Friday, October 29, 2010

Kek Coklat Bakar yang moist

Hallo2..miss amie is here..cik amie kembali lagi nak berkongsi resepi dengan kawan2 semua..sebenarnya ada banyak resepi yang dah cuba tapi kadang2 masak tu x sempat tangkap gambar..so kene la tunggu second round baru letak resepi ni..Ok..resepi ni cik amie dapat daripada jiran and then die kasi kat mak..and then mak turunkan kat saya..hehe....resepi ni memang best..simple...moist..every year mesti cik amie akan buat masa raya..

Kek Coklat Moist Cik Amie

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum serbaguna/tepung berserbuk penaik jenama Blue Key
3 biji telur Gred B (Guna 5 biji kalau gred C)
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan coklat serbuk Van houten
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan susu segar perisa coklat (guna brand apa2 pun boleh)
1/2 cawan susu manis

Cara-cara membuatnya :
1) Campurkan coklat dan minyak dalam satu bekas dan gaul rata dengan menggunakan senduk sehingga tidak berketul.
2) Dalam bekas yang lain, pukul telur dan gula sehingga kembang menggunakan mixer. Pastikan telur yang dipukul betul2 dan kembang. Nak tau dah cukup kembang ke tidak lihat pada warna telur ia berwarna kuning cair dan ringan. Setelah kembang, masukkan esen vanila dan gaul rata dengan menggunakan senduk.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Masukkan coklat yang dicampur dengan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul rata.
4) Masukkan susu manis ke dalam adunan dan gaul rata.
5) Masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul rata.
6) Masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan dan gaul rata. Jika sudah menggunakan tepung berserbuk penaik tak perlu letakkan serbuk penaik lagi. Soda bikarbonat dan serbuk penaik ditambah jika anda menggunakan tepung gandum serbaguna.
7) Lapikkan kertas minyak ke dalam bekas untuk membakar. Sapukan butter pada seluruh permukaan bekas. Tuangkan adunan 3/4 bekas. Adunan akan naik hampir 2x ganda. Tutup bekas dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan atas kek hangus.
8) Panaskan oven 180 C selama 10 minit menggunakan api atas dan bawah. Setelah panas, masukkan bekas ke dalam oven selama 45 minit. Selamat Mencuba!!


p/s : jika tiada susu segar boleh gantikan dengan 3/4 cawan air suam

Adunan yang telah siap dibancuh...






Adunan yang telah dituang ke dalam bekas...sebelum dibakar..






Kek yang telah siap dibakar..tunggu sejuk baru potong..kek akan jadi lebih moist selepas semalaman...




5 Comments:

  1. shima said...
    TQ..
    Ni resepi yg akak buat time raya kan? memang sedap n moist. tahan sampai seminggu after raya without icebox.
    nak resepi tart boleh?? makcik n kak ipar akak pun mintak resepi tu.
    Lizawati said...
    kak liza dh cuba rsepi ni mmg mnjadi..adik cakap sedapnye..sdp sgt2..mkn pon skit2..sayang takut cpat abih..kawan dia lak minta resipi..apa lagi browse ar blog amiehani..abang lak ckp sedap, pandai kak liza wat kek..huhu..cik amie pasni leh la buka kedai kek, xpon tulis buku aneka resipi cik amie ;)..neway thanks cik amie ajar kak liza wat kek =)
    amie hani said...
    kene la blanje sifu makan piza yg ada 6 keju..hehe..
    amie hani said...
    kak shima ni bukan resepi yang akak try hari tu..ni resepi lain..resepi akak tu x publish lagi..
    kay anthem said...
    Sy da cuba resepi nie..mmg terbaik la..menjadi dan moist sgt..hubby suka sgt..

Post a Comment