Thursday, July 11, 2013

Resepi Daging Goreng Kunyit yang mudah


Hallo2...madam amie is here...bertemu kembali...Selamat Berpuasa...alhamdullilah...hari ni dah masuk hari puasa yang kedua bagi umat islam...pose penuh tak?hehe...Hari ni madam amie nak kasi resepi daging goreng kunyit yang mudah...senang dan sedap...sebelum ni mesti korang kalau nak makan masak kunyit selalu beli kat kedai kan...apa kata kali ni korang try masak sendiri plak...lagi jimat...hehe..

Bagi yang tak de idea nak masak ape la petang ni..ape kate try resepi ni..bulan pose ni menu mestilah kene berubah2 kan...kene ada variasi...lagi2 nak menambat hati suami kan...amboi..ayat sekarang...sejak dah ada suami..hihi...oleh itu tanpa membuang masa....jom baca resepi kat bawah ni...

Resepi Daging Goreng Kunyit by Madam Amie
(boleh makan untuk 4 - 5 orang)

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah kecil (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 ulas bawang merah besar  (dipotong bulat2)
1/2 kg daging (madam amie guna daging import)
Serbuk kunyit secukupnya
4-5 batang kacang panjang (dipotong pendek2)
garam

Cara-cara memasak :

1) Perap daging bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap selama 1 hari untuk mendapatkan daging yang lembut.

2)  Setelah daging selesai diperap. Panaskan kuali dan goreng daging yang telah diperap tadi tanpa minyak. Goreng sehingga air daripada daging tadi kering.

3) Setelah air daging kering, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging tersebut sehingga warna daging agak gelap dan kekuningan sedikit.

4) Setelah daging siap digoreng, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang tadi. Setelah bawang yang ditumis naik bau masukkan kacang panjang yang telah dipotong tadi.

5) Dan akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong tadi. Siap sudah masakan ni...(^_^)

Nak letak gambar hidangan sebagai bukti madam amie masak hidangan ni...hehe




Macam mana mudah x resepi ni?? Kurang minyak...dan jimat masa...Harap kawan2 dapat mencuba resepi dan kalau dah cuba tu...berilah feedback kat sini...hehe...Bagi yang selalu datang ke blog ni...ambik resepi ker...sila la beri comment...Selamat mencuba!!!!

4 comments:

DyaNz said...

Pn Amie,
Cuba try resepi aku hehe

http://sheisdyanz.blogspot.com/2013/07/resepi-homemade-tortilla-cheese-wrap.html

Unknown said...

da cube..meng sgt mudah disediakan dan sgt sedap..ari2 kot masak resepi ni..yg laen cubela..memng sedap..jom semua ke blog sy pula..http://mamashahfiras.blogspot.com

Anonymous said...

salam.. pn amie.. kalau saya beli daging beku macammane..

amie hani said...

kalau daging beku pun boleh jugak...kene perap semalaman daging tersebut dengan kunyit...kalau x semalaman daging akan jadi liat...selamat mencuba!!