Saturday, November 13, 2010

Saat Lafaz Sakinah...(^_^)

0 comments
Hallo2..miss amie is here..hari ni hari sabtu..hari waktu untuk berehat..dan hari untuk pergi bershopping...hehe..dah lama x bershopping...nak pergi beli hadiah untuk seseorang..hehe...bersama kak liza..sape lagi kalau bukan kak liza sebagai peneman setia pergi bershopping...hehe..Ok..nak citer pasal satu lagu ni..tajuknya Saat Lafaz Sakinah..kak liza ngn kak jimi suruh cik amie cari lagu ni..dan dengar lagu ni..sebab dorang kata liriknya sedap..lagunya sedap...mula2 cari pastu dengar x sedap..pastu rupa2nya barulah tau nama album ni adalah Saat Lafaz Sakinah..daripada kumpulan Fareast..kumpulan nasyid dari Malaysia...mula2 tu salah download..sebab tu salah dengar..bila cari balik baru jumpa..dan lagu ni memang sedap la...5 thumbs..(^_^)

Lagu ni menceritakan amanah seorang wali atau bapanya yang selama ini menjaga anak daranya dan ia adalah amanat seorang bapa kepada bakal suami anaknya..memang sedap...penuh maksud..so para-para lelaki ni dengarlah lagu ni..kerana inilah harapan seorang bapa apabila dia menyerahkan anaknya kepada orang lain..Selamat mendengar dan menghayati lagu ni...dan x lupa juga lagu ni khas ditujukan kepada Mr. SA...(^_^)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
For additional info :

sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1805.0

Sakinah bermaksud tenang dan tenteram.

Contoh lafaz ikrar sakinah :

“ADALAH saya, Mohd Saiful bin Awang, suami kepada Aishah binti Musa yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Saiful dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Aisyah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Aisyah mencium lembut tangan suaminya.

Aisyah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.

“Adalah saya Aisyah binti Musa, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Aisyah dengan suara yang penuh dengan getaran.

Ini adalah lafaz penyerahan mas kahwin dan penerimaan mas kahwin oleh pasangan pengantin baru tersebut. Sebelum itu, bapa Aisyah juga melafazkan penyerahan tanggungjawab beliau sebagai bapa kepada menantunya, agar dapat menjaga anak perempuannya dengan baik. Begitu juga dengan ibu Aisyah sendiri yang mengucap lafaz pesanan ibu kepada Aisyah yang baru bergelar isteri. Lafaz itu pula dijawab oleh Aisyah melalui lafaz ucapan terima kasih anak, iaitu Aisyah sebagai anak mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang selama ini membimbing dan menjaganya dengan baik.

Kesemua lafaz ikrar sakinah ini dapat diperhalusi dan diuntai melalui upacara akad nikah yang berlangsung di negeri Johor. Malah, dipercayai bahawa negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan lafaz ikrar sakinah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat Lafaz Sakinah - Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu




Tuesday, November 2, 2010

Jemput-jemput Putih

0 comments
Hallo2..miss amie is here..atas permintaan kak liza suruh letak resepi yang simple2 kat sini..jadi kali ni saya nak share resepi jemput-jemput putih..orang jawa ni die panggil cengkodok tu jemput-jemput..dan resepi of course la diajar oleh mak saya dan ditambah baik oleh cik amie..hihi..Just for sharing dan try la resepi ni..hidangan ni sesuai di makan sebelum pergi kerja atau pun ketika minum petang sesuai di makan bersama air teh..

Bahan-bahan
2 senduk tepung gandum
5 biji bawang merah kecil dipotong nipis2)
20 ekor ikan bilis (terpulang kepada anda nak letak banyak pun boleh) - dikupas dan dibuang tahi bilis
1/2 cawan air panas
2 cawan air (bergantung kepada anda)
1 sudu teh garam - direndam dalam sedikit air
sedikit soda bikarbonat
sedikit taugeh


Bahan untuk Cicah
Sos cili dicampur dengan sedikit air panas dan gaul rata.


