Tuesday, November 24, 2009

11 malam..

0 comments
jam menunjukkan 11 malam, tapi aku masih tak tido lagi sebab aku begitu bersemangat untuk tukar layout blog aku ni..sebelum ni banyak yang aku dah upload tapi disebabkan aku nak tukar background jadi lebih ceria..kena la buat balik semula..sekarang hanya tinggal lagi seminggu sahaja aku keje sini dan aku tak tau samada aku dapat melawat lagi kawan2ku di sini atau tak..yang pastinyer..P.I.E Control akan menjadi kenangan yang manis dan pahit buatku..oklah dah malam..good nite everybody..

Monday, November 2, 2009

Waktu-waktu doa mudah dikabulkan

0 comments
Assalamualaikum...dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca yang sentiasa atau sedang membaca blog saya ini. Topik yang saya ingin kongsi bersama anda pada hari ini ialah waktu-waktu dimana hajat/doa anda mudah dimakbulkan. Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama sebagai hamba Allah dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNya..amin...

1) Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

3) Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

4) Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

5) Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

Tuesday, October 27, 2009

Yang benar itu kadang menyakitkan...

0 comments
Selamat pagi semua..jam menunjukkan pukul 8.15 pagi..aku baru start keje ni..topik pada hari ini ialah..yang benar itu kadang-kadang menyakitkan..kadang-kadang kita ni memubuatkan orang menyampah dan kita tak sedar perkara ini berlaku. Jadi senyap itu lebih baik kalau kehadiran kita ini akan membuatkan orang menyampah atau tak suka. Itu adalah yang terbaik.Diam tak bermakna kita bodoh..dan diam juga tak bermakna kita kalah..tapi diam itu bermakna kalau kita dapat membuatkan orang gembira.

Bukan mudah untuk membuatkan orang berpuas hati kepada kita..bukan mudah untuk orang suka kepada kita..kerana manusia ini serba kekurangan..mengharapkan rahmat dan nikmat dari Allah untuk hidup di dunia ini. Apa-apa pun kenyataan itu tetap kenyataan..yang baik itu datang daripada Allah..dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Kepada kawan-kawan yang terus membaca blog saya ini terima kasih dan always keep in touch..daa...

Monday, October 26, 2009

Perkataan yang selalu diungkapkan oleh wanita

0 comments
Bila aku terbaca artikel ini, aku rasa kadang-kadang memang ada betulnya..jadi aku nak share ngan kawan2 sekalian..kepada lelaki di luar sana memang sesuai membaca artikel ini kerana..supaya anda dapat memahami wanita dengan lebih jelas apa yang dia nak sebenarnya..(^-^)

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Ujian Personaliti Diri

1 comments
Hi..bertemu kembali..kadang-kadang kita ni susah nak memahami diri sendiri dan memahami apa yang kita nak..oleh itu.apa kata kita ambil kuiz ni untuk lebih memahamkan diri anda..jujur tau..jawab dulu baru tengok jawapan...good luck!!

Test 1: Uji Keinginan Anda yang Tersembunyi

Soalan:Sebenarnya rambut, gaya rambut dan juga warna rambut anda juga mewakili perasaan yang tertentu? Marilah tukar rambut anda!! Dalam 4 warna di bawah ini, mana satukah yang menjadi pilihan anda?
A. Merah
B. Emas
C. Biru
D. Hijau

Test 2: Uji sejauh mana anda berasa segan dengan si dia
Soalan: Pada suatu hari anda telah disahkan menghidap penyakit pelik dan dikehendaki menerima rawatan di hospital. Rawatan yang mana satukah anda berasa sangat sengsara?
1. 7 hari tidak dibenarkan makan
2. Masukkan salur ke dalam perut
3. Disuntik sebanyak 30 suntikan
4. Rambut dan bulu roma dicukur

Test 3: Uji Aspek Keutamaan Ketika Bercinta
Kadang kala kita akan menghadapi keraguan untuk memilih cinta, buku atau pekerjaan. Sebenarnya apabila difikirkan dengan teliti, kesemua perkara dapat dijalankan dengan sistematik. Tapi, apabila anda tidak menahan kerinduan pada kekasih, maka anda akan tahu apa itu kesengsaraan bercinta. Marilah kita melihat keadaan anda apabila bercinta!

Soalan: Esok ada peperiksaan, tetapi rancangan TV sedang menyiarkan filem yang anda ingin tonton. Apakah yang akan anda lakukan?
1. Menonton TV
2. Merakan filem itu.
3. Sambil menonton dan sambil mengulangkaji
4. Mengulangkaji

Test 4: Uji Penarik Minat Anda

Ini adalah psiko test untuk menguji anda akan tertarik dengan orang yang macam mana.

Soalan:
Katakanlah dunia telah dijajah oleh makhluk asing, kalau anda hanya boleh menyelamatkan sejenis binatang untuk lari ke planet lain. Berikut yang mana satukah yang akan anda pilih?

A. Arnab
B. Kambing
C. Rusa
D. Kuda

Test 5: Adakah anda seorang yang berniat jahat? Berapa orang yang suka berkawan dengan orang yang mempunyai niat jahat? Jom pergi ke hutan rimba untuk mencari jawapan!

