Wednesday, August 24, 2016

Family Day di Sungkai, Perak

0 comments
Hi semua...bertemu kembali...kali ni saya nak citer pasal family day keluarga kami...yang diuruskan oleh Madam Amie as a manager...hihi...sungkai sapa yang x kenal...mesti semua orang pergi sini sebab nak pergi Hot Spring Sungkai..6 family yang join kali ni...so pencapaian terbesar dapat arrange family day...hihi...saya memang suke pergi bercuti dan memang selalu arrange percutian ke mana2 ni...hihi

disebabkan ramai orang kami menginap di 2 homestay iaitu Al-Amin Homestay dan Soufia Homestay Sungkai...kedua2nya mempunyai keistimewaan sendiri...yang penting booking awal jika tarikh yang kita pilih tu adalah public holiday....Kami pergi 30/4 - 1/5/2016

Harga tiket untuk masuk sungkai adalah:
Dewasa : RM15
Warga tua : RM8
Kanak-kanak: RM12

so siap sedia la sediakan duit banyak2 yer...hihi

ada 2 tempat utama kolam besar di hot spring ni...

tempat pertama: air x panas, ramai orang dan ada mainan gelongsor

tempat kedua: air suam dan air panas, x ramai orang, bagus untuk badan


nak pergi kolam kene naik train sebab jauh nak jalan kaki



kolam besar...air x panas


rasa segar selepas terima tujahan daripada air terjun ni....


suke betul die main air sampai xnak naik...

Disini juga terkenal dengan tempat memasak telur dan telur juga ada jual disini. selepas penat bermain di kolam utama, kami berehat sebentar sambil memasak telur. memang ramai orang tunggu turn nak masak telur ni...so kene la sabar...sambil2 tu boleh rendam kaki dekat tempat yang disediakan...


rendam kaki sambil tunggu telur masak

kesimpulannya percutian ini memang seronok...cuma kecewa sikit sebab x dapat makan "Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai". Nak pergi lagi tu xtau la bila...hihi...oklah sampai disini jer....hingga jumpa lagi...Daaa...

Monday, August 8, 2016

Resepi Cheese Tart

0 comments
Dah lama blog ni tak berasap dengan resepi-resepi yang baru. So hari ini nak update resepi cheese tart. Dah lama giler ni x buat cheesetart...macam dah 5 tahun plak...sebenarnya tak susah pun nak buat...cuma nak kene rajin jer....hihi

make sure sebelum nak buat cheese tart ni korang ada acuan tart tu dulu..kalau xde kene pergi beli dulu...

bahan-bahan untuk tart
300g tepung gandum (baker's choice)
180gm buttercup
50g gula aising
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila

cara-cara membuatnya:
1) Pukul buter dan gula aising menggunakan senduk kayu. setelah sebati masukkan telur dan kacau sebati. masukkan esen vanila. kacau menggunakan senduk kayu.
2) masukkan tepung gandum dan gaul rata dengan menggunakan tangan. adunan memang agak lembik sedikit. setelah adunan sebati, boleh masukkan adunan dalam peti sejuk semalaman atau nak bakar terus pun boleh.
3) Bakar tart dengan menggunakan suhu 160-170C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15  - 20 minit.
4) pastikan tart telah sejuk sebelum masukkan filling dan cheese.

bahan-bahan untuk cheese
250g cheese tartura
50gm gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

cara-cara membuatnya:
1) keluarkan cheese daripada peti sejuk dan biarkan selama 30 minit suhu bilik.
2) putar cheese bersama telur dengan menggunakan whisker. masukkan esen vanila dan putar lagi.

cara-cara membuat cheese tart
1) masukkan filling dan cheese dalam piping bag bagi memudahkan keje.
2) Masukkan filling ke dalam tart dahulu dan letakkan cheese sehingga ke penuh tart.
3) lukis corak bunga jika suka ke atas cheese.
4) bakar cheese tart dengan menggunakan api atas sahaja dengan suhu 160-170C selama 10 minit.



cheese tart sebelum dibakar


selamat mencuba resepi daripada Dapur Cik Amie. Kalau x paham ke...boleh kasi comment kat bawah.

