Thursday, January 30, 2014

Percutian Ke Sabah - Hari Ketiga (Makan Seafood)

2 comments
Hallo2...madam amie is here....semalam sibuk sikit...so x sempat nak update blog...esok dah cuti...yahoo...madam amie ambik cuti seminggu...so lama gak blog ni bersawang...hehe. Hari ni nak citer pasal tempat makan seafood yang terkenal di KK. Dekat dengan pasar filipinan ni ada 2 tempat makan seafood. Yang pertama betul2 sebelah dengan pasar Filipina/pasar kraftangan dan tempat ke2 plak bersebelahan dengan waterfront. Yang mana harga lebih murah kami x sempat nak survey...sebab kebetulan madam amie boleh plak terjumpa kawan madam amie kat Sabah..kawan dari sekolah tadika sampai la form 5 kat kk...die yang recommend..kalau nak makan yang fresh pergila kat kedai seafood yang dekat ngn waterfront.

Daripada segi harga plak...banyak peniaga kat sini...dan harga plak berbeza2..x sama tau...so sebelum makan tu korang survey2 la dulu yer....ada yang jual ikan dengan harga RM5/100g, RM6/100g, RM3.50/100g dan RM3/100g. Setelah puas survey kami jumpa kedai yang menjual ikan RM3/100g so kami pun terus makan kat situ. Semua harga sama untuk sotong, ketam cuma untuk udang harimau dalam RM6/100g. Tak tau plak..harga ni dikira murah atau tak...mungkin korang boleh dapat lagi murah...ada orang cakap nak lagi murah bawakla orang Sabah untuk deal harga...

Kami ni makan berdua jer...tapi kami order :
  •  Ketam - 2 ekor - masak pedas
  • Ikan siakap - 1 ekor - bakar
  • Sotong - 1 ekor - goreng tepung
  • Udang harimau - 6 -7 ekor - butter prawn 
Sayur kami x order..sebab takut x larat nak makan....hehe. Kalau nak order sayur RM7/sepinggan. Tak sangka kedai yang kami pilih ni merupakan Kedai Orang Jawa...patutnyer madam amie kene kecek jawa kat sini baru boleh dapat murah....hehe


Butter prawn....sedap sangat....puas makan....hehe



Sotong goreng tepung....rasa ok...not bad...



Ketam masak pedas...marvelous....hehe



ikan siakap bakar....sedap...

Overall...makanan kat kedai ni sedap...yang paling madam amie suke adalah ketam masak pedas....sedap sangat...dah lama nak makan ketam...Thanks a lot to my husband....my hubby...sebab belanja makanan yang sedap2....(^_^). Pasni leh la makan ketam lagi kan....hihi. Of course la kami x leh habiskan semua makanan di atas dalam masa 2 jam...so kami tapau ikan bakar, udang butter prawn dan sotong goreng tepung. Siap buat breakfast untuk esok pagi....hihi...Jimat untuk breakfast.


ni la total harga kami makan....
Harga RM35 tu adalah harga untuk udang harimau. Udang harimau yang paling mahal skali...walaupun kecik...so kalau korang nak jimat tu x yah ambik....hehe...RM15 untuk ikan siakap, RM10 untuk sotong, RM24 untuk ketam, RM3 nasi dan RM4 untuk air. Hope post ni dapat membantu korang membuat pilihan nak makan kat kedai mana.....


Alhamdullilah...dah selamat sampai di Senai Airport

Ok cukuplah sampai disini...post terakhir percutian kami kat Sabah. Tempat terakhir yang kami pergi adalah Pasar Ikan Masin untuk membeli ikan bilis, ikan masin, ikan terubuk, amplang dan kuih cincin...tapi kami x tangkap gambar plak masa tengah membeli...so madam amie habiskan citer di Sabah hingga post ni...Hope korang semua enjoy baca post2 di Sabah ni....Anything want to ask..just pm me ok....Oklah...Hingga jumpa lagi...Daaa...

