Sunday, August 22, 2010

Kuih Apam yang gebu, lembut dan sedap


Hallo2...amie's here..ok..di hari minggu ni cik amie nak berkongsi resepi untuk membuat apam yang lembut, gebu dan sedap...sebenarnya dah banyak kali try..dan akhirnya cik amie telah buat kesimpulan...inilah resepi apam terbaik yang dapat menghasilkan apam yang lembut, gebu dan sedap...hehe..confident giler jer kan...hehe...kalau x percaya korang leh try dulu..nak tau sedap ke x apam yg dibuat oleh cik amie ni...boleh tanya pengkritik tetap di dalam rumah kami iaitu kak liza dan kak shima...hehe...nak buat senang jer..cume kene bersabar la yer...sebab banyak kali nak kene perap...ok..jangan x cuba plak tau...Selamat Mencuba!!



Bahan-bahan

untuk membuat tapai nasi
2 cawan nasi sejuk
1/3 ragi
1 sudu gula

bahan-bahan adunan
3 cawan tepung beras (guna jenama tepung beras cap teratai..klu xde brand lain pun boleh)
1 cawan gula pasir
1 1/2 sudu Eno (pilih peket yang berwarna biru perasa garam buah2an)
2 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna merah


bahan untuk cicah dan menyedapkan
kelapa parut dicampur dengan sedikit garam


Cara-cara membuatnya :
1)      Untuk membuat tapai nasi gunakan nasi yang baru dimasak dan sejukkan terlebih dahulu. Guna 1/3 keping ragi dan hancurkan menggunakan sudu. Letakkan nasi untuk dibuat tapai dalam bekas Tupperware yang boleh ditutup. Masukkan ragi ke dalam bekas dan ratakan ragi ke seluruh nasi menggunakan sudu. Masukkan 1 sudu gula dan gaul hingga rata. Perap selama 2 malam sehingga tapai itu berair. Sebelum membuat apam, rasa dulu tapai tu..kalau sedikit manis maka kira jadilah tapai tu..kalau x sila buat sekali lagi yer..
2)      2 cawan nasi yang menjadi tapai itu akan menjadi 1 cawan sahaja apabila menjadi tapai nasi. Ambil 1 cawan tapai nasi, 1 cawan gula, sedikit garam dan 2 cawan air kemudian blender sehingga adunan nampak halus, hancur dan sebati. Sekejap jer blender x perlulah lama2 sebab ia mudah hancur.
3)      Ambil 3 cawan tepung beras dan masukkan dalam bekas yang lebih besar. Masukkan adunan yang telah diblender tadi ke dalam bekas tepung beras. Gaul rata dan tambah 1 cawan air. Dan sekali lagi blender adunan yang telah dicampur. Setelah itu peraplah adunan selama 4-5 jam.
4)      Setelah adunan siap diperap, masukkan eno garam buah-buahan dan pewarna merah jambu ke dalam adunan. Dan perap selama 20 minit.
5)      Adunan ini boleh dikukus menggunakan loyang atau dimasukkan ke dalam bekas yang kecil2 dan comel…hehe..pastikan loyang atau bekas disapu dengan sedikit minyak dan barulah dituang adunan. Jika menggunakan loyang kukus selama 45 minit dan kalau menggunakan bekas yang kecil kukus selama 15 minit.
6)      Ok..hidangan telah pun siap. Untuk menyedapkan lagi apam ini makan apam dengan kelapa parut yang telah digaul bersama dengan sedikit garam. Selamat mencuba dan hidangan ini boleh dimakan ketika berbuka puasa nanti (^_^).

p/s : ragi ni kene pandai pilih..cara pilih ragi ni plak..mak cik amie yang ajar…sebab mak cik amie memang suka buat tapai..hehe..so die memang dah try macam2 ragi yang dijual di kedai..dan akhirnya telah menjumpai ragi yang kalau buat tapai rasa manis dan jadi. So cik amie ikut jer la ragi yang mak cik amie kasi..hehe…dia yang recommend guna ragi ni..ragi ni plak ada jual kat kedai yang ada pasar jual bahan2 basah…harga ragi plak RM0.50. So, kesimpulannya korang kene la try dulu mana satu ragi yang best untuk dipilih..hehe…ok..selamat mencuba tau! Tak susah pun sebenarnya nak buat apam ni..Cuma nak menghasilkan apam yang sedap, gebu dan menjadi itu yang susah. Try jangan x try plak resepi kuih apam daripada cik amie ni. Selamat mencuba!!!
Ok...last sekali nak tunjuk gambar terbaik menggunakan kamera DSLR...hehe...cantik x gambar apam ni? hehe...mungkin terlebih warna merah tu..korang leh reduce sikit nak dapatkan warna pink yang cantik ok...(^_^)

0 comments: