Monday, September 27, 2010

Resepi Bergedil Ayam

Hallo2...miss amie is here...ermm..cam dah lama x upload resepi baru kat blog ni kan..hehe....sebenarnya ada banyak resepi baru yang telah dicuba pada bulan ramadhan dan bulan syawal...cuma tu la x sempat nak tangkap gambar masa tengah memasak..hehe...ok..kali ni cik amie nak berkongsi resepi bergedil...resepi diajar oleh my lovely mum..harap kawan2 dapat try resepi yang senang ni..kos pun murah jer..hehe..Jom kita baca sama2...


Resepi Bergedil Ayam Cik Amie

Bahan-bahan
5 biji kentang
2 ulas bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 ketul ayam bahagian dada digaul dengan sedikit garam dan kunyit
Sedikit garam
Sedikit lada hitam/lada sulah – ditumbuk halus
Sedikit daun sedri/ daun sup – diricih halus
1 biji telur

Cara-cara menyediakan :
1) Kentang dibuang kulitnya dan dipotong enam. Jangan potong terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Kentang yang telah dipotong digoreng.
2) Goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis.
3) Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
4) Tumbuk kentang yang telah digoreng menggunakan botol yang tidak digunakan. Tumbuk kentang sehingga lumat dan hancur sebati.
5) Masukkan bawang goreng, sedikit garam, sedikit lada hitam yang telah ditumbuk halus dan daun sedri yang diricih halus ke dalam kentang yang telah ditumbuk. Ayam yang telah digoreng dicarik2kan kecil dan dicampur ke dalam bekas. Gaul rata dengan menggunakan tangan.
6) Bentukkan kecil2 dan comel dan ketepikan.
7)  Telur dipukul. Masukkan kentang yang telah dibentukkan ke dalam telur yang telah dipukul.
8) Panaskan minyak dan bolehlah anda menggoreng. Setelah bergedil berwarna agak kecoklatan bolehlah anda mengangkatnya. Dah siap....Selamat Mencuba!!

p/s : ayam juga boleh diganti dengan hati ayam atau pedal ayam.


Bergedil yang telah siap dibentukkan..



Bergedil digaul dengan telur yang telah dipukul sebelum digoreng...



Bergedil yang telah siap digoreng...memang sedap..hehe

Harap kawan2 dapat mencuba resepi ini. Selamat Mencuba!!

3 Comments:

  1. Lizawati said...
    smlm dh mkn bergedil cik amie nie..mmg sedap..nak wat pon agak simple..slmt mencuba!!
    DyaNz said...
    tlng dtg umah ak n buatkan..hehe
    Encik Lah said...
    Salam...please..saya baru buat blog..ley follow saya x? Saya follow awak.... baru senang saya tgk blog awak lau awak muncul kt followers saya...terima kasih.

Post a Comment