Tuesday, January 28, 2014

Percutian Ke Kota Kinabalu - Hari Ketiga (Island Hoping dan Snorkeling)

0 comments
Hallo2...madam amie is here....hari ni nak citer kemuncak aktiviti kami di Bandar kk..apalagi kalau bukan melawat ke pulau-pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park...kat sini ada 5 pulau yang disenaraikan dalam Taman Marine ni iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik....pulau yang ke-5 lupe la...hehe...Mengikut kata orang kat sini pulau yang cantik untuk snorkeling adalah pulau sapi dan mamutik. Pulau yang wajib pergi adalah Pulau Manukan...Errmmm..plek gak napa orang tu kata wajib pergi Manukan....

Nak ikutkan memang nak pergi 3 pulau iaitu manukan, sapi dan mamutik...tapi sebab nak menghayati dan menikmati island hoping dan snorkeling ni...so kami decide pergi 2 pulau sahaja iaitu manukan dan sapi. Perjalanan dari jeti ke Manukan mengambil masa hanya 20 min jer....rasa yang seronok jer naik bot laju...dah lama x naik bot...hehe....Maklumlah masa di krabi x pergi pun pulau kat sana...huhu...so x dapat nak compare pulau mana yang lagi cantik....

Harga kat kaunter untuk ke jeti lebih kurang sama jer...yang beza adalah harga pakej catering adalah berbeza....Meh sini madam amie nak share harga nak pergi pulau...senang korang nak budget nanti....

Harga untuk 1 pulau : RM 23.00
Harga untuk 2 pulau : RM 33.00
Harga untuk 3 pulau : RM 43.00

Harga wajib kene bayar....
Harga kat atas tu harga tiket jer....seterusnya kene bayar RM7 seorang seperti gambar di atas, kene bayar cukai. Dan kene bayar RM3 seorang apabila masuk pulau nanti. Pulau pertama yang korang pergi sahaja kene bayar RM3, so next pulau yang korang pergi make sure korang simpan bukti pembayaran masuk pulau...


Kalau nak snorkeling digalakkan untuk sewa jaket dan snorkeling mask ngan pihak kaunter untuk mengelakkan harga yang mahal kat pulau. Kami sewa jaket keselamatan dengan harga RM5/seorang dan snorkeling mask RM10/seorang. Kami x ambik pun pakej buffet tersebut sebab nak jimat...kami tapau nasi di Restoran Panjang...senang dan jimat...(^_^). Alhamdullilah, x menyesal x ambik buffet...masa kaunter orang tu promote kata makan seafood yang sedap2...tapi bila kami pergi tengok makanan yang dihidangkan biasa2 jer...x seperti yang digambarkan...


ni la harga yang kami habis untuk 2 orang...ok la kan....

Jom tengok pemandangan di pulau manukan....


selamat datang ke pulau manukan....



walaupun hari isnin...tetap ramai orang


Kat pulau manukan ni kami dilepaskan 4 jam....boleh buat apa sahaja...kat sini kami jumpa ikan berenang2 di sebelah kami....kat sini snorkeling kat tepi pantai jer tau...bukan kat tengah laut tau...dan penanda pelampung telah dibuat...so x leh snorkeling jauh2 yer....selepas puas bermain kat sini kami ke pulau sapi...perjalanan dalam 10 - 15 min dari manukan...kat sini la buffet tu disediakan...dan kami pun makan bekal kami....

