dia kate die tau jalan..tapi sampai2 sana x tau jalan gak..kene tanya orang gak..ermm..sama lah cam kak liza ni..hehe..sebelum pergi kate tau jalan..jap lagi sampai x tau jalan..jgn mrh yer kak liza..hehe..kak liza skrg ni tengah berkursus mengikuti induksi umum di port dickson..so die x join la makan2 hari ni..kak liza balik jer sini..saya dah hari2 terakhir di Melaka ni..

Untuk makanan kat kedai ni..saya kasi 4 star **** sebab makanan die sedap..boleh la tahan..environment yang menarik..ala2 kedai inggeris..ada buku ada bunga..kedai komputer pun ada tau..hehe. Kedai ni dinamakan D'Cherry sebab berdekatan dengan pokok buah ceri. Kedai ni x de tanda nama kedai so mungkin orang pun x tau kedai ni sebab location pun nampak tersorok sikit. Menu dalam kedai ni pelik2..mi racun pun ada..semalam kak jimi dah try dah mi racun ni..nanti kita tengok gambar di bawah yer..waiter die siap pakai kemeja ngn tie lagi..rambut panjang siap rebonding..lelaki plak tu..tu yg x tahan tu..kak jimi tengok waiter bukan main senyum lebar lagi..haha...




Suasana dalam kedai..kat belakang tu waiter nak pergi ke dapur selepas ambik order





Suasana dari arah hadapan pintu masuk..




Suasana dari arah tepi kedai..


kedai komputer dalam kedai
 
Keoteow Goreng - bayah yang order





Ni la mee racun..waiter tu kate pedas..tapi bile makan x pedas pun...sedap..nak rasa kene la datang sendiri..hehe





Ni plak mee hailam saya yg order..sedap jugak cume saya x berapa suke kuah die agak melekit sedikit..mungkin byk tepung jagung kot..  



Ni la air sirap yg dikatakan sirap setitik..cume tengok kat atas air tu..sirap dititiskan setitik..




ami dan bayah..


Kedai ni Nik Azran yg recommend..die kate kedai ni best. Thanks to him for recommend this and thank you kak jimi sebab blanjer. Oklah..cukup sampai sini jer review saya..see you again in my next post. Daaa....