Sunday, February 28, 2010

Sakit badan setelah main bowling...haha

0 comments
Hallo2..amie's here..Baru balik daripada jogging di taman botani ni untuk wat kali ke-3 nya...sebenarnya 8.30 tadi dah habis jog..pastu mak bayah ajak p minum dulu kat gangsa..kitorang pun p makan nasi lemak...sedap...bayah, mak bayah dan kakaknya siap tambah sambal lagi...sebab dorang suka sangat makan sambal..hehe. Pas p makan tu..aku p pasar jap beli ayam dan sayur...nanti nak masak senang..bayah kata mydin bukak kul10..lambatnyer la...nanti2 jer la p mydin...

Nak citer semalam..al-kesah perlawanan bowling semalam...aku, siti dan kak eton. Kak eton main untuk single dan aku dan siti main untuk double. 5 games semalam main...masa main ok jer...balik naik keta dah rasa badan tu letih sangat...pastu rasa lapar...haha..Semalamnya punya game aku dan siti dari game 1-3 ok jer...mata jatuhan pin pun dapat 100 lebih...pastu masuk game ke4 dan ke5..aku dan siti...entah ape jadi...lingkup jadinya...main asyik longkang jer...haha...focus pun entah ke mana...hanya kak eton sahaja yang maintain dari awal hingga ke akhir...pemain2 lain plak semua hebat2 belaka...kebanyakkannya banyak yang bawak bowling sendiri...semua pemain professional...emm....aku cakap dalam hati...one day nanti...aku pun akan jadi cam tu gak...hehe

Walaupun sakit badan masih terasa bila bangun tadi...ku tetapkan gagahkan jua untuk pergi berjogging..bila dah jongging ni..kurang sikit rasa sakit badan...as usual...aku dan bayah akan berposing tiap kali datang ke taman botani...kali ini kitorang cuba lalu jalan lain...kat taman botani ni..ada banyak cabang jalan masuk...dalam 3 cam tu kot...dah lama x jogging memang best!! Kali ni kami sempat berjalan2 di atas jambatan..bukan jambatan gantung....jambatan batu yang statik yang dibina berdekatan dengan air terjun buatan. Jom tengok gambar!!

Di hadapan air terjun

Di atas jambatan...aku pelik..nape aku dalam gambar nampak kurus...tapi aku baru jer timbang hari jumaat lepas...nape berat aku tetap x turun? Argh...aku tension...Adakah gambar ini menipu?


Aku dan bayah


Ikan di dalam kolam...Nampak x?


Ni gambar buang tebiat...haha...Siap nak duduk ngan sopan lagi semata2 nak tangkap gambar duduk atas gambar bunga tu...hehe


With my lovely car...my loyal car...hehe. Gambar ni diambil masa tengah tunggu mak dan kakak bayah habis berjogging...hehe. Jarang nak tangkap gambar keta ni sebenarnya...but i really love my car...hehe


Kat taman botani pun ada cafe botanikal...tapi kami x pernah la try makan kat sini...Kepada sesiapa yang nak try makan kat sini bolehla...hehe


Kat melaka ni yang bestnyer...ade member nak wat aktiviti2 sukan ni..nak main bowling..nak jogging...nak main netball...sape la selalu setia menemankan aku ni sebenarya? Of coz la bayah...thanks to the bayah... We're sharing same hobbies and interest..cam suka aktiviti sukan...suka masak..dan aktiviti baru kami...yang bakal tiba selepas ni adalah nak makan kat kedai seafood yang best...oleh kerana aku selalu mengadu kat bayah..nak sangat makan kat umbai..Umbai ni tempat makan seafood yang paling glamour sekali kat melaka...orang dari kl pun datang jauh2 semata2 nak makan kat umbai..tapi satu jer..umbai ni mahal...So bile dah dapat gaji mac ni..nak p makan seafood. Yahoo!! Finally dapat gak nak makan seafood yang best dan kedai berhadapan sungai/pantai...hehe...Oklah..dah banyak plak aku membebel kat page aku ni kan...harap you all enjoy reading my blog...Daa...!!

Saturday, February 27, 2010

Jika hatiku sekuat diriku.....

0 comments
Jika hatiku sekuat diriku...itulah topik saya pada malam ini...tiba2 saya rasa nak menulis malam ini...wanita ini diciptakan dengan hati yang lembut...Seorang kawan saya pernah bercakap kepada saya...."Amie ni nampak jer keras hati..tapi jauh dalam sudut hati...hati tu lembut..nampak jer kuat..tapi disebalik itu....suke menangis gak....hehe". Dah diciptakan dengan hati yang lembut dan sensitif..suka beremosi...sebab itu lah wanita mudah mengalirkan air mata...bukannya maksud wanita itu cewek yer...menangis merupakan salah satu cara wanita itu melahirkan perasaannya...

Tayar kereta hilang pun menangis...kalau orang laki tayar kereta hilang pun steady gak...tapi kaum perempuan ni kalau apa2 terjadi kat kereta die..memang dorang suke nangis...hehe. Saya pernah terbaca...Allah x kan memberikan dugaan atau ujian kalau Allah rasa kita x mampu untuk menghadapinya...Jadi kita pasti boleh menghadapi dugaan ini kerana Allah rasa kita layak untuk menghadapinya...jadi janganlah sedih jika kita diberi ujian...Anggaplah ujian itu dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah...

Saya bukanlah manusia yang sempurna..juga ada kekurangan diri...saya suka memberi pendapat..mungkin sebab itu saya suke menulis blog..hehe. Kawan-kawan kalau korang rasa hatimu x sekuat dirimu..menangislah...mungkin ia dapat melegakan hatimu...Ini salah satu kelebihan menangis..hehe. Dulu2 bila saya rasa ada masalah...saya x dapat tido...asyik teringat masalah tu...satu hari saya terbaca dalam mingguan wanita...saya suka baca ruangan motivasi...kita kena percaya setiap masalah yang kita hadapi mesti akan ada penyelesaiannya...masalah itu tercipta kerana kehendak dan izin Allah...oleh itu hanya Allah sahaja yang boleh membantu...saya harap kawan2 yang sukar tidur boleh praktiskan amalan ini kerana setiap kali saya ada masalah saya akan praktiskan amalan ini...Alhamdullilah...selepas membacanya saya dapat tidur...dan bila kita bangun tidur kita x kan memikirkan sangat perkara itu.