Bila sampai sapi terus excited tengok ikan kat jeti...kat manukan ikan xde sangat....so harap kat sapi ada ikan banyak....kat sapi ni memang air lagi jernih...so make sure korang pilih sapi...mesti x menyesal tengok keindahan alam kat sini....hehe


Nampak ikan terus excited...hehe

Kat sapi kami dilepaskan selama 3 jam...so buatla aktiviti apa2 pun...aktiviti kami? Snap underwater pictures...hehe. Kat sapi ni memang banyak ikan...tapi disebabkan banyak ikan yang berbisa so kawasan yang leh snorkeling adalah kawasan yang xde ikan...huhu..layan jer la...

macam mana havoc x gambar kami? hehe

Siapa sangka kat sini kami ada customer yang request gambar underwater....sape2 yang berminat nak kami tangkap gambar underwater..boleh pm kami di hainama_297@yahoo.com. Lepas snorkeling tu kami tgu orang yang request tangkap gambar dorang sebab die nak kasi email...tapi xde plak...so harap dapat cari owner gambar ni...mana la tau kan...die jumpa blog ni....hehe...so kalau korang leh cam sape orang di bawah ni boleh la kasi tau....first customer free jer....hehe. Perkhidmatan kami..underwater di laut, sungai, air terjun pun boleh...berminat leh pm kami...(^_^).


sexy plak gambar ni...jangan tengok lama2 tau....hehe

Setelah puas bermain..pkl 3 kami pun balik ke jeti. Pkl 330 dah sampai jeti. Dan sampai hotel pukul 4 petang. Penat giler...tapi penat yang berbaloi....Malam tu kami cari kedai makan seafood plak...tapi..kalau...nak citer pasal makan seafood kene citer kat post baru...Oklah...cukup sampai disini madam amie berceloteh....hingga jumpa lagi....Daaaa....

Monday, January 27, 2014

Percutian Ke Kota Kinabalu - Hari kedua

0 comments
Hallo2...madam amie is here...setelah beberapa hari menyepi..kini madam amie muncul kembali...hihi...nak menulis ni kene ada mood...baru la citer akan menjadi seronok....hehe...Ok...kali nak sambung percutian ke Sabah...citer kali ni akan berkisar cerita di Bandar KK. Selepas turun dari kundasang kami terus ke Bandar kk dan sampai ke area hotel yang kami dah book are pkl 1.15 petang.

Hotel yang kami book adalah De Galleria Hotel. Harga hotel ni untuk semalam adalah RM88 untuk yang tiada tingkap dan kalau ada tingkap RM118. Masa book memang la nak ada tingkap tapi dah habis...so yang kami dapat adalah yang tiada tingkap. Bagi kami hotel ni agak baru...bilik pun kemas dan cantik...x sempat nak tangkap gambar bilik sebab x sabar nak baring kat bilik...hihi. Cuma keluasan bilik tu x dela besar mana tapi bolehla untuk bersolat sorang di bilik...Bagi yang suka kan ruang yang besar dan keselesaan tu kene la cari hotel yang mahal yer...hehe

Bilik mandi dalam hotel ni ada pintu tapi lutsinar tau....hehe. So..amat bahaya!! Bagi pasangan suami isteri xde la bahaya...hehe..So far hotel ni ok..dan bagi kami selesa....yang bestnyer husband la...sebab kat hotel ni dapat siaran bola daripada astro...so walaupun tengah bercuti die masih boleh menikmati perlawanan bola dimana saja berada...

Kalau nak maklumat lanjut untuk hotel ni boleh layari laman web dibawah...

 
pemandangan lobby hotel De Galleria
 
 
Hotel ni terletak di Kampung Air. Sebenarnya banyak hotel budget yang berada di sekitar Kg Air cuma maybe hotel2 yang lain ni xde website..so xde la kami jumpa....hihi...Bagi backpackers x de masalah untuk cari hotel sebab banyak hotel kat kg air ni...location pun strategik. Kat kg air senang nak cari tempat makan...ada KFC, ada Restoran Panjang, ada Restoran Ikan Bakar dan macam2 lagi...So banyak pilihan yang ada. Kat depan hotel ni slalu ada pasar...pasar pagi ada pasar malam pun ada...dan juga ada yang menjual mutiara gak...so sape2 nk cari ole2 bolehla beli disini...
 