Cara-cara membuatnya :
1) Masukkan 1 cawan air ke dalam adunan tepung dan gaul rata dengan menggunakan senduk.
2) Masukkan air panas ke dalam adunan tepung dan gaul lagi. Masukkan 1 cawan air ke dalam adunan dan gaul rata hingga tepung tidak berketul lagi.
3) Masukkan bawang yang telah dipotong nipis, ikan bilis dan taugeh. Gaul rata.
4) Masukkan air garam dan soda bikarbonat. Gaul rata.
5) Adunan telah siap. Panaskan minyak dan gunakan minyak baru untuk menghasilkan jemput-jemput yang sedap.
6) Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan mengikut acuan sudu. Goreng sehingga masak dan jemput2 berwarna sedikit kecoklatan.

Selamat Mencuba!!



Siap dibancuh..tinggal nak goreng...






Tengah goreng jemput2..





Ni lah hasil yang cik amie goreng...








Ni hasil yang kak liza goreng..die suke warna coklat lebih sikit..hehe
 


Sos cili yang siap dibancuh..ready to eat with jemput2..Jemput makan....(^_^)




Friday, October 29, 2010

Kek Coklat Bakar yang moist

5 comments
Hallo2..miss amie is here..cik amie kembali lagi nak berkongsi resepi dengan kawan2 semua..sebenarnya ada banyak resepi yang dah cuba tapi kadang2 masak tu x sempat tangkap gambar..so kene la tunggu second round baru letak resepi ni..Ok..resepi ni cik amie dapat daripada jiran and then die kasi kat mak..and then mak turunkan kat saya..hehe....resepi ni memang best..simple...moist..every year mesti cik amie akan buat masa raya..

Kek Coklat Moist Cik Amie

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum serbaguna/tepung berserbuk penaik jenama Blue Key
3 biji telur Gred B (Guna 5 biji kalau gred C)
1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan coklat serbuk Van houten
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan susu segar perisa coklat (guna brand apa2 pun boleh)
1/2 cawan susu manis

Cara-cara membuatnya :
1) Campurkan coklat dan minyak dalam satu bekas dan gaul rata dengan menggunakan senduk sehingga tidak berketul.
2) Dalam bekas yang lain, pukul telur dan gula sehingga kembang menggunakan mixer. Pastikan telur yang dipukul betul2 dan kembang. Nak tau dah cukup kembang ke tidak lihat pada warna telur ia berwarna kuning cair dan ringan. Setelah kembang, masukkan esen vanila dan gaul rata dengan menggunakan senduk.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Masukkan coklat yang dicampur dengan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul rata.
4) Masukkan susu manis ke dalam adunan dan gaul rata.
5) Masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul rata.
6) Masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan dan gaul rata. Jika sudah menggunakan tepung berserbuk penaik tak perlu letakkan serbuk penaik lagi. Soda bikarbonat dan serbuk penaik ditambah jika anda menggunakan tepung gandum serbaguna.
7) Lapikkan kertas minyak ke dalam bekas untuk membakar. Sapukan butter pada seluruh permukaan bekas. Tuangkan adunan 3/4 bekas. Adunan akan naik hampir 2x ganda. Tutup bekas dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan atas kek hangus.
8) Panaskan oven 180 C selama 10 minit menggunakan api atas dan bawah. Setelah panas, masukkan bekas ke dalam oven selama 45 minit. Selamat Mencuba!!


p/s : jika tiada susu segar boleh gantikan dengan 3/4 cawan air suam

Adunan yang telah siap dibancuh...






Adunan yang telah dituang ke dalam bekas...sebelum dibakar..






Kek yang telah siap dibakar..tunggu sejuk baru potong..kek akan jadi lebih moist selepas semalaman...




Thursday, October 28, 2010

Setelah ku tahu kebenarannya...

0 comments
Hallo2..miss amie is here..hari ni merupakan kelas terakhir yang cik amie mengajar...alhamdullilah..akhirnya berjaya menghabis kelas..tapi lab report banyak lagi yang x bertanda...banyak lagi benda yang perlu diuruskan sebelum pergi sambung blaja nanti..hmm...tinggal lagi sebulan lebih lagi kot kat sini di Melaka ini..negeri maju 2010..mesti kak liza akan merindui ami nanti kan..hehe...

