Tuesday, February 23, 2010

Indahnya perasaan cinta ini...


Indahnya perasaan cinta ini...inilah tajuk topik saya pada hari ini...kebiasaannya saya setiap pagi bila memandu pergi ke tempat keje saya suka mendengar hot fm..suka dengar celoteh fara fauzana dan faizal ismail..selalu jer ade topik2 yang best..Bile ptg blk keje...saya suka dengar topik yang best daripada jawa rangers pula...

Salah satu topik yang menarik minat saya yang saya masih ingat sampai sekarang adalah topik..bercinta tapi x pernah jumpa...Saya selalu berfikir..bolehkah kita menyukai seseorang itu tanpa pernah berjumpa dia..Emm...bile dengar topik ni kat hot fm..rupanya ramai jer orang yang tepon menceritakan pengalaman die..rupa2nya ramai jer jatuh cinta tanpa berjumpa ni..dan ramai juga yang sampai ke jinjang pelamin ni..ada yang setahun kenal pastu baru jumpa..dan kebanyakkan bila dorg dah jumpa..x lama lepas tu dorang pun kawen..macam x tgu lame la...masih ada lagi kan citer2 yang macam di zaman ni kan..hehe...bukanlah wujud di zaman dulu dan zaman batu sahaja..hehe. Bila dah dengar citer2 orang ni..barulah saya tau perasaan suka saya tanpa pernah berjumpa empunya badan ini adalah normal...hehe

Berkawan sehingga 5 tahun plak..adakah persahabatan ini boleh sampai ke jinjang pelamin? Bagi saya perasaan suka dan cinta ini datang dengan sendirinya..dan bila ia datang..dan berbalas..sukar untuk kita melupakannya...bagi saya mencintai seseorang itu biarlah ikhlas kerana Allah..kerana kita bertemu dengan si dia adalah kerana Allah dan andainya kita dan dia berpisah juga biarlah kerana Allah..kerana daripada segi pandangan dan pengalaman saya..bila berpisah dengan si dia kerana Allah..hati kita akan rasa kurang kecewa..dan masa yang diperlukan untuk melupakan die juga x perlu sampai bertahun2..jika dibandingkan cinta kerana nafsu..Oleh itu..cintailah seseorang itu kerana Allah..dan jika ditakdirkan dia dijodohkan dengan kita...mudah2an bahagia dunia dan akhirat...amin.

Kita sebagai hamba Allah...hendaklah sentiasa yakin dan percaya bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik...jadi jika kita ingin lelaki yang baik untuk menjadi teman hidup kita..kita hendaklah menjadi wanita yg baik dan solehah di sisi Allah supaya kita dapat berdampingan dengan lelaki yang beriman. Walaupun bilangan orang yang baik itu sedikit di dunia ini..percayalah dan yakin kepada janji-janji Allah...Allah telah menetapkan jodoh untuk setiap manusia itu. Walaupun golongan yang baik itu tinggal sedikit di akhir zaman ini..sentiasalah yakin dan percaya kepada Allah..Allah telah menetapkan jodoh untuk kita..Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Alhamdullilah..saya rasa bersyukur kepada Allah..kerana Allah telah melahirkan rasa cinta dan rasa suka seorang perempuan kepada seorang lelaki kepada saya..dan saya sentiasa berdoa supaya rasa sayang dan cinta ini dapat saya berikan kepada lelaki yang layak untuk menerimanya..iaitu jodoh saya..Mudah2an saya dapat menemuinya. Amin..

Saya menulis topik ini kerana saya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan yang saya tahu ini dengan rakan-rakan sekalian. Mungkin sebelum ini ada rakan-rakan yang mmbaca post saya yang bertajuk "Saya Sedih" dan saya rasa lebih elok rasanya saya menyelitkan unsur2 motivasi di dalam post saya..dan mungkin juga ada antara kita yang mengalami dilema yang sama seperti di dlm post saya sebelum ini.

Diharapkan dengan post terbaru ini..rakan-rakan mendapat semangat dan azam baru. Sentiasalah berfikiran positif dan muhasabahla diri setiap hari seelok2nya sebelum tidur. Dan niatkan pada diri kita setiap kali sebelum tidur itu untuk memaafkan kesalahan orang lain kerana itu adalah lebih baik dan hati kita juga menjadi lebih tenang. Kepada sesiapa yang belum mencuba..cubalah...InsyaAllah...hati akan menjadi lebih tenang dan kita sentiasa dekat dengan Allah.

Sesungguhnya cinta yang hakiki dan sejati adalah cinta kepada Allah..cintailah Allah kerana kita sebagai manusia tidak akan merasa rugi dan tidak akan rasa kecewa kerana cinta kepada Allah adalah cinta yang agung dan sejati. Yang baik itu datang daripada Allah..dan yang buruk itu sesungguhnya datang daripada diri saya sendiri. Saya sudahi post saya ini dengan wassalam. Semoga bertemu lagi di post saya yang seterusnya.

0 comments: