Saturday, August 14, 2010

Kek Coklat Kukus


Hallo2...amie's here...ok..memandangkan bulan ni bulan pose..jadi cik amie nak kasi idea kat korang tentang kek apa yang leh dibuat pada masa hari raya nanti...hehe...sebenarnya kek coklat kukus ni cik amie buat masa sebelum pose lagi..masa hari ahad yang lepas...tapi xde tangkap gambar la..kalau nak tau rasa kek coklat tu sedap ke x..kene la tanya tukang rasa tetap kita iaitu kak liza, kak shima dan bayah..hehe...kak shima kata dalam banyak2 kek yang cik amie buat dia paling suke kek coklat ni...ermm..betul ker? sila komen yer kak shima..hehe..Ok..resepi ni pun first time cik amie try kat rumah..jadi pasni korang cuba la yer...jangan x cuba plak...InsyaAllah menjadi..yg penting kene ikut tips2 daripada cik amie...jangan degil..nanti x jadi plak...hehe...

Bahan-bahan  

1 cawan susu segar perisa coklat 

250g butter (cik amie guna jenama buttercup)

1 cawan serbuk coklat van houten (beli yang dalam kotak tu jer senang)

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur gred B (kalau guna gred C, sila guna 5 biji yer)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (semestinya cik amie guna tepung naik sendiri jenama Blue Key kotak warna pink yer)

1 cawan gula halus

1/2 cawan susu manis

 

Cara-cara membuatnya :

1) Pukul telur dan gula halus menggunakan mixer sehingga kembang dan sebati.
2) Masukkan butter dan pukul menggunakan mixer sehingga rata dan sebati.
3) Masukkan esen vanila dan gaul rata ke dalam adunan menggunakan senduk.
4) Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan gaul rata ke dalam adunan menggunakan senduk. Kalau rajin ayaklah tepung tu dulu yer sebelum dicampurkan...hehe..
5) Dengan menggunakan periuk dan dapur gas, panaskan susu segar perisa coklat dalam periuk. Gunakan api yang kecil sahaja semasa memanaskan susu coklat. Apabila dah menggelegak masukkan serbuk coklat. Gaul sehingga bacuhan susu coklat tidak berketul..
6) Masukkan susu segar perisa coklat yang telah dicampurkan dengan serbuk coklat ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata ke dalam adunan menggunakan senduk.
7) Ok...dah siap dah...masa untuk memanaskan periuk kukus plak...
8) Seperti biasa, bekas kek hendaklah dilapikkan dengan kertas minyak atau kertas A4 dan sapukan butter pada keliling bekas dan barulah boleh dituang adunan ke dalamnya.
9) Pastikan air periuk kukus betul2 menggelegak...boleh tengok apabila ada asap keluar pada periuk kukus...barulah boleh letak kek ke dalamnya...Kukus selama 1 jam...
10) Akhir sekali...selamat mencuba daripada Cik Amie...(^_^). Selamat Berpuasa!


p/s : nantikan resepi seterusnya daripada cik amie...(^_^). Keep reading my blog.

3 comments:

Amyza_nia said...

saya pun slalu gak wat kek coklat kukus tapi guna minyak jagung..nanti nk try resepi awak la pulak..thanks
:)

amie hani said...

ok..try la.nanti send gambar kek yg awak wat kat sy yer...(^_^)

senpai.san said...

aku dah penah buat...sedap...kalau ko buat chocolate ganache topping kat atas dia, lagi sedap..k enjoy you cake

p/s: bnyk kalai aku buat cheesecake xjadi..urghhh..aku xkan berputus asa ;P