Amalkanlah amalan ini...Sebelum nak tidur tu bacalah...Innalillahi wainna ilaihirrojiun....Bacalah dengan maksudnya sekali.."Darimu kami datang..dan kepadamu jualah kami kembali.." dan selepas itu anda akan terlelap sendiri. Cubalah...InsyaAllah..hati anda akan jadi lebih tenang...yakinlah...Allah akan membantu hambanya....Cuba yer...Oklah cukup sampai disini sahaja post saya..semoga berjumpa lagi!!

Friday, February 26, 2010

My new shawl finally arrived!!

0 comments
Hallo2..amie's here. Tudung baru yang aku order melalui lola shawl iaitu secara online...akhirnya telah sampai..jeng..jeng..jeng...x sabar nak upload gambar tudung ni dan gambar aku pakai tudung ni..hehe..Dah basuh dah...kebetulan hari ini ida ajak p jusco baru..so ape lagi...first time nak pakai tudung ni...hehe

Ini lah tudungya..lawa x?

Kali pertama memakai tudung ini..sebelum bertolak ke jusco..hehe


Besar sangat jj ni..tapi xde lah sebesar jj kat selat tebrau, johor tu...hehe. Memang penat sangat jalan...dari tingkat ground sampai la ke tingkat 2 kitorg naik...Kalau kedai makan..banyak gak kedai makan kat sini...ada kenny rogers..papa john...kfc..mcd..dan mcm2 lg...hehe

Ni saje nak bergambar dengan bunga yang lawa ni..hehe

Ni kali pertama dapat makan taco tao...ida kata ini makanan daripada jepun...sedap tau..rugi x beli...5 bintang untuk makanan ni...harganya RM4.30 perasa sotong....dapatlah 3 ketul bebola...sempat jugak berposing tadi dalam kereta sebelum balik...sebelum kami makan taco tao ni...

Ini lah makanan taco tao...

Apa lagi..bagi yang dok melaka tu..datangla ke jusco ni...banyak kedai yang best tau..leh shopping..hehe...tadi aku juga sempat membeli sebuah blaus yang comel...hehe..Macam brand2 ada disini...F.O.S ada, Brand Outles ada, Padini, Body Shop ada, x lupa make up stage pun ada..hehe..Macam2 la kedai ada...kedai kasut pun banyak...Senang citer korang datangla sendiri...Untuk wayang plak masih dlm pembinaan lagi...wat masa ni..kalau nak masuk masih free sebab pagar automatik x beroperasi lagi...kereta memang banyak la tadi...banyak kali gak la pusing nak cr parking tadi...Esok nak main bowling ni...entah kul brp la nak tdo ni...Oklah..cukupla sampai sini...hingga jumpa lagi...daa...(^_^)

I'm Happy Today!!

0 comments
Hallo2..amie's here...i'm happy because many people visit my blog from beginning until today..thanks to all my follower, my friends and readers. Therefore, I would like to dedicate this song to all my follower, my friends and readers. Hope you will always support my blog and follow my blog. Also, don't forget to vote at my poll..you can find it at right side whether you like or not my blog. Enjoy it!! Very cute video...(^_^)

Thursday, February 25, 2010

Muhadharah Maulidur Rasul 1431H

0 comments
Assalamualaikum...sahabat2 sekalian..petang tadi saya, kak liza dan ida telah pergi ke ceramah sempena maulidur rasul..iaitu sempena hari kelahiran Rasullullah S.A.W. Mlm ini merupakan hari kelahiran Rasullulah S.A.W. Jadi disini saya ingin berkongsi bersama2 dengan sahabat2 sekalian isi daripada ceramah tadi. Mudah2an..ilmu kita akan bertambah lagi..dan kita dapat menambahkan cinta kepada Rasullulah S.A.W. Alhamdullilah...ramai staff lelaki dan perempuan yang hadir tadi...Pelajar juga turut hadir. Saya dan kak liza juga turut terserempak dengan usatazah noraini..iaitu ustazah yang kami kenali ketika menghadiri tazkirah yang diadakan pada setiap hari jumaat.

Nama Penceramah : Syeikh Muhammad Fuad berasal daripada N9
Tajuk Ceramah : Taati Allah dan cintai Rasul

Penceramah telah mengajukan soalan yang menarik...mungkin barangkali kita x pernah terfikir akan jawapannya...iaitu

"Apakah malam yang mulia di antara malam lailatul qadar atau malam kelahiran Rasullullah?"

Sebagaimana yang kita tahu malam lailatulqadar..adalah malam yang penuh dengan keberkatan dan malam yang sukar dicari dalam bulan Ramadhan..menemui malam lailatulqadar merupakan satu kebahagian bagi umat Islam.

Jawapan penceramah adalah.."Malam yang mulia disisi Allah adalah malam kelahiran Rasullullah" iaitu lahirnya kekasih Allah..Rasullullah...

Penceramah juga banyak menceritakan tentang sunnah2 ..yang perlu kita ikuti...mungkin selama ini kita x tau...kerana kita x didedahkan kepada perkara ini dan kita sendiri tidak berusaha untuk mengetahui...

Rasullulah S.A.W. sering membawa 5 barang2 ini kemana sahaja beliau pergi iaitu :
1) Sikat
2) Minyak Rambut
3) Minyak Wangi
4) Sugi
5) X dapat dipastikan..maaf

Antara ciri-ciri fizikal Rasullullah S.A.W. adalah :
- Rambut Rasullulah antara kerinting dan lurus dan antara panjang dan pendek.
- Rasullulah selalu menyikat rambut belah dua tapi tidak dapat dipastikan samada belah tengah atau belah tepi.
- Badan Rasullulah rata daripada atas hingga ke pusat. Tiada buncit.
- Rasullulah mempunyai gigi yang jarang yang cantik. Ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seseorang yang fasih bercakap.

P/s : Makruh membotakkan kepala kecuali pada tahlul umrah dan haji. Ini merupakan pendapat bagi sesetengah ulama'.

Definisi cinta : Cinta berlaku apabila hati kita suka kepada sesuatu benda atau seseorang kerana kelebihan yang terdapat pada dirinya.

Kasih pula terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
1) Kasih Tobiat / Tabii
- Iaitu kasih yang lahir dengan sendirinya..iaitu seperti kasih seorang ayah kepada anak atau kasih seorang anak kepada ayahnya.

