Sunday, October 24, 2010

Sesuatu yang kita tak pernah terfikir...


Hallo2..miss amie is here...pagi tadi saya dapat message daripada halma kawan seofis saya..die ajak saya temankan die pergi wat charity...dan saya mula terfikir charity yang macam mana kita nak buat? Mula2 tu memanglah rasa malas sangat nak pergi...yer la...hari ni kan hari weekend...hari utk berehat2 di rumah...tapi memandangkan halma bersungguh untuk mengajak..maka saya pun kuatkan hati untuk turut serta..lagi pun rumah yang dituju ni kat area durian tunggal jer..kat belakang petronas..

Dalam pukul 10 lebih..kami pun bertolak dan apabila sampai kawan halma sudah sedia menunggu di tepi petronas...kami pun bersama2 mencari rumah yang dituju...apabila sampai..memanglah sangat terkejut sangat2..sebab lebih daripada 50 orang sanggup turun weekend untuk buat charity..yang dimaksudkan disini adalah untuk membuat amal kebajikan tanpa mengharap sebarang balasan...yang selama ini saya x pernah terfikir...kira dah macam rancangan bersamamu plak tadi..

Program ini memang selalu dibuat oleh kumpulan ini..dan dorang akan mencari sendiri rumah-rumah atau orang-orang yang ingin mereka bantu..dan kebanyakan adalah rumah di kawasan Melaka...dan kebanyakan yang join program ini adalah pasangan husband and wife..yang masih lagi ada anak-anak kecik..Ini merupakan pengalaman pertama saya join kumpulan ini utk buat charity...mereka semua memang peramah...dan rase x susah untuk join mereka...dan saya rase sayalah yang paling muda plak...hehe...

Rase seronok plak bila kita wat amal kebajikan ni...kalau kita sering cakap kita ni susah...kita kene ingat ada lagi orang yang lebih susah daripada kita...ada lagi orang yang lebih memerlukan bantuan daripada kita...bersyukurlah ke atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita...saya sentiasa percaya..kalau kita sentiasa bersedekah..InsyaAllah..Allah akan sentiasa memudahkan jalan kita...rezeki kita juga akan sentiasa murah juga..janganlah kita kedekut untuk membayar income tax...atau pun membayar zakat harta...sebab kite kene sentiasa ingat...semua rezeki yang datang di dunia ini adalah datang daripada Allah...tanpa keredhaanNya kita x mungkin memperolehi rezeki itu...jadi memang wajar gaji yang kita perolehi kita bayar zakat supaya kita dapat mengagihkan nikmat Allah ini kepada orang lain juga..kita jangan asyik fikir yang kita ni xde duit...tapi kita kene lah sentiasa ingat Allah yang memberi rezeki kepada setiap manusia...

Allah x kan mengubah sesuatu kaum itu sehinggalah ia merubah sendirinya...begitu jua lah dengan hidup kita..untuk merubah hidup kita...kita hendaklah sentiasa berfikiran positif...berbalik kepada rumah yang kami kunjungi tadi...merupakan rumah ibu tunggal yang telah kematian suaminya...dan beliau mempunyai 5 orang anak...salah seorang anak bekerja di Kuala Lumpur..tapi sedikit pun x memberikan duit yang diperolehi kepada maknya...rumah yang dibina juga adalah atas ihsan tanah jirannya dan rumah yang dibina adalah bantuan daripada PPRT..

Mudah2an niat baik seperti group ini dapat dicontohi oleh orang lain juga..sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan rakan2 semua.."sebaik-baik rezeki adalah rezeki yang mencukupi". Oklah..cukup sampai disini sahaja...sehingga berjumpa lagi..Daa..

1 comments:

Lizawati said...

bagus2 wat charity, congrates cik amie n kawan2!!...setiap rezeki yg allah beri kpd kita bkn utk dinikmati kita seorg jer..ada bahagian utk diberi kpd org lain..utk dimurahkan rezeki bykkan bersedekah insyaAllah..