Monday, April 18, 2011

Hallo2...miss amie is here....ermm...dah lama kan cik amie x wat resepi baru kat blog ni kan....bukan ape...bz ngan test...asg...mengajar lagi...tapi balik kg awal bulan hari tu...cik amie cuba gak merajinkan diri untuk membuat resepi yang baru....hehe...ilham ni datang daripada halma yang suka makan donut bila datang kat um ni...jadi nak try la susah ke senang la wat donut ni kan...hehe...

Ape2 pun sebenarnya senang jer...cuma untuk menghasilkan donut yang kekal gebu dan lembut setelah sejuk itu yang susah kan...masa first time buat ni...anak2 sedara dah x sabar dah nak makan donut ni...x susah pun nak wat sebenarnya...jadi kawan2 yang slalu mengikuti blog saya ni...sila la untuk mencuba respi donut ini...



Resepi Donut yang gebu dan lembut by Cik Amie

Bahan-bahan (menghasilkan kira-kira 15-20 biji donut)
400g tepung gandum (guna tepung gandum yang ada gambar donut)
50g gula halus
50g butter
1 1/3 cawan susu segar
1 sudu makan yis mauripan (yis kering)
Sedikit garam
Gula halus yang telah diblender – untuk ditabur di atas donut

Cara-cara membuatnya :
1)      Masukkan tepung gandum, gula dan garam dalam talam yang sesuai dan gaul rata.
2)      Masukkan susu segar di tengah2 adunan dan gaul rata.
3)      Yis dicampur dengan sedikit air dan kacau sekatadi dalam cawan. Setelah yis sekata masukkan ke dalam adunan.
4)      Uli adunan sedikit hingga semua adunan rata. Masukkan butter. Uli adunan sehingga semua adunan sekata dan lembut.
5)      Untuk memastikan anda telah menguli adunan lembut, pastikan adunan tidak melekat pada tangan anda. Untuk mendapatkan adunan yang cantik diuli, uli kira-kira 15-20 minit bergantung kepada cara anda menguli.
6)      Setelah siap diuli, bentukkan bulat besar dan bulatkan tengah ditengahnya dan biarkan ia mengembang sehingga 2x ganda. Untuk resepi ini disebabkan penggunaan yis yang tidak banyak saya tunggu kira-kira 1 jam untuk adunan ini menjadi dua kali ganda. Setelah kembang, bulat ditengah adunan akan mengecil.
7)      Setelah adunan mengembang, bentukkan adunan menjadi bentuk donut. Jangan buat donut tu besar2...cukuplah comel2...sebab sementara kita membuat donut yang lain ia akan mengembang lagi dan ketika menggoreng donut akan mengembang lagi.
8)      Goreng donut dengan api yang sederhana. Setelah masak, taburkan gula halus yang telah diblender di atas donut. Siap untuk dimakan!!!:)


Jom tengok hasil air tangan cik amie....hehe


Ni la hasil donut pertama kali buat....





ni plak masa kali kedua buat....rupanya susah nak bentuk2kan donut ni sendiri....tapi x pe...bila kita goreng...ia kan mengembang jadi adunan akan terbentuk cantik.....:)




Ni plak setelah siap digoreng....tengok terbentuk cantik kan...hehe...





Tara...dah siap pun...ready for eat!!!

Resepi ni memang mudah..dan pastikan bagi sesiapa yang mencuba resepi ni...menguli la dengan penuh kasih sayang supaya donut yang menjadi sedap. Juri utk donut kali ni adalah abang saya...dan die kata donut ni menjadi macam yang dijual di kedai...:). Bagi yang nak wat donut ni dalam 10 biji bolehlah separuhkan bahan-bahan di atas. Selamat Mencuba!!!

4 Comments:

  1. Lia Akma said...
    sedapnya amie..nk kne try ni..tenkiu share resipi..mintak2 jd gebu la..kalo keras xsedap..
    DyaNz said...
    Nak sikit...
    amie hani said...
    yat - pastikan uli adunan sehingga lembut.InsyaAllah...donut jadi lembut dan gebu...

    Dyanz - bab makan no. satu ek...hehe
    DyaNz said...
    makan je nak..buat x nak

Post a Comment