Daripada Hotel ni ke Pasar Filipina dalam 500m jer...lebih kurang 5 - 10 min berjalan kaki daripada hotel. Untuk ke jeti jesselton plak mengambil masa 15 - 20 min berjalan kaki dengan sejauh 1.4 km. Bagi sesiapa yang nak dekat dengan jeti bolehla menginap di Kinabalu Daya Hotel. Jalan kaki dalam 5 min jer nak pergi jeti. Daripada hotel ni juga anda boleh naik bas ke airport dengan harga RM5/seorang bagi yang nak berjimat...xnak jimat boleh naik teksi yer....hehe
 
Walaupun agak penat asyik berjalan jer percutian kali ni...tapi ok la...boleh exercise....hihi....Hari pertama kami sampai kami terus survey jarak perjalanan ke jeti dan tengok harga untuk ke pulau esok. Disebabkan kami sampai pkl 530 so banyak kaunter yang dah tutup...so kami just survey2 jer...So esok dah tau macam mana plan esok...
 
Lepas pergi jeti kami pun jalan-jalan cari makan di area pasar Filipina yang terkenal dengan masakan seafood. Kat sini ada 2 tempat makan seafood. Hari pertama kami sampai kami try kedai seafood yang betul2 bersebelahan dengan pasar Filipina. Kami makan nasi goreng udang jer....But little bit disappointed sebab rasa biasa2 jer...so kami x tangkap pun gambar nasi goreng tu....huhu
 
suasana kat sini memang meriah....
 
Sementara menunggu nasi goreng, kami rasa kepak bakar madu. Kat sini memang sangat terkenal dengan kepak bakar madu dan ramai orang yang menjual kepak ni..Harga 1 kepak ni RM1.50...ambik banyak pun sama jer harga....huhu
 
 
Rasa pun ok...cuba la...
 
 
Untuk persiapan esok...kami dah pun beli t-shirt corak sama dan saiz pun sama....walaupun saiz kami x sama....hehe...Kebanyakan harga t-shirt kat sini lebih kurang sama jer....paling murah boleh dapat RM20 ikut jenis kain...Selepas tawar menawar kami dapat membeli t-shirt 3 helai dengan harga RM70. Okla tu...x boleh compare harga t-shirt kat Melaka dan krabi yang murah...So kali ni x leh beli ole2 t-shirt....hehe...
 
 
selepas tawar menawar...
 
Oklah cukup sampai disini sahaja....jumpa lagi untuk next post untuk aktiviti snorkeling kami....Daaa....


Thursday, January 23, 2014

Perjalanan Balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu - Hari Kedua

0 comments
Hallo2...madam amie is here...hari ni nak sambung lagi...cuma kali ni nak habiskan citer kat kundasang...selepas dah pergi ke kinabalu park, war memorial park, strawberry garden rose, kami lepak sekejap tengok orang main golf. Haaa...jangan x caya tau....kat sini ada disediakan tempat untuk bermain golf...harganya adalah RM11.00 untuk 50 biji bola golf. Okla harga tu kan...disebabkan kesuntukan masa kami x try pun...just tengok dorang main jer....


apa lagi try la klu berani...hehe


Setelah puas lepak kat sini...kami pun balik hotel...kemas2 dan terus check out. Dalam pukul 11 pagi kami pun dah gerak ke KK plak....On the way ke KK tu kami singgah kat Pekan Nabalu. Kat Pekan Nabalu ni pun  ada jual baju2, fridge magnet dan makanan. Kami singgah kat sini sebab nak makan buah nenas...sebab orang kata buah nenas kat sini sedap rugi kalau x cuba....Ada banyak peniaga kat sini ada yang jual satu RM5 x kira kecik atau besar...tapi kami beli kat peniaga yang jual harga sekilo...x ingat dah harga...tapi nenas yang kami beli tu RM4 sahaja sebiji. Nenas madu kulitnya berwarna merah dan rasanya pun manis...banyak sangat air daripada nenas ni...yang bestnyer kat sini boleh mintak tolong peniaga tu tolong kupaskan nenas tu..boleh makan dalam perjalanan...kan senang...hihi...


