Wednesday, March 17, 2010

8 Tips untuk mengetahui adakah si dia meminati kita


Hallo2..amie's here...tips yang lebih menarik dan hot seperti biasa untuk menarik minat all my followers, friends and readers to read my blog....hehe...Memandangkan saya ada seorang kawan..namanya dirahsiakan..hehe...yang selalu meminta pendapat saya samada lelaki itu minat kat dia ke x..sebab dia dah minat giler kat lelaki tersebut..haha...So diharapkan kawan saya tersebut membaca post saya ni...yang memang bagus untuk dijadikan panduan bagi dia dan kawan perempuan yang lain..kalau bagi lelaki..boleh cuba tips ni untuk tunjuk kat dia yang kita minat giler kat die...haha...poyo jer...kalau bagi kes yang x pernah jumpa plak...susah plak nak rujuk tips ni..sebab kene jumpa gak baru boleh tau..hehe...Ok...jom kita baca sama2...


1. Melalui ‘eye-contact’ - Jika si dia merenung tepat-tepat kat mata anda, nie menunjukkan yang dia suka atau berminat dengan anda. Tapi awas jika berdepan dengan jejaka yang pemalu. Si dia akan cepat2 alihkan pandangannya dari merenung mata anda kerana dia takut yang anda akan tau yang dia sukakan anda!

2. Perhati kelakuannya – Jika si dia nampak seperti nervous, semput, gelisah ker, ini mungkin tanda-tanda yang dia sukakan anda! (atau mgkn gak dia ada penyakit asma :-p..huhu) Dia juga mungkin akan banyak bercakap tentang dirinya sendiri atau merepek pasal bende-bende yang tak masuk akal. Gelabah la tu kot…:-)

3. Jika dia tunjuk minat pada perkara yang anda suka – Misalnya jika dia tahu yang anda suka tengok cite2 ‘cintan-cintun’, mungkin dia akan suggestkan beberapa cite romantic untuk ditonton bersama-sama. Wah…romantik la pulak!

4. Perhati gerak-gerinya bila bersembang dengan gadis lain – biasanya lelaki yang minat kat anda akan flirt dengan gadis lain dengan harapan anda akan perasan kewujudannya. Selain tu, dia nak buat anda jeles sebenarnya…

5. Suka mengusik atau menyakat – si dia suka mengusik anda? Nie mungkin kerana dia ada hati kat anda! Usik-mengusik nie sebenarnya satu helah untuk menarik perhatian anda pada dirinya! So, next time jika anda marah sebab kena usik, pikir-pikirlah semula, ok!

6. Bercakap lembut dengan anda – kalau sorang lelaki nie minat kat anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut kat anda. Tapi, kalau dengan orang lain, dia akan bercakap seperti biasa. Biasala nie…sebab si dia nak tunjukkan dirinya yang sensitive gitu!

7. Melalui layanan - Kalau si dia betul-betul sukakan anda, dia akan sentiasa melayan anda dengan baik, lembut dan sopan. Nie baru gentlemen namanya… :-)

8. Jika mukanya merah padam – Jika anda tengah bercakap dengan si dia dan perasan yang mukanya telah naik merah, besar kemungkinan yang dia menaruh perasaan kat anda. Kalau muka dia merah bila cakap dengan kita jer dan bukan dengan orang lain, maknanya dia mgkn sudah jatuh hati la tu… huhu… :-p

pesanan penulis : saya memang sangat setuju ngan tips2 kat atas ni..hehe...So korang caman setuju x ngan tips kat atas ni?

3 comments:

metallurgical said...

ada tambahan... sekiranya dia memberi hadiah besday periuk kukus sebelum tarikh besday anda, bermakna dia pun ada menaruh hati pada anda.. oleh itu jgn jual mahal ye... hehehe...

amie hani said...

x masuk dlm list kat atas la..leh caya ker? hehe

Zinnirah Humaira' said...

betul2..sy sokong =)