2) Kasih Ikhtiarni
-Iaitu kasih yang kita boleh ikhtiarkan. Kasih kepada orang yang tiada hubungan dengan kita. Seperti kasih seorang suami kepada isteri. Sebagai contoh..apabila seorang lelaki jatuh hati kepada seorang perempuan...lelaki itu akan berusaha untuk mendekati perempuan itu..sebelum dia mengenali perempuan itu..tiada pun kasih terhadapnya..tapi setelah dia jatuh hati kepada perempuan itu...lelaki itu berusaha untuk menyayanginya. Begitulah juga...kita hendaklah berusaha untuk menyintai Rasullulah...kerana Rasullullah yang membawa Islam kepada kita dan mengajarkan kita tentang ibadat, akhlak, gaya hidup dan sebagainya. Al-Quran dan Sunnah Rasullulah menjadi pegangan umat islam hingga kini.

"Nabi itu perlu diutamakan daripada umat Islam yang lain dan mesti diutamakan lebih utama daripada diri kita sendiri."

Antara sunnah Rasullullah yang boleh dikuti adalah :-
- Cara Rasullullah minum air. Apabila minum untuk kali pertama, minum hanya sedikit dan selepas minum jauhkan mulut daripada bibir cawan. Ini kerana hembusan angin yang keluar daripada mulut mengandungi gas yang boleh membawa kepada penyakit. Dan kali kedua atau ketiga minum, bolehlah diminum habis.
- Rasullullah mengutamakan anak perempuan daripada anak lelaki. Ini kerana hati perempuan yang lebih sensitif.
- Apabila makan Rasullullah selalu menggabungkan makanan yang sejuk dengan makanan yang panas iaitu yang dimaksudkan disini adalah sebagai contoh...tembikai adalah makanan yang sejuk..Rasullullah akan menggabungkan tembikai dengan tamar/kurma. Ini kerana kurma adalah salah satu jenis makanan yang panas.
- Apabila makan, jika terdapat hidangan yang sama pilihla yang dekat atau hampir dengan kita. Dilarang memanjangkan tangan. Jika makanan itu berbeza barulah kita boleh memanjangkan tangan untuk mengambilnya.

Begitulah..sedikit sebanyak isi daripada penceramah tadi yang dapat kita kongsi bersama2. Mudah2an cinta kepada Rasullullah S.A.W. dapat bertambah. Semoga dapat bertemu kembali dalam post seterusnya.

Marilah datang beramai2 menyaksikan tournament bowling at MIBC, MITC Melaka

0 comments
Hallo2..amie's here...nak ajak korang semua datang beramai2 ke tournament bowling antara jabatan di UTeM pada hari sabtu ini iaitu 27 Februari 2010 pada jam 9.30 pagi. Boleh juga menyaksikan saya bermain bowling pada hari sabtu tu..hehe..main double..pada lane no.16. Datanglah beramai2 menyokong saya, pasukan saya dan menyokong fkekk..hehe...Bagi permainan ini kitorg kene main 5 game..mest penat kan nant..x pernah pun saya main 5 game..paling banyak pun 3 game jer saya pernah main...Ini dikira cubaan kali pertama saya mewakili fakulti dalam bermain bowling..sebenarya saya xde la terre..tapi saya nak cuba bermain..lagi pun dapat main free lagi...sebab fakulti yang bayar..hehe

Malam tadi, saya dan bayah p training..main 2 game...game pertama oklah..boleh dapat 100 lebih jatuhan mata..bila game ke-2..dah kureng sikit...asyik masuk longkang..jatuhan pin plak hanya 80 lebih..masih lagi kene improve skill bermain saya ni..hehe...yang penting kene maintainkan kalau boleh nak la lebih 100 mata pada setiap game. Doakan saya dapat wat yang terbaik pada perlawanan nanti..walaupun saya tau saya x leh menang keseluruhan pun game tu..yang penting dapat meningkatkan kemahiran skill bermain bowling nii..dan yang penting dapat mengeratkan silaturrahim...(^_^).

Ok..sokonglah amie hani dan sokonglah fkekk....(^_^). See you all in my next post.


"Majulah sukan untuk UTeM"

Wednesday, February 24, 2010

Maksud email anda

0 comments
Hallo2..amie's here..post kali ini plak membawakan maksud email anda...ada yang suka letak nama penuh la...nama samaran la...nama bercampur nombor la...ape2 la...hehe...sebenarnya tanpa kita sedari email yang kita pilih itu ada maksudnya tersendiri...ia mengungkap perangai dan sikap kita...Mesti you all dah x sabar2 nak baca2 kan...Jom kita baca!!!

Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Penulis : Saya plak...guna nombor dan abjad...ada la gak betul sikit2..itu pun dalam percintaan dan persahabatan..haha...anda bagaimana plak? kasi la comment....

Rahsia Menambat Hati Perempuan

0 comments
Hallo2..amie's here. Hari ini saya nak bawakan post yang lebih hangat dan dinantikan oleh semua orang..iaitu bagaimana untuk menambat hati pempuan..so kawan2 perempuan saya di luar sana...bersetuju x pendapat kat bawah ni nak pikat hati korang..hehe. Jom kita baca...

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.


· Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

· Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

· Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

· Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

· Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.

· Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

· Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

· Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

· Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR

1 comments
Bestnyer topik ni..hehe. Saya lahir pada 29hb..anda macam mana plak? 'Sabar serta pandai menguasai diri'..betul..betul..betul...hehe..Orang yang bijaksana dan bertanggungjawab...jujur dan peramah pun betul...hehe. Macam mana plak ngan orang yang lahir pada 2hb ni..hehe...nak tengok Mr. S.A plak..hehe. 'Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak'. Ha..?betul ke macam tu..Mr. S.A xleh kecewa yer..hehe...kena cuba dulu...baru cuba baru tau..hehe

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Hikmah disebalik mengucapkan perkataan Lailahaillallah

0 comments
Bila saya baca cerita di sebalik perkataan Lailahaillallah ini..terus saya kata bestnyer citer ni..sebelum ini x pernah pun saya tau..Oleh itu, saya nak share ngn rakan-rakan sekalian..bacalah..memang best dan banyak fadhilat yang tersembunyi di sebalik perkataan ini.

Bila hamba Allah mengucapkan Lailahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.

Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, February 23, 2010

Indahnya perasaan cinta ini...

0 comments
Indahnya perasaan cinta ini...inilah tajuk topik saya pada hari ini...kebiasaannya saya setiap pagi bila memandu pergi ke tempat keje saya suka mendengar hot fm..suka dengar celoteh fara fauzana dan faizal ismail..selalu jer ade topik2 yang best..Bile ptg blk keje...saya suka dengar topik yang best daripada jawa rangers pula...