Selamat Datang ke Pekan Nabalu



Jom makan nenas....

Kat pekan Nabalu ni juga kami jumpa fridge magnet bentuk peta....hobi kami husband and wife ialah kalau pergi melancong kami akan cari fridge magnet bentuk peta sebab kami nak cantumkan peta dunia....hihi...Dekat KK try juga cari fridge magnet bentuk peta tapi x jumpa pun...so sape2 yang mempunyai minat yang sama ngn kitorang boleh try cari kat sini....

Ok...dah habis citer kat kundasang...Alhamdullilah kami selamat sampai di hotel De Galleria di KK dalam pkl 1.15 petang. Cerita kat KK plak...mestilah kene citer kat post baru...Nantikannyer dalam post yang akan datang...Oklah hingga jumpa lagi....Daaaaa......

Wednesday, January 22, 2014

Percutian Ke Kundasang - Hari Ke2 (War Memorial Park)

0 comments
Hallo2...madam amie is here....kali ni nak sambung citer pasal semalam...hari ke-2 di kundasang. Setelah pergi ke kinabalu park, kami terus pergi ke War Memorial Park, tempatnya bersebelahan dengan Bandar Kundasang...deretan kedai yang ada jual kfc. Nk masuk kat tempat ni kene bayar RM2 /seorang. Ok....murah la kan...

Kat dalam ni ada kubur..garden. Kat dalam ni ada beberapa jenis garden seperti Australia garden, English garden dan borneo garden. Dalam setiap garden ada di tanam pokok dan bunga2 mengikut negara masing2. Kat tempat ni gak sebenarnya kita boleh nampak pemandangan yang sama iaitu puncak gunung kinabalu seperti kat kinabalu park.

Baca sejarah tempat ni dulu....hihi


jangan pijak rumput ni ok....



Banyak pokok yang unik2 kat Australia garden ni...


Wajib tangkap gambar kat sini....cantik sangat....English style

Setelah puas berjalan2 kat taman ni..kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Strawberry Garden Rose berdekatan dengan War Memorial Park x sampai 5 min pun....Nak masuk kene bayar RM2/seorang. Kat dalam strawberry rose garden ni..banyak sangat pokok yang cantik2...boleh beli juga....yang paling madam amie suke adalah pokok kaktus di sana..banyak sangat kaktus yang unik2 daripada kecik sampaila yang besar....tapi x dpt nak bawak balik...huhu....

Cute nyer kaktus ni...


Ni plak strawberry....

Strawberry pun ada jual disini kalau nak beli...x ingat berapa harga mungkin sekilo dalam RM50. Daripada luar nampak jer macam garden ni kecik tapi bila masuk dalam sangatla besar....macam2 pokok ada...jadi x rugi pun kalau masuk...ni kan terapi minda dan mata.....(^_^)



Geram jer nak petik limau kat pokok ni....hehe


Oklah...ada lagi citer yang x habis kat kundasang ni...kene la sambung kat next post jugak...sebab banyak sangat plak nak citer...hehe...Oklah hingga jumpa lagi. Daaaa....

Tuesday, January 21, 2014

Percutian ke Kundasang - Hari Kedua (Kinabalu Park)

0 comments
Hallo2...madam amie is here...morning semua....walaupun korang bc blog ni x semestinyer pagi tapi masa menulis ni blm pkl 10 lg..hihi. Excited nak citer pasal sabah lagi? Errmm....baru balik kan memory masih fresh lg...kang dah lama xde idea plak nk menulis kan....Jom kite sambung citer kat kundasang pada hari ke2 plak....