Friday, August 5, 2016

Percutian ke Batam, Indonesia

1 comments
Salam semua...sudah lamaku tak menulis...sampaikan dah lupe selalu bahasakan diri apa dalam blog....haha...biarlah saya gunakan "saya" sahaja menunjukkan blog ini yang dah matang...hihi...siapa yang dah biasa baca blog ini mesti terkejut kan...sebab saya dah tukar background blog ni..sebab apa saya tukar? untuk mood yang lebih baru dan suasana baru...yerla...saya kan dah berkeluarga...so blog pun kene matang...hihi

hari ni saya nak cerita percutian kami ke batam. "Cuti-cuti cinta" itulah yang kami kata apabila hendak pergi bercuti...kenapa kami pilih batam? sebab yang senang sahaja sebenarnya...perjalanan 1 jam naik flight dan bercuti di luar malaysia...sebab tu kami pilih batam...hihi

sebelum pergi macam biasa mesti baca review blog...semua orang kata batam ini adalah tempat shopping..ya batam adalah tempat shopping!!! tapi kami bercuti dengan budget sedikit sahaja...jadi xdelah shopping...dekat batam memang ada banyak shopping complex...cakap jer nak cari  apa...handbag, baju, tali pinggang, kasut, telekung, beg, pakaian semua ada...tapi daripada segi harga bagi saya..harga dia adalah standard..termasuk harga makanan macam membeli barang di malaysia..walaupun mata wang disana adalah lebih rendah.

semua orang kata kalau pergi batam mesti kene pergi "Balerang Bridge". ya...pastinya kami x melepaskan peluang untuk pergi jugak tengok jambatan ni..disebabkan di batam ini banyak kereta dan kami x familiar..kami decide untuk guna supir sahaja...500,000 rupiah untuk setengah hari menaiki avanza...pick up and return at hotel.

sedikit pengenalan tentang balerang ini adalah...ia terdiri daripada 7 jambatan yang menghubungkan 3 pulau...iaitu pulau batam, pastu dah x ingat...haha..."balerang" adalah gabungan nama 3 pulau tersebut...kami pergi tengok sehingga 7 jambatan tersebut..tapi yang paling orang berhenti dan tangkap gambar adalah jambatan yang ke-2 sebab keunikan jambatan tersebut macam jambatan pulau pinang kan...


ini la bridge yang ke-2

semua orang juga cakap ole2 yang wajib dibeli dibatam adalah kek pisang...so kami pun pergi beli jugak sebab nak tau apa istimewanya kek pisang ini...dekat jer dengan hotel yang kami menginap...dan ada macam2 flavours...coklat, blueberries, buah naga dll. kami beli blueberries dan kek pisang ni memang lembut sangat...


posing di kedai ole2 batam


kek pisang batam

kami juga sempat singgah di pantai melayu...orang kata penduduk asal pulau batam ni adalah orang melayu...tapi kami x jumpa orang melayu asal pulau ini...so kami pergi pantai melayu jer la...air jernih dan ramai orang buat aktiviti di sini...



pantai melayu

Oklah..cukup sampai disini sahaja coretan saya...kesimpulannya percutian ke batam ini adalah percutian kami yang paling sempoi dan agak memenatkan sebab disini kene banyak jalan kaki ke sana sini...dan satu pengalaman yang saya x boleh lupa adalah..pulau batam ini panas!!! hotel dan shopping complex pun panas sampai berpeluh2...bersyukurlah di malaysia..hotel dan shopping complex sentiasa sejuk...

Friday, February 5, 2016

Hey..mana update???

0 comments
Assalamualaikum semua....

Lama betul menyepi kan.....

Kenapa??? Ada masalah ke?

Sebenarnya tak ada apa2 pun...hihi...

Pejam celik...pejam celik....dah nak hampir 2 tahun plak x update blog ni kan....xtau la masih lagi ada follower @ pembaca di blog ni lagi....

Last update on 21 August 2014....

Emmm....kehidupan kini dah bertiga....Alhamdullilah...dengan kehadiran orang bertiga iaitu..."Adawiatul Hamraa'"...kehidupan kami sekeluarga semakin ceria....

Who is she?

Die....adalah.....anak kami yang sulong...kini dah berumur 1 tahun 3 bulan...

Meh....nak share sikit gambar die....

ini kami bertiga di playground.....

Sedar x sedar...tahun 2016 ni....umur dah 31 tahun...oh no....begitu cepat masa berlalu....dengan kesibukan kerja dan kesibukan sebagai seorang ibu....dan tahun ni juga...saya akan sambung belajar lagi...THE TIME IS COMING!!!!

Lepas ni dah xtau bila nak update blog ni lagi..hehe...Oklah...stop sampai sini sahaja....Daaaa...

Thursday, August 21, 2014

Minyak Penjimat Minyak - Minyak Automax

0 comments
Hallo2...madam amie is here...kali ni madam amie nak promote minyak yang boleh menjimatkan minyak petrol anda...Korang pun semua tau kan...harga petrol sekarang kan mahal...RM50 biasanya cukup pergi balik kerja sahaja....dan hanya boleh menampung 250km sahaja....bergantung pada kereta juga la...

Madam amie dah gunakan minyak ni selama 2 tahun....memang minyak yang bagus...boleh jimatkan kereta...dari 7.8liter/100km sekarang dah jadi 5.8liter/100km....sekarang dah x perlu risau lagi sebab dah boleh pergi jalan2 dan pergi kerja dengan hanya RM50 sahaja...

Dengan penggunaan minyak automax, RM50 dah boleh cover sehingga 300 km lebih perjalanan...kan berbaloi2 tu...hehe

Memang madam amie akui...susah nak promote benda ni kat orang yang x pernah pakai...tapi selagi kita x cuba kita xkan tau keberkesanannyer...berkongsi benda yang baik kan bagus....

Apa lagi....jomla guna minyak AUTOMAX....

Motosikal pun boleh pakai gak....

Pernah ada seorang lelaki tegur husband ketika husband tengah isi minyak AUTOMAX...dia kate bagus minyak ni...dia pun pakai untuk kegunaan motor dia...

CARA PENGGUNAAN:

MUDAH SAHAJA!!!

Sebelum isi minyak petrol di dalam tangki, tuangkan dulu minyak AUTOMAX ini di dalam tangki minyak...

5liter = 1 ml

Kalau isi RM50 = 23.8 liter = 5 ml

Satu botol ni boleh tahan selama 2 bulan....jadi memang jimat dan berbaloi2....bagi sapa2 yang selalu pulang kampung...perjalanan jauh memang sesuai sangat pakai minyak ni...

X RUGI UNTUK MENCUBA...YANG RUGI ADALAH ORANG YANG X INGIN MENCUBA LANGSUNG!!!

JOM BELI!! HARGA RM 30.00 sahaja belum termasuk postage!!

Bagi postage RM 30 + RM 6 = RM 36 sahaja!!!

Dapatkan selagi stok masih ada!!!


RM 30 SAHAJA!!!




120 ml untuk kegunaan 2 bulan



5 liter = 1 ml

Jom dapatkan selagi stok masih ada!!! Email terus di hainama_297@yahoo.com.

Friday, July 11, 2014

Blog dah bersawang???

0 comments
Hallo2..madam amie is here....lamanyer x update blog....bila tengok last post bulan 1...Nampak sangat dah 6 bulan blog bersawang...haha...Selamat Berpuasa kawan2...hari ni dah 13 ramadhan pun...dan hari ni baru berkesempatan untuk update blog...

Bila dah puasa ni...semua orang mesti semangat nak berbuka pose di luar kan....hehe...madam amie tengah mencari buffet ramadhan yang best kat Melaka...x tau hotel mana yang best...selepas pencarian berhari2..kami iaitu suami isteri decide nak buka pose di D'Village Resort...harga untuk satu kepala rm44.90. kire sorang rm45 la kan...kenapa kami pilih tempat ni??? Sebab yang senang..iaitu kat sini ada kambing golek...hehe

Kami x pernah makan lagi kat sini..so x boleh la nak buat review...tahun lepas kami berbuka di Hotel Selesa Pasir Gudang...sedap sangat sate kat hotel tu...sate ayam dan daging die besar2...sampai sekarang teringat2 kesedapan sate di hotel selesa pasir gudang..hehe... Setakat ni sate kat hotel selesa pasir gudang merupakan sate yang paling sedap kami pernah makan,....