Salah satu topik yang menarik minat saya yang saya masih ingat sampai sekarang adalah topik..bercinta tapi x pernah jumpa...Saya selalu berfikir..bolehkah kita menyukai seseorang itu tanpa pernah berjumpa dia..Emm...bile dengar topik ni kat hot fm..rupanya ramai jer orang yang tepon menceritakan pengalaman die..rupa2nya ramai jer jatuh cinta tanpa berjumpa ni..dan ramai juga yang sampai ke jinjang pelamin ni..ada yang setahun kenal pastu baru jumpa..dan kebanyakkan bila dorg dah jumpa..x lama lepas tu dorang pun kawen..macam x tgu lame la...masih ada lagi kan citer2 yang macam di zaman ni kan..hehe...bukanlah wujud di zaman dulu dan zaman batu sahaja..hehe. Bila dah dengar citer2 orang ni..barulah saya tau perasaan suka saya tanpa pernah berjumpa empunya badan ini adalah normal...hehe

Berkawan sehingga 5 tahun plak..adakah persahabatan ini boleh sampai ke jinjang pelamin? Bagi saya perasaan suka dan cinta ini datang dengan sendirinya..dan bila ia datang..dan berbalas..sukar untuk kita melupakannya...bagi saya mencintai seseorang itu biarlah ikhlas kerana Allah..kerana kita bertemu dengan si dia adalah kerana Allah dan andainya kita dan dia berpisah juga biarlah kerana Allah..kerana daripada segi pandangan dan pengalaman saya..bila berpisah dengan si dia kerana Allah..hati kita akan rasa kurang kecewa..dan masa yang diperlukan untuk melupakan die juga x perlu sampai bertahun2..jika dibandingkan cinta kerana nafsu..Oleh itu..cintailah seseorang itu kerana Allah..dan jika ditakdirkan dia dijodohkan dengan kita...mudah2an bahagia dunia dan akhirat...amin.

Kita sebagai hamba Allah...hendaklah sentiasa yakin dan percaya bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik...jadi jika kita ingin lelaki yang baik untuk menjadi teman hidup kita..kita hendaklah menjadi wanita yg baik dan solehah di sisi Allah supaya kita dapat berdampingan dengan lelaki yang beriman. Walaupun bilangan orang yang baik itu sedikit di dunia ini..percayalah dan yakin kepada janji-janji Allah...Allah telah menetapkan jodoh untuk setiap manusia itu. Walaupun golongan yang baik itu tinggal sedikit di akhir zaman ini..sentiasalah yakin dan percaya kepada Allah..Allah telah menetapkan jodoh untuk kita..Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Alhamdullilah..saya rasa bersyukur kepada Allah..kerana Allah telah melahirkan rasa cinta dan rasa suka seorang perempuan kepada seorang lelaki kepada saya..dan saya sentiasa berdoa supaya rasa sayang dan cinta ini dapat saya berikan kepada lelaki yang layak untuk menerimanya..iaitu jodoh saya..Mudah2an saya dapat menemuinya. Amin..

Saya menulis topik ini kerana saya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan yang saya tahu ini dengan rakan-rakan sekalian. Mungkin sebelum ini ada rakan-rakan yang mmbaca post saya yang bertajuk "Saya Sedih" dan saya rasa lebih elok rasanya saya menyelitkan unsur2 motivasi di dalam post saya..dan mungkin juga ada antara kita yang mengalami dilema yang sama seperti di dlm post saya sebelum ini.

Diharapkan dengan post terbaru ini..rakan-rakan mendapat semangat dan azam baru. Sentiasalah berfikiran positif dan muhasabahla diri setiap hari seelok2nya sebelum tidur. Dan niatkan pada diri kita setiap kali sebelum tidur itu untuk memaafkan kesalahan orang lain kerana itu adalah lebih baik dan hati kita juga menjadi lebih tenang. Kepada sesiapa yang belum mencuba..cubalah...InsyaAllah...hati akan menjadi lebih tenang dan kita sentiasa dekat dengan Allah.

Sesungguhnya cinta yang hakiki dan sejati adalah cinta kepada Allah..cintailah Allah kerana kita sebagai manusia tidak akan merasa rugi dan tidak akan rasa kecewa kerana cinta kepada Allah adalah cinta yang agung dan sejati. Yang baik itu datang daripada Allah..dan yang buruk itu sesungguhnya datang daripada diri saya sendiri. Saya sudahi post saya ini dengan wassalam. Semoga bertemu lagi di post saya yang seterusnya.

Majulah sukan untuk UTeM!!

0 comments
Tadi baru balik dari meeting kat pusat sukan...menggantikan kak normi..mewakili fkekk dalam sukan bola jaring..tarikh perlawanan adalah pada 27 Mac 2010..iaitu pada hari sabtu..harap2 cukuplah pemain fkekk ni sebab aku semangat nak main ni..bayah ko pun kene join gak...menang atau kalah itu belakang kire..yang penting bak kata pengarah sukan tadi..sebab utama UTeM menganjurkan sukan antara PTj ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff..Bagi sukan bola jaring ini..yuran adalah RM30 bagi satu team dan sebanyak 11 PTj telah mendaftarkan diri untuk permainan bola jaring ni..sempat ke nak berlatih ni? Tinggal lagi sebulan jer sebelum game ni...hmm...

Lagi satu permainan yang aku excited sangat nak join adalah bowling..hehe..sepatutnya game bowling untuk kelab fkekk malam esok...tapi telah ditangguhkan ke 1 Mac 2010..la...lambat lagi la..aku dah excited nak main..hehe...xpelah sempat lagi nak training ni..Cik bayah bile kite nak main bowling..ko ni asyik tangguh jer...ni yang aku marah ni..hehe. Mengantukla plak tengah hari ni..tadi baru jer makan nasi lemak..tu yang ngantuk tu..ni yang tengah tulis blog ni..untuk menghilangkan rasa mengantuk...Emm..oklah kawan2 semua...nanti ada citer baru sy share yer..hehe...Ok..da...(^_^).

My Fovourite Food...(^_^)

2 comments
Hallo2...amie's here..Ceh wah..pagi ni mood dah ceria balik...malam tadi emosi..haha...nak share ngn kawan2 sekalian tentang my fovourite food ni...semalam aku dan kak liza telah membuat keputusan untuk memasak...semalam kami pose..pastu rasa nak memasak plak..blk keje jer kitorg terus jer p mydin untuk membeli barang2 dapur...xde peti sejuk ni susah la..nak masak barulah kitorg kuar nak beli barang dapur...blk daripada mydin jer dah kul7...sampai jer rumah tiba2 bayah kol pki hp kak liza..kerana bayah kol aku..aku x dengar..sbb tgh drive..hehe..sori bayah..bayah petang semalam ada kelas sampai kul7 gak...dan die plak tertinggal kunci bilik kat dalam bilik..so terpaksalah aku datang ke utem dengan pantasnyer..80km/jam sebab jam dah menunjukkan kul 7.05 malam...kul 7.15 aku pun sampai di utem..kasi kunci dan terus balik..sampai rmh jer dah kul 7.30 malam..azan pun dah berkumandang..so terus minum air...pastu semayang..pas maghrib barulah kami memasak...