Bermalam  kat kundasang memang seronok....best....sejuk....nyaman....dan dingin...hehe. Walaupun x biasa bangun pkl 5 pg masa kt semenanjung...tp kat sini boleh jer bangun awal...hihi...Pkl 6 kat kundasang dah cerah...semua orang pun dah start kuar....sebelum kuar tu sempat gak kitorang merakam gambar waktu pagi yang sangat indah...dengan menggunakan kamera TG-2 Olympus....hihi

Cantik kan....

Pagi tu kami just breakfast roti dengan nescafe panas....dan madam amie minum susu lembu segar yang telah dibeli di Dairy Farm semalam...walaupun letak luar...tetap sejuk. So pukul 8 kitorang terus gerak ke destinasi pertama kitorang iaitu...KINABALU PARK. Tempat yang wajib pergi kalau ke kundasang. Nak masuk ke kinabalu park ni kene bayar RM3 seorang dan tiket ni boleh simpan untuk ke Poring Hot Spring dan tiket ni juga valid untuk 3 hari. Tapi disebabkan location Poring Hot Spring yang jauh dari Kinabalu park iaitu 1 jam perjalanan dan masa yang terhad....kami x pergi pun ke Poring Hot Spring. Lagi pun dulu madam amie dah pernah pergi ke Poring Hot Spring
 masa form 5 dulu dan dah merasai naik canopy walk tu...so ok la...x yah pergi....hihi.

Sampai kat kinabalu park, kitorang terus park kereta dan berjalan2 di sekitar...teringat ada sorang blogger yang kate pernah naik tangga untuk memanjat gunung kinabalu. So bila kitorang tanya kat orang...yang ada tangga tu namanya "TIMPOHON GATE". Kalau nak jalan kaki ke sana memerlukan 1 jam dan kalau naik kereta x de la jauh sangat..So kitorang decide naik keta jer la..hehe...Bukan sebab kitorang malas....sebab kitorang nak kejar masa ke KK plak...hehe...Sepanjang perjalanan kat Timpohon Gate ni ada banyak pondok untuk berehat dan banyak hotel/motel yang berada di kinabalu park..Bila kereta dah naik lagi tinggi kesejukan makin dingin..sampai berwap2 tau kuar dari mulut..hehe...Sapa kate VIVA x leh naik kundasang? Kami telah buktikannyer....hehe...



Ni la die timpohon gate yang merupakan check point 1 bagi pendaki

So sape2 yang nak mendaki Gunung Kinabalu tu...akan bermula disini iaitu Check Point 1. Kitorang? Mestilah x mendaki...mana biasa nak hiking ni....hihi...So kitorang tangkap gambar kat atas Timpohon Gate ni...daripada sini boleh tangkap gambar gunung kinabalu...tapi kami pun x sure..betul ke ni puncak gunung kinabalu...daripada mana2 view ni la gambar puncak gunung kinabalu yang kami nampak...


Pemandangan dari Timpohon Gate


So dah posing puas2 kat kinabalu park..kami pun turun dan kuar daripada kinabalu park....dan jangan lupe...bergambar ngan batu besar kat kinabalu park pulak....hihi....



Kinabalu Park memang best...

Ermmm....sedar x sedar banyak plak madam amie membebel ni...ingatkan nak citer 2-3 tempat dalam 1 post...tapi x muat plak...terpaksalah bersambung ke next post....hihi...tu la banyak benda yang boleh citer bila bercuti ni...Oklah...hingga jumpa lagi....Daaaa....

Monday, January 20, 2014

Percutian Ke Kundasang - Hari Pertama

1 comments
Hallo2.....madam amie is here...bertemu kembali...tiba2 rajin update plak kan...hehe...Ni sebenarnya tengah bosan ni...padahal sebenarnyer banyak keje...hihi...Ok post pertama nak citer pasal pg kundasang. Hari tu madam amie ambik flight pkl 730 dari Senai Airport dan perjalanan ke Sabah mengambil masa dalam 2 jam..dalam 940 dah sampai airport kat KK.