Ni dia promotion untuk d' village resort ayer keroh. Gambar ni ihsan daripada fb d'village resort ayer keroh.


Buffet Ramadhan 2014

Thursday, January 30, 2014

Percutian Ke Sabah - Hari Ketiga (Makan Seafood)

2 comments
Hallo2...madam amie is here....semalam sibuk sikit...so x sempat nak update blog...esok dah cuti...yahoo...madam amie ambik cuti seminggu...so lama gak blog ni bersawang...hehe. Hari ni nak citer pasal tempat makan seafood yang terkenal di KK. Dekat dengan pasar filipinan ni ada 2 tempat makan seafood. Yang pertama betul2 sebelah dengan pasar Filipina/pasar kraftangan dan tempat ke2 plak bersebelahan dengan waterfront. Yang mana harga lebih murah kami x sempat nak survey...sebab kebetulan madam amie boleh plak terjumpa kawan madam amie kat Sabah..kawan dari sekolah tadika sampai la form 5 kat kk...die yang recommend..kalau nak makan yang fresh pergila kat kedai seafood yang dekat ngn waterfront.

Daripada segi harga plak...banyak peniaga kat sini...dan harga plak berbeza2..x sama tau...so sebelum makan tu korang survey2 la dulu yer....ada yang jual ikan dengan harga RM5/100g, RM6/100g, RM3.50/100g dan RM3/100g. Setelah puas survey kami jumpa kedai yang menjual ikan RM3/100g so kami pun terus makan kat situ. Semua harga sama untuk sotong, ketam cuma untuk udang harimau dalam RM6/100g. Tak tau plak..harga ni dikira murah atau tak...mungkin korang boleh dapat lagi murah...ada orang cakap nak lagi murah bawakla orang Sabah untuk deal harga...

Kami ni makan berdua jer...tapi kami order :
  •  Ketam - 2 ekor - masak pedas
  • Ikan siakap - 1 ekor - bakar
  • Sotong - 1 ekor - goreng tepung
  • Udang harimau - 6 -7 ekor - butter prawn 
Sayur kami x order..sebab takut x larat nak makan....hehe. Kalau nak order sayur RM7/sepinggan. Tak sangka kedai yang kami pilih ni merupakan Kedai Orang Jawa...patutnyer madam amie kene kecek jawa kat sini baru boleh dapat murah....hehe


Butter prawn....sedap sangat....puas makan....hehe



Sotong goreng tepung....rasa ok...not bad...



Ketam masak pedas...marvelous....hehe



ikan siakap bakar....sedap...

Overall...makanan kat kedai ni sedap...yang paling madam amie suke adalah ketam masak pedas....sedap sangat...dah lama nak makan ketam...Thanks a lot to my husband....my hubby...sebab belanja makanan yang sedap2....(^_^). Pasni leh la makan ketam lagi kan....hihi. Of course la kami x leh habiskan semua makanan di atas dalam masa 2 jam...so kami tapau ikan bakar, udang butter prawn dan sotong goreng tepung. Siap buat breakfast untuk esok pagi....hihi...Jimat untuk breakfast.


ni la total harga kami makan....
Harga RM35 tu adalah harga untuk udang harimau. Udang harimau yang paling mahal skali...walaupun kecik...so kalau korang nak jimat tu x yah ambik....hehe...RM15 untuk ikan siakap, RM10 untuk sotong, RM24 untuk ketam, RM3 nasi dan RM4 untuk air. Hope post ni dapat membantu korang membuat pilihan nak makan kat kedai mana.....


Alhamdullilah...dah selamat sampai di Senai Airport

Ok cukuplah sampai disini...post terakhir percutian kami kat Sabah. Tempat terakhir yang kami pergi adalah Pasar Ikan Masin untuk membeli ikan bilis, ikan masin, ikan terubuk, amplang dan kuih cincin...tapi kami x tangkap gambar plak masa tengah membeli...so madam amie habiskan citer di Sabah hingga post ni...Hope korang semua enjoy baca post2 di Sabah ni....Anything want to ask..just pm me ok....Oklah...Hingga jumpa lagi...Daaa...