Resepi ni aku yang wat sendiri..hehe...sebab aku suka sangat makan kacang panggang yang dalam tin ni..jadi aku campurkannyer ke dalam ikan..menu malam tadi adalah..ikan kerapu masak kacang panggang..xtau la kak liza dan kak shima makan ape rasenyer..tapi aku rasa sedap jer..haha...mempromosikan diri sendiri plak..cuma aku x puas hati pada ikan pari bakar yang di masak dalam oven malam tadi..rasenyer pelik...bau serai dah meresap masuk dalam ikan tu..pastu bau ikan tu pun cam dah nak busuk..xpe..pasni leh try lagi..sebab aku dah suruh bayah mintak resepi ngn amzary..iaitu tunang bayah..masa bbq kat pengkalan balak tu..sku suka sangat resepi ikan bakar yang family amzary tu buat..(^_^).

Walau apa pun..ikan kerapu masak kacang panggang memang sedap...makan malam tadi teringat2 sampai sekarang..hehe


Inilah die masakan cik amie kite malam tadi..(^_^).

Oklah..jam dah menunjukkan pukul 9.40 pagi ni..aku kene p meeting ngn kak liza ni kat pusat sukan..aku kene gantikan kak normi as a manager for netball team in fkekk..Ok..bye you all..see u in my next post...(^_^).

Monday, February 22, 2010

Blueberry cheese tart

4 comments
Kepada sesiapa yang berminat untuk order blueberry cheese tart ini..boleh hubungi saya di chat column blog saya..atau boleh terus menghubungi saya melalui facebook. Di bawah ini disertakan gambar blueberry cheese tart yang di buat oleh cik ida dan saya.



Sebelum dibakar



Selepas dibakar



setelah disusun di dalam bekas..

Saya sedih...

0 comments
Nape saya emosi ni..x kesah la..nak emosi gak..hehe..saya sedih..bila awak x contact saya..x kesahla awak baca atau x blog saya..tapi saya tetap jugak nak cakap di sini..im so sad..walaupun kawan2 saya suka kata saya jiwang ke ape ker..x kesah la semua tu..kan blog ni tempat luahan perasaan..jadi disini..saya ingin meluahkan perasaan bahawa saya sedih...tapi kan..perasaan sedih ni bukan boleh difikirkan sangat...kang kite pk..kite jadi lebih sedih..kita sedih pun..die x kan contact kite kan...hati kita pun bertambah sakit kan...

Kat sini saya juga nak share ngn kawan2 sekalian...kadang2 kan..saya rasa..saya ni melayan orang terlalu baik plak...tapi orang tu plak..x plak melayan kita ngn baik...tapi nak wat camana..hati saya jadi x tenang plak bile nak wat jahat kat orang..im not saying that i am a kind girl..but maybe...i'm learn from mistake...buat ape nak buat jahat kat orang..walaupun orang tu wat jahat ngan kite..kite x perlu la nak membalas die balik ngn perbuatan jahat..biarlah Allah sahaja yang menentukan apa yang terbaik buat dirinya...

Apelah yang saya membebel malam2 ni kan..dah kul 11 lebih dah..dah xde keje membebel plak..meluahkan perasaan la ni malam2 buta..hehe..xtau la kul brp sy nak tdo ni..esok..tengokla esok...kalau saya rajin saya letak la post baru...esok nak jogging..chaiyok!!Ok..bye2 semua..see u all again..

Sunday, February 21, 2010

Cara-cara seseorang itu cuba memikat kita...

9 comments
Hallo2...amie's here...bestnyer topik ni...bila saya terjumpa artikel ni..saya terus rasa nak post kat blog sy..thanks to the owner yang create benda ni..sy sendiri pun nak tengok ni..ada x ciri2 ni pada Mr...hehe..Mari kita baca2 sama..

1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnya, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kitatu.

2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.

7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.

8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke. Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.

Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan. Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi. Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?

Amie Hani : Saya sedih..nape Mr.. x byk pun macam ciri2 di atas ni..huhu..

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita

0 comments
Hallo2..amie's here.Kali ini topik yang lebih hangat untuk dikongsi bersama..10 petanda si dia jodoh kita atau tak...jeng..jeng..jeng..mari kita tengok sama2..adakah si dia ada menyamai seperti ciri2 di bawah..kalau ada 10 ciri persamaan yang sama...alhamdullilah...jikalau x...berusaha lah untuk menjadi seperti ciri2 di bawah..hehe..Walau ape pun..always remember...jodoh ini adalah di tangan Allah...hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..jodoh adalah rahsia Allah..kita sebagai hamba Allah hendaklah berusaha..supaya mudah untuk pintu jodoh ini terbuka...

Bagi yang masih single...kalau ada orang nak ngurat ker..cuba2 lah untuk membuka pintu hati itu..hehe..kalau rasa serasi..teruskanlah...kalau rasa tidak serasi..mungkin si dia bukan jodoh kita..Sesungguhnya jodoh itu semua di tangan Allah...berdoalah kepadaNya...supaya kita ada jodoh bersama dengan orang yang kita sayangi sekarang...(^_^). Check it out now.....

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

To all my friends, my followers and readers...

0 comments
To all my friends, my followers and readers..thanks a lot bcoz you still keep reading at my blog...(rajin baca apa yang saya membebel kat page saya ni..hehe) now you can post a comment at my blog..(^_^). New pop-up window will appear when you want to create a comment at my page.

I have encouraged to all my follower, my friends and readers to give good and positive feedback for my blog..(supaya blog saya bertambah ceria dan happy seperti penulis blognya sendiri..hehe..). Negative feedback is forbidden in my blog.

You also can leave your message at chat column at your left side..you also can find me at my facebook..just search my nick name..amie hani..(^_^). Ok..that's all for today..keep reading at my blog...(^_^).

My blog is under construction...

1 comments
Sori la yer..my blog ada problem sikit sekarang..xleh nak kasi comment kat page saya...so sy try untuk membolehkan rakan2 sekalian boleh kasi comment kat page saya...atau pun mungkin saya akan tukar theme ini...ok..daa...teruskan membaca blog saya...(^_^)

Saturday, February 20, 2010

Selamat Pengantin Baru wat Ela dan Binjai!!!