Pastu tgu orang kereta sewa datang..pkl 1015 br die sampai airport. Ni blog yang madam amie refer untuk sewa kereta di Sabah. So far ok la...sebab ustaz zahar ni terima kalau kite nak sewa 1 hari jer...sebab banyak gak madam amie msg pasal keta sewa..pastu bile cakap nak sewa keta sehari orangnyer pun hilang...Kami ambik pkl 10 pagi dan plg pukul 2 ptg. So ada extra charge RM5/jam. So, total yang kami bayar untuk kereta sewa adalah RM 130.

Dengan menngunakan "WAZE" android application, alhamdullilah kami selamat sampai di Kundasang. On the way nak ke kundasang tu madam amie lapar giler...so kami pusing2 jumpa satu kedai ni...kedai tepi jalan...apa yang madam amie suke sangat adalah sambal belacan kat kedai ni..siap tambah 1 mangkuk lagi...hehe
Nasi ayam penyet yang special kat kedai ni...ayam makan sorang x habis...hehe
Lepas makan..perut dah kenyang barulah kami teruskan perjalanan ke kundasang....jalan nak kundasang ni memang banyak sangat roundabout....lebih 5x...so sape yang drive ke kundasang tu bersedia la yer...hihi...Perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa kira-kira 2 jam. Dalam waze tulis 90km.
Destinasi pertama yang kami tuju adalah STRAWBERRY GARDEN HOTEL iaitu hotel yang kami book untuk 1 malam di kundasang. Kami ambik queen bed dengan harga RM90 semalam. Dapat balkoni dan boleh tengok pemandangan luar yang indah..Memang best dan strategic hotel ni. Daripada hotel ni ke kinabalu park dalam 5 min jer...dan nak ke pekan kundasang pun 5 min jer...dekat ngan tempat nak berjalan.
keadaan bilik di strawberry garden hotel
Kat kundasang ni memang sejuk giler...make sure korang bawak sweater ok...kat bilik confirm la xde air cond...dan air paip plak macam air batu...hehe. So dah confirm madam amie mandi gune heater. Nak guna heater kat hotel ni kene on 15 min dulu..baru air panas betul2...kalau x sabar memang mandi air batu la yer....hihi...Yang bestnyer kat hotel ni ada saluran ASTRO 104...boleh layan masterchef malam2..sebab malam2 kami dok bilik jer...sebab kebanyakan tempat untuk melawat adalah pukul 5 petang sahaja.
Bagi sesiapa yang nak tahu maklumat lebih pasal hotel ni boleh melawat link di bawah :
Kat kundasang ni kami x berani plak nak makan kt kedai sebab takut x halal...so untuk dinner kami hanya beli KFC....siap beli set the bigger is better...hihi. Untuk breakfast keesokkan harinya kami beli roti dan nescafe 3 in 1 siap2.
Lepas check in kat hotel...kami terus tertdo sebab letih giler...bila bangun jer tengok semua keta dah xde...Nampaknyer kami jer la yang x pg jalan..Jam menunjukkan kul 4..terus kami bersiap...terus check WAZE kat mana tempat yang mcm New Zealand yang ada lembu tu...hehe...Sila taip "Dairy Farm" kat Waze yer....Perjalanan mengambil masa dalam 20 min jer daripada hotel..kami sampai 430 petang..nasib baik kami sempat masuk gak...kene bayar RM4 seorang.
nak sangat tengok lembu....ambik ni...hehe
Kambing pun ada jugak disini...
Kat kandang kambing ni boleh kasi makan rumput dan boleh kasi susu..tapi kene bayar la yer...boleh beli RM1/rumput dan RM2/botol susu. Kat Dairy Farm ni juga ada jual susu segar...madam amie pun x melepaskan peluang membeli susu coklat segar...hehe
RM4 sahaja
Dan part yang paling penting..bak kate blogger lain kene bergambar dengan batu besar di Dairy Farm...so bersusah payah madam amie panjat batu besar ni dah la timu tu hujan....tapi dah sebab nak sangat tangkap gambar kat batu besar ni...kene la panjat jua....
Tara...berjaya pun naik atas batu ni walaupun hujan...hihi...
Misi bergambar dengan batu tercapai...Hihi