Ok..berbalik kepada tajuk asal kite.."Setelah ku tahu kebenarannya.." bukan senang untuk kita terima sesuatu yang kita tak jangka..tapi itu lah kenyataan yang kite perlu terima..dan kite perlu memupuk hati kita supaya redha..kerana hanya Allah sahaja yang tau apa yang terbaik buat diri kita..kita ni hamba yang lemah memang sangat2 memerlukan pertolongan dan petunjuk daripadaNya..

"Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya"..seorang student memberitahu ayat ini..ketika saya mengajar saya dalam lab..

"Cik...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya kan..dulu saya kene repeat lagi setahun kat matrik..kalau saya x repeat setahun mesti sekarang saya dah tahun 3 kan..kalau saya dah tahun 3 mesti saya x dapat jumpa cik kan.."

"Saya kan jaga test kamu masa sem lepas..dah jumpa la tu"

"Yerla..tapi kalau saya bukan tahun 2 sekarang ni..pasti cik x kan mengajar saya kan...macam kat lab sekarang ni.."

"E..macam2 la kamu ni.."

Ermm..student2 ni memang suke betul ayat manis ni..ape2 jer la..kadang2 suke buat lawak..tadi masa kelas yang terakhir..tengah saya khusyuk mengajar kat sorang student ni..tiba2 jer terdengar ayat daripada sorang student laki...

"Cik...tolong saya cik.."

Bila saya menoleh ke belakang tengok budak tu muka merah padam dan semua orang gelak..saya pun xtau la apa yang terjadi..entah apa yang dibuat ngn kawan2nyer..bile saya tanya kat student pempuan dalam kelas..

"Dorang ni memang slalu macam ni ker?"

"Aah..cik..dorang memang suka buat lawak.."

Ermm..macam2 ragam kan..kadang2 memang ada yang lawak sangat..kadang2 stress pun ada..bak kata dorang..

"Belajar ni kita x boleh stress2 cik..kene la ada lawak..cik happy kitorang pun happy"

Oklah..cukuplah sampai disini sahaja coretan cik amie...sekadar berkongsi cerita ketika menjadi seorang pendidik disini..akhir sekali my student memang the best la...hehe...Daaa...

Sunday, October 24, 2010

Sesuatu yang kita tak pernah terfikir...

1 comments
Hallo2..miss amie is here...pagi tadi saya dapat message daripada halma kawan seofis saya..die ajak saya temankan die pergi wat charity...dan saya mula terfikir charity yang macam mana kita nak buat? Mula2 tu memanglah rasa malas sangat nak pergi...yer la...hari ni kan hari weekend...hari utk berehat2 di rumah...tapi memandangkan halma bersungguh untuk mengajak..maka saya pun kuatkan hati untuk turut serta..lagi pun rumah yang dituju ni kat area durian tunggal jer..kat belakang petronas..

Dalam pukul 10 lebih..kami pun bertolak dan apabila sampai kawan halma sudah sedia menunggu di tepi petronas...kami pun bersama2 mencari rumah yang dituju...apabila sampai..memanglah sangat terkejut sangat2..sebab lebih daripada 50 orang sanggup turun weekend untuk buat charity..yang dimaksudkan disini adalah untuk membuat amal kebajikan tanpa mengharap sebarang balasan...yang selama ini saya x pernah terfikir...kira dah macam rancangan bersamamu plak tadi..

Program ini memang selalu dibuat oleh kumpulan ini..dan dorang akan mencari sendiri rumah-rumah atau orang-orang yang ingin mereka bantu..dan kebanyakan adalah rumah di kawasan Melaka...dan kebanyakan yang join program ini adalah pasangan husband and wife..yang masih lagi ada anak-anak kecik..Ini merupakan pengalaman pertama saya join kumpulan ini utk buat charity...mereka semua memang peramah...dan rase x susah untuk join mereka...dan saya rase sayalah yang paling muda plak...hehe...