2 comments
Hi my followers and friends..now i'm at bangi...at asma's house...baru balik daripada kenduri kawen ela dan binjai kat putrajaya ni..penatla..pg td drive dr melaka..ingat ptg ni lepas asar..nak drive kat melaka plak...bile aku p selangor ni..rase rindu plak kat melaka..padahal bukan ade pakwe kat melaka pun..haha..mungkin jiwa ini serasi berada di melaka...di negeri yang bersejarah ini...(^_^)

X sabar nak upload gambar kawen ela tadi..hehe..tadi bawak kamera..pastu bateri bengong plak jd empty...so guna la kamera asma untuk berposing...


Kami beramai2 di atas pelamin..


Kami bersama ela..


affa, aku dan dijah..


Gambar aku buli dijah...


Bersama adik...

Penat tul asyik drive selangor-melaka every week ni..tp dah ela jemput..org kasi kad jemputan..kite kenalah datang..datang jauh2 semata2 nak p satu kenduri jer..oklah dah kul 4.30 ptg ni..jah pun dah bgn tdo..hehe..Oklah..see u all in next post..(^_^)

Thursday, February 18, 2010

Pertama Kali kak Liza memasak di rumah kami...(^_^)

0 comments
Hallo...amie's here. Baru jer lepas makan ni...apesal aku makan lewat sangat ni..??Bahaya..kene makan 3 jam sebelum tdo..nnt jd gmok plak..hehe..Excited sangat nak citer pasal pengalaman kak liza masak pada malam ni..(^_^).

Petang tadi kami telah p mydin bersama..dah decide awal2 hari ni nak masak..nak suruh kak liza masak..hehe..Aku memberi peluang kak liza untuk memilih sayur yang ingin di masak..Cuba teka sayur ape kak liza pilih?...Jeng..jeng..Kak liza pilih sayur bayam yang warna merah..Aku pun x pernah mkn bayam merah ni..xpelah try jer la..nak rase org kelantan masak..hehe

Aku tanya kak liza..nak masak ape ni? Kak liza kate nak masak sayur air..ok lah..Aku plak beli macam2 plak kat mydin..beli ayam, ikan selar, udang, tomato, cili cameron dll. Aku memang semangat nak masak..menu aku malam ni plak adalah...ikan goreng, ayam goreng dan udang masak merah..(^_^).

Balik tu pun..kak liza semangat nak masak air sayur bayam..bile nak kupas bilis..apesal bilis ni warna lain macam plak..ade warna pink plak..x boleh jadi ni..aku buang semua bilis tu..haha..Kak liza kate mak die slalu masak air..bawang dan bilis kene tumbuk..pastu tambah lada hitam..

Tambah lada hitam?? Aku plak yang pelik..itu dah macam masak sup ayam plak letak lada hitam..hehe..Lada hitam plak xde kat rumah ni..Setelah melihat lada hitam dan bilis tiada..kak liza kecewa..die x jadi masak air sayur bayam...menu di tukar ke sayur bayam goreng..hehe..Ape2 jer la aku layan jer..heh

Bile nak masuk sayur bayam goreng, kak liza hiris bawang nipis2 plak..Aku pun tanya nape akak hiris nipis2 ni? Kak liza kate mak akak kalau masak air bawang kene tumbuk..msk goreng plak..hiris..Oh...yer ker..itu dah kire terbalik dari kami..hehe..Normally, kami orang jawa..kalau masak air (x pandai la cakap melayu..orang jawa cakap masak bening..hehe)..bawang kite just hiris2..kalau masak tumis (goreng)..kite leh tumbuk atau hiris..but we prefer untuk tumbuk..sebabnyer supaya rempah dapat meresap masuk ke dalam sayur..(^_^).

Sebab aku pelik ngn cara kak liza..akhirnya kak liza pun tumbukla bawang tu..hehe..nak sedapkan hati aku la tu..hehe. Dah habis aku goreng ikan, ayam dan msk udang masak merah..barulah kak liza masak. Time kak liza aku masak..aku x tengok..sebab aku tolong ida wat pastri untuk wat cheese tart..Bile kak liza dah masukkan sayur baru lah aku tengok..nak aku punye komen untuk kak liza ape?

Haha..aku pun cakapla..ni nape nampak cam dah nak hangus jer sayur ni..dah letak garam ngn sos tiram ker? Kak liza kate sos tiram dah letak..garam belum..So aku pun letakla garam..aku pun rase ok..dah siap..dah masak pun hidangan kak liza..hehe..Inilah kali pertama kak liza masak sendiri tau..Tahniah untuk kak liza...(^_^).

Siap jer makan..kitorang terus makan..Sebenarnyer aku yang lapar sangat..hehe. Kak Liza kate baru lah die tau..kali pertama die masak baru lah die tau rasenyer menggelabah..die xtau time bile nak masukkan sayur..sebab tu la..cam dah nak hangus bawang tu..Kak liza hepi sangat malam ni..sebab die dah berjaya masak wat pertama kalinyer setelah dipaksa oleh cik amie..hehe. Kak Liza kate nasib baik aku yang letak garam kat sayur tu..die kate kalau die dah letak banyak garam tu..haha

Last skali..nak citer..kak liza puji..die kate udang masak merah tu sedap..berselera kak liza masak..hehe..Mestilah sedap..sebab cik amie kite yang masak..hehe. Nak tau kenapa aku paksa kak liza masak hari ni? Sebab..kak liza ni dah nak kawen..bulan 6..tapi die x pernah masak dan x confident masak sendiri..so aku nak train kak liza ni ade rase confident pada diri masak seorang diri..hehe. Tadi x sempat nak tangkap gambar masakan kitorang..next time jer la yer kami upload..Ok..hingga bertemu kembali..Daa...

P/s : Orang jawa kate jangan masak masin..kalau anak dara yang masak masin..orang tua2 cakap..die dah gatal nak berlaki..hehe

Wednesday, February 17, 2010

12 Perkara Tentang Cinta

0 comments
Emm..nape tiba2 aku post topik ni plak? Sebenarnya..aku terbaca kat fb org..pastu aku suke..aku copy and paste kat sini la..hehe..supaya aku boleh share dengan rakan-rakan Thanks to the owner yang create benda ni...Check it out true or not..hehe

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Tuesday, February 16, 2010

UTeM or UITM?

5 comments
Hi..everybody..good night..sbb jam sekarang dah menunjukkan pukul 11.06 malam..hehe..Dah puas bercuti 4 hari ni?Sebenarnya x puas pun..tapi esok dah kene keje balik kan..so kuatkan semangat anda!!Chaiyok!!