Ni plak gambar sweet couple...hehe
Oklah...cukup sampai sini jer madam amie citer pasal hari pertama di kundasang..nak tau kat mana lagi kitorang pg berjalan?? Kenela tgu next post...yang belum jadi follower tu cepat2 la follow..hehe...Oklah hingga jumpa lagi....Daaaa....

Sunday, January 19, 2014

Persiapan Percutian ke Sabah

0 comments
Hallo2..madam amie is here....kali ini madam amie nak ceritakan persiapan madam amie ke sabah...masa beli tiket ke sabah ni lagi one month jer nak ke sana...kebetulan time tu ada promotion air asia untuk end year...memang banyak sangat promotion tiket murah sampai pening nak pilih nak bercuti ke mana...hehe...Lastly, husband pilih nak bercuti ke Sabah..so pemilihan tempat percutian setel...

Masa madam amie menulis ni madam amie dah pun balik dari sabah...so madam amie akan cuba menulis percutian ke sana..sebab a lot of things we can shared together...sebelum madam amie pergi ke sabah pun madam amie slalu baca blog2 orang yang pernah ke sabah...thanks a lot yang telah memberikan banyak idea plan ke sabah...so harap post ni dapat membantu korang untuk pergi ke sabah..

So step pertama yang korang kene buat apabila ke sabah adalah....dengan merangka percutian.

1. Beli tiket kapal terbang dan set awal2 berapa hari nak bercuti.

2. Sabah ni ada banyak tempat menarik....so kene decide berapa hari nak spend masa kat kundasang dan berapa lama nak spend kat kota kinabalu.

3. Buat pilihan samada nak kundasang drive sendiri atau nak ambik pakej. Perjalanan ke kundasang memang agak mencabar dengan jalan yang berliku dan berbukit2...Pastikan kereta yang dipilih boleh naik bukit yer...Kami pilih kereta viva dengan RM110 sehari. Pakej 1 hari ke kundasang boleh dapat RM170/seorang atau pakej bermalam tdo di hotel di kundasang boleh dapat RM350/seorang. Bagi yang ingin sewa kereta tu make sure korang book keta tu sebulan awal ker...boleh dapat viva RM100 sehari.

4. Senaraikan tempat2 menarik yang boleh dilawati di Sabah

Tempat menarik di Kundasang

- Dairy Farm
- Kinabalu Park
- Kundasang War Memorial Park
- Pasar Kundasang
- Pasar Nabalu (odw ke kundasang)
- Poring Hot Spring and Canopy Walk
-  Strawberry Rose Garden
- Sabah Tea Garden
- Kolam Ikan Ranau

Tempat menarik di Tamparuli
- Rumah Terbalik

Tempat Menarik di Bandar Kota Kinabalu

- Pulau2 di Marine Tunku Abd Rahman spt Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya
- Pasar Filipina
- Pasar Ikan Masin
- Night Food Market
- Tanjung Aru - boleh tengok sunset and sunrise
- Waterfront di KK
- Jesselton Point
- Pasar Malam - menjual mutiara yang murah dan brg2 lain

So kalau nak tau kat mana kami menginap di hotel yang murah dibawah RM100 dan selesa kenela baca post madam amie yang seterusnya....Oklah...hingga berjumpa lagi. Harap dapat membantu.


pemandangan sungai rajang, sarawak daripada kapal terbang