Rase seronok plak bila kita wat amal kebajikan ni...kalau kita sering cakap kita ni susah...kita kene ingat ada lagi orang yang lebih susah daripada kita...ada lagi orang yang lebih memerlukan bantuan daripada kita...bersyukurlah ke atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita...saya sentiasa percaya..kalau kita sentiasa bersedekah..InsyaAllah..Allah akan sentiasa memudahkan jalan kita...rezeki kita juga akan sentiasa murah juga..janganlah kita kedekut untuk membayar income tax...atau pun membayar zakat harta...sebab kite kene sentiasa ingat...semua rezeki yang datang di dunia ini adalah datang daripada Allah...tanpa keredhaanNya kita x mungkin memperolehi rezeki itu...jadi memang wajar gaji yang kita perolehi kita bayar zakat supaya kita dapat mengagihkan nikmat Allah ini kepada orang lain juga..kita jangan asyik fikir yang kita ni xde duit...tapi kita kene lah sentiasa ingat Allah yang memberi rezeki kepada setiap manusia...

Allah x kan mengubah sesuatu kaum itu sehinggalah ia merubah sendirinya...begitu jua lah dengan hidup kita..untuk merubah hidup kita...kita hendaklah sentiasa berfikiran positif...berbalik kepada rumah yang kami kunjungi tadi...merupakan rumah ibu tunggal yang telah kematian suaminya...dan beliau mempunyai 5 orang anak...salah seorang anak bekerja di Kuala Lumpur..tapi sedikit pun x memberikan duit yang diperolehi kepada maknya...rumah yang dibina juga adalah atas ihsan tanah jirannya dan rumah yang dibina adalah bantuan daripada PPRT..

Mudah2an niat baik seperti group ini dapat dicontohi oleh orang lain juga..sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan rakan2 semua.."sebaik-baik rezeki adalah rezeki yang mencukupi". Oklah..cukup sampai disini sahaja...sehingga berjumpa lagi..Daa..

Saturday, October 23, 2010

Alhamdullilah....

0 comments
Hallo2..miss amie is here...skrg ni berada di bilik kuliah di fakulti...alhamdullilah..baru habis wat presentation..mudah2an akan lulus..alhamdullilah dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh panel2...mudah2n lepas passing mark iaitu 60%. Dalam 2 minggu lagi baru lah tau dapat sijil ke x...kalau lulus dapat sijil..kalau x lulus...mungkin kena re-do atau anything to back up balik...mudah2an dipermudahkan untuk sambung belajar Disember ini...amin...Oklah..that's all for today...see u again in my next post..Daa...

Friday, October 22, 2010

Memupuk hati yang redha...

0 comments
Hallo2...miss amie is here...sorry la..minggu ni memang banyak keje...alhamdullilah setakat ini dokumen biasiswa untuk KPT dah settle..kelas pun dah ada yang tamat hari ini..esok merupakan hari presentation yang ditunggu dan ditakuti...rase berdebar pun ada...yerla takut2 tajuk kite ni x mencapai tahap master...mudah2an Allah memudahkan jalanku esok...mudah2an aku dapat membuat presentation dengan baik...amin...

Kembali kepada topik asal kita...memupuk hati yang redha...sebenarnya bukan mudah untuk diri kita ni memupuk hati yang redha...kadang2 kita terlalu menginginkan sesuatu...apabila kita tidak memperolehinya kita akan rasa kecewa..dan saya rasa cara yang terbaik adalah dengan melakukan istikharah...dan selalu berdoa supaya Allah meredhakan hati kita ini..kerana hanya Allah sahaja lah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya...

Kembalilah kepada Allah..sentiasa lah yakin bahawa setiap masalah yang ada di dunia ini pasti akan ada jalan penyelesaiannya..dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya...dan yang paling penting sekali...percayalah pada Allah...seorang penceramah pernah berkata kepada saya...manusia selalunya hanya menggunakan otak kiri sahaja...tapi jarang sekali untuk menggunakan otak kanan...dan beliau memberikan tips untuk mengaktifkan otak kanan...dengan percaya kepada Allah...kita dapat mengaktifkan otak kanan kita..kalau x percaya korang cuba lah...

Doakan saya dapat buat yang terbaik esok...InsyaAllah...semoga kita berjumpa lagi..Daaa...