Balik kali ni..mak kata saya telah menerima surat tawaran biasiswa drpd uitm..I'm very shocked..because i never apply uitm..so how come i got scholarship from uitm to continue my master?Weird?? Same with me..hehe

Alkisahnyer begini...last year saya memang pernah apply biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) uitm..tapi itu pun pada bulan 1 2009 bukan 2010. Saya pun pelik nape selepas setahun saya dapat plak bcoz last year saya kol uitm pastu dorg kata saya gagal..Dah la teaching saya last year x prepare langsung..

Apa kelebihan uitm ni di mata saya? Apa yang saya nampak adalah :-

1) Saya dapat continue master Jun 2010 ni..kalau UTeM..turn saya tahun depan..kene tgu setahun setengah kat sini..lame gak la..

2) Saya dapat bidang yang saya nak..iaitu Control System..klu kat UTeM..mungkin saya x dapat bidang control kerana dah banyak lecturer dalam control..mungkin saya nak wat dalam embedded system..

Itulah..2 kelebihan utama UITM...

Apa kelebihan UTeM pulak..? Apa yang saya nampak adalah :-

1) I like the environment...even budak2nyer nakal sikit..so far ok lah..better from 1st place..(P.I.E Control)

2) I like sport activities..like futsal (baru nak berjinak2), bowling, netball, ping pong...etc. I can jog every Tuesday with my friends at Taman Botani or Stadium Utem.

3) UTeM only bond 3 or 5 years..while as..UITM bond 7 years for master..(plg sensitif bab bond2 ni..hehe)

4)Kite boleh pilih tempat belajar sendiri..even local sahaja..kite leh pilih tempat nak study kat mana..uitm plak..kene sambung master kat uitm gak..phd baru leh tempat lain..

5) Kite dah tau kat mana kite akan mengajar nanti..iaitu UTem, Melaka..hanya 3 jam drive dari tg karang..klu uitm plak..kite ade kemungkinan kene campak dimana2..seperti terengganu..pahang..(kang ada yang menangis..hehe)..Selain tu leh wat perancangan hidup awal2..hehe

6) Yang ke-6..ni xtau la main reason or what..I'm waiting for Mr. S.A to jois us at UTem..even Mr S.A ni slalu kata die suke wat unpredictable action..but I believed..InsyaAllah..kalau ada rezeki x kemana...

Tak tau apa yang terbaik buat diri saya..dan saya ni memang x pandai nak wat keputusan untuk diri saya..apa yang saya tau..apa yang saya dah jumpa terbaik di sepanjang perjalanan hidup saya..lebih baik sy grab awal2..sebab kita sendiri not sure after this we can found the better and the best place...compare with before this..Kalau tiba2 pasni saya masuk UITM..jgn terkejut plak..dah mcm Mr S.A plak suke wat unpredictable action..so far..UITM kasi tempoh sehingga 30 Jun 2010..Jika tiada sebarang jawapan..tawaran ini terbatal dengan sendirinya..ada 3 bulan masa untuk berfikir..dan apa2 pun leh terjadi dalam masa 3 bulan ini..Mudah2an..Allah mempermudahkan jalan saya di dunia dan di akhirat ini..Amin..

Tetiba nak wat ayat sendiri plak..hehe
"Next journey doesn't mean the right choice for us..but now maybe will be the best place in our life without we realize it"

Ok..sampai disini sahaja..coretan saya malam ni..thanks to Mr. S.A for become my new follower..see u again..da..!!

Thursday, February 11, 2010

Jenis-jenis Gemuk

0 comments
I think this is one of hot topic in woman's life because womans always in this dilemma included me..hehe and also for man....especially married man..but I think man doesn't care about this..Am I right? And it is important to us to know which type of fat we have because we will know what product we need to use or how to make ourselves become more slimmer..hehe. Hope with this info we can share together.

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.

• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.

• Mudah mendapat sakit kepala.

• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.

• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.

• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Wednesday, February 10, 2010

Jogging di taman botani wat kali ke-2

0 comments
Semalam aku, bayah dan kak liza p jogging. As usual, kami pilih hari selasa every week untuk p jog..ajak en rosman (jiran kami) die x nak..xpelah..next time kene ikut tau..hehe. Thanks to en rosman yang baru menjadi new follower dan rajin mengikuti blog saya..hehe..Kali ni rase cam x penat sangat dan kami banyak try alat-alat senaman yang ada di taman botani ni. Di setiap persinggahan yang ada alat senaman ni kami try..semalam x ramai org dan time ni la kite nak try alat senaman yang ada..hehe Semalam kami sempat jugak berposing di hadapan taman botani ni. Sebelum masuk kat track jog ni ada air terjun buatan..so semalam posing dulu sebelum kami start jogging..

Aku dan kak liza disebalik air terjun..

Aku sendiri..

Aku dan bayah

Semalam juga kami sempat membuat rakaman video pendek semasa mencuba alat senaman ni..mari kita tengok sama2 cara menggunakan alat senaman ini yang dinamakan hip swerer...kite jalan jer mengikut laluan dan halangan..macam ular...

video

Yang ke-2 ni pula dinamakan hip swing...apesal aku nampak excited sangat main benda ni..hehe..xtau la nape..tapi memang best la dapat try alat2 senaman kat sini ni..sape2 yang belum pergi tu..memang digalakkan untuk pergi..jogging dapat menyihatkan badan dan jantung kite!!

video

Yang ke-3 ni xtau la ape namenyer tapi macam angkat berat plak..kite kene angkat besi penarik tu nak naikkan badan kite..rase tegang jer saraf tunjang belakang kite ni..x digalakkan buat selalu untuk org yang x biase mcm saya ni..hehe..sakit badan wat benda ni..tapi memang best la..


Step pertama..naikkan badan anda sedikit demi sedikit..


Step kedua..naikkan sampai tinggi..yahoo!!akhirnya dapat naikkan badan sampai tahap tertinggi..hehe
P/s : penat ni tahan badan ni..lambat sangat bayah tangkap gambar..hehe

Dan yang ke-4 ni, cam kayuh basikal yg statik..gerakkan tangan dan kaki..cam kayuh basikal..senang jer ni..hehe


Bayah pun x melepaskan peluang mencuba alat ini..hehe


Aku yang sentiasa bersemangat mencuba semua alat senaman..

Dalam banyak2 tempat kat ayer keroh ni..taman botani ni jer la yang free masuk..klu bayar gak..mesti x ramai org yang nak dtg..kat sini juga ada jual bunga orkid..bagi sesiapa nak beli bunga orkid untuk tanam sendiri atau hadiahkan kepada mak atau org yang tersayang bolehlah datang beli disini.Harga pun ok..hanya RM15.00 bagi setiap pokok..dan bunganya pun semua lawa-lawa. Selamat Bercuti Di Melaka!!See you again in next post!!

Monday, February 8, 2010

Happy Birthday Firdaus!!

0 comments
Happy Birthday Firdaus yang ke-3. Pada 5 Feb 2010 yang lepas iaitu hari jumaat genaplah umur firdaus 3 tahun..my lovely nephew..hehe..Kakak aku siap tempah kek secret receipe untuk Aus..kebetulan suaminya baru sahaja balik dari jepun setelah 3 bulan kursus. Kakak aku masak nasi minyak, udang masak kari, ketam masak sambal merah, sayur campur dan x lupe sate haji samuri..(^_^). Tetamu yang datang makan semua kata nasi minyak buatan kakak aku sedap..tapi aku rase ade yang kurang..iaitu rase nasi tu tawar..dan ketam tu masin..haha..aku memang pakar rasa dalam masakan..hehe..Kakak aku pun mengaku nasi die tawar..yang peliknya org lain kata sedap jer..haha..

Kat sini nak share gambar kek hari jadi firdaus dan makanan2 lain semasa hari jadi firdaus..gambar cik niah kasi kereta remote control lupe nak ambik..so xdelah nak share ngn kawan2..


Kek Hari jadi Firdaus..Special made from Secret Receipe Bangi


Sate Haji Samuri


Agar-agar atau orang panggil lengkong (dlm jawa..hehe)


Nasi minyak, udang, ketam, sayur dan hidangan lain..


Hidangan di atas meja kecil


Firdaus tengah potong kek

And last skali..gambar acik niah bersama raihana..hehe


Ucapan acik untuk firdaus..semoga Aus panjang umur..jadi budak pandai bila dah besar nanti..dan sayang kat acik niah slalu..hehe

Kursus di Hotel Avillion, Melaka

0 comments
Hi..esok selepas malam bbq di pengkalan balak, kami ada kursus penyediaan item siri I. Tu yang malam tu kul 10.30 nak balik..memang penat sangat..balik terus tidur..esoknya kul 7 pagi, kami dah bertolak ke Hotel Avillion. Hotel ni ok lah, parking pun x kena bayar sebab tu utem suka wat kursus kat sini kot..tempatnya kat bandar hilir..so boleh la aku belajar jalan2 di melaka ni..

Kul8 pagi tu kami dah sampai..terus breakfast dan dalam kul 8.45 kursus pun dah bermula..penceramahnya adalah Dr. Asri bin Selamat, beliau merupakan pengarah pusat pembangunan pelajar. 2 hari x cuti..sabtu dan ahad kene dengar kursus..sampai hari isnin memang ngantuk...

So far..oklah dr asri..dia ajar tentang taksonomi..iaitu ayat/point yang perlu ada dalam satu soalan peperiksaan ni..memang banyak la boleh belajar daripada kursus ni..pasni rasanya dah pandai nak wat soalan exam sendiri..hehe..Dalam setiap soalan peperiksaan itu perlu ada soalan dari kategori mudah, sederhana dan sukar. Soalan yang baik adalah kebanyakan soalan adalah dari kategori sederhana. Soalan mudah dan sukar pula kene ada tapi peratusnya x perlulah banyak sangat..dalam 10-20% oklah..bagi menguji student yang manakah benar2 bijak..hehe..

Cuma yang boringnya..dalam ceramah dr asri die banyak sangat cerita yang luar daripada kursus..not related with this course..dan bab die menerangkan tentang topik dalam slide kejap jer..dan part nak wat skema permakahan die x ajar pun..sebab die ada hal..kesimpulannya x cukup lagi ilmu di dada..hehe..

Dah habis kursus tu..as usual..aku, ida dan bayah memamng suka berposing untuk merakamkan kenangan di sini..hehe..kursus kami yang pertama sejak menjadi tenaga pengajar di utem..hehe


Dalam bilik kursus..


aku dan ida..


ida dan latif


aku dan bayah

Pasni nak p lagi kursus2 yg camni..memang best...dapat makan free..dan dapat tambah ilmu..(^_^). Banyak lagi nak tulis kat blog ni sebenarnya..cuma gambar blum lagi transfer..so for my follower and my friends...keep in touch with me always..daa...

Monday, February 1, 2010

Picnic di Pengkalan Balak

0 comments
Hi everybody..dah lama x tulis kat blog ni..sbnrnyer xde la bz..mungkin x ada mood nak menulis..hehe..hari jumaat yang lepas iaitu 29 Jan 2010, aku, ida dan latif telah dijemput ke family day bayah di pengkalan balak..so..family bayah and family amzary pun ada sekali..

Memang best sangat acara yang telah diaturkan pada hari itu, ada bbq dan sukaneka pada waktu malam. Tiga sukaneka yang ada iaitu bola pingpong..sebuah kotak diikatkan pada pinggang dan peserta dikehendaki menggoyangkan punggung supaya bola ping pong dapat jatuh..hehe..kumpulan bayah yang disertai oleh amzary dan adik syed telah kalah..dapat no.3..hehe

Gambar-gambar di pengkalan balak pada waktu petang :


Kami Bertiga


Aku dan Bayah

Permainan kedua adalah macam permainan rebut kerusi..tapi yang ini kita kene berebut masuk dalam bulatan..bayah dapat no4..hehe..aku?Aku dapat no3..hehe..dan yang last skali adalah mengutip duit syiling dalam tepung..acara ini hanya untuk kanak2 sahaja..

Gambar-gambar sukaneka :


Acara menggelekkan bola ping pong



Acara berebut masuk dalam bulatan..top4 pemain..hehe


Acara mengutip duit syling bagi kanak2

Hari tu memang asyik makan jer..makan nasi, makan ayam, makan ikan..hotdong..sampai sakit perut..hehe..anyway memang best..thanks bayah..(^_^)

Gambar posing di waktu malam :


Aku dan bayah


Kami Bertiga

Kat Pengkalan Balak ni boleh mandi..tp aku x bawak baju pun..lagi pun segan nak mandi..haha..yg mandi..latif, amzary dan lain2..aku, bayah dan ida x mandi pun..main air jer..hehe..

Thanks for our sponsor for this bbq...bayah dan amzary..dont forget our next plan picnic at waterfall, pahang..(^_^)