Soalan: Cuaca cerah amat sesuai untuk mengadakan aktiviti luar rumah. Bayangkan anda dan kawan anda bersiar-siar di dalam hutan rimba. Tiba-tiba anda semua mendapati sebuah bangunan yang tersembunyi. Melalui ilusi anda, apakah bangunan itu?

A. Rumah kayu
B. Rumah Banglo
C. Istana
D. Kota Istana

--------------------------------------------------------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan kepada soalan ke atas :

Jawapan:Test 1
A. Anda tidak akan memikirkan perkara lain selain KEBeBASAN. Anda sangat menitikberatkan perjalanan hidup anda. Jadi, mustahil anda akan dikongkong oleh seseorang atau sesuatu perkara.
B. Anda suka sesuatu yang mencabar kerana anda tidak ingin hidup anda tawar?. Anda bukan sahaja inginkan kepuasan dari segi kebendaan malah juga inginkan kepuasan dari segi mental atau rohani.
C. Anda adalah seorang yang bersyukur dengan apa yang anda ada. Oleh itu, anda selalu riang dan gembira. Tetapi mustahil anda tiada keinginan, Cuma apa yang anda inginkan tidaklah begitu banyak.
D. Anda adalah seorang yang manja. Anda inginkan orang lain menumpukan perhatian pada anda. Anda suka disayangi, dibelai dan dikasihi. Anda ingin diri anda menjadi tumpuan ramai.

Jawapan: Test 2

1. Tahap Keseganan 45%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang tidak suka dipaksa. Tidak perlu buat lawak untuk mengambil hatinya. Tetapi apabila muncul pihak ketiga, maka dia akan membuat sedikit perubahan seperti memberi hadiah atau kata-kata manis
2. Tahap Keseganan 20%
Orang yang memilih jawapan ini mengharapkan suasana yang harmoni dan gembira apabila bersama. Jadi, dia tidak kisah untuk buat apa saja untuk membuat si dia gembira. Dia berharap dengan cara ini maka dapat menyampaikan isi hatinya pada si dia.
3. Tahap Keseganan 1%
Orang yang membuat pilihan ini langsung tidak mengerti soal segan dalam cinta. Dia mementingkan keseronokan saja. Tak perlu ada segan dengan si dia. Tapi pastikan si dia tidak mempunyai masalah lemah jantung supaya si dia tidak terkejut dengan apa yang dibuatnya.
4. Tahap Keseganan 80%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang sangat muka nipis. Dia lebih mementingkan maruah diri. Walaupun terdapat salah anggap atau si dia tidak memahami, dia pun takkan membuat sebarang penjelasan.

Jawapan:Test 3
1. Kategori Cinta Diutamakan
Anda adalah seorang yang akan memberi keutamaan kepada cinta berbanding dengan aspek lain. Walaupun anda sibuk dengan kerja anda atau kena mengulangkaji, asalkan terfikir ingin berjumpa si dia, maka anda akan mengetepikan semua perkara yang anda sedang buat lalu pergi mencari si dia. Tapi ingat, kena memikirkan pendiriannya juga.
2. Kategori Mempunyai Perancangan
Anda mempunyai perancangan supaya cinta, kerja atau membaca buku dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun. Anda adalah calon suami atau isteri yang bestari. Tapi pada pandangan sesetengah orang pula, anda adalah seorang yang dingin dan ?alim?.
3. Kategori Beremosi
Anda tetap tidak dapat mengulangkaji pelajaran? Orang dikategori ini ingin menjaga kesemua aspek serentak. Oleh itu, pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat!
4. Kategori Kerja atau Membaca Buku Diutamakan
Pada pendapat anda, percintaan berada di tempat kedua. Walaupun sudah berkahwin, anda tetap menganggap pekerjaan adalah penting. Orang kategori ini akan berkerja keras untuk pekerjaan atau persekolahannya. Dia juga seorang yang berdikari dan sangat tegas.

Jawapan:Test 4

A. Arnab: Mempunyai luaran yang serius dan dingin tapi dalam hati adalah seorang yang peramah
B. Kambing: Sangat jujur dan dapat mengikut kehendak orang lain
C. Rusa: Anggun dan seorang yang sangat bersopan-santun
D. Kuda: Seorang yang inginkan hidup bebas

Jawapan:Test 4

A. Orang yang pilih Rumah Kayu
Anda adalah seorang yang penyabar. Anda boleh bersabar dengan banyak perkara atau perkara yang orang lain tak boleh bersabar. Anda mengharapkan keamanan dan kedamaian dalam semua aspek. Oleh itu, anda adalah seorang yang amat sempurna!

B. Orang yang pilih Rumah Banglo
Anda seorang yang tidak mempunyai cita-cita atau impian. Boleh dikatakan anda tidak mempunyai sebarang niat. Walaupun prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda, namun anda berkelakuan biasa saja. Anda tiada sebarang masalah kerana mengekalkan hati yang tenang.

C. Orang yang pilih Istana
Anda adalah seorang yang amat prihatin dan teliti. Anda dapat melaksanakan tugas atau perkara dengan memuaskan. Walaupun bukannya pakar, namun anda dapat menguruskan perhubungan sesama manusia.

D. Orang yang pilih Kota Istana
Anda boleh dikatakan pehandal dalam generasi ini. Anda mempunyai daya pemerhatian yang tajam malah dapat mendalami isi hati orang lain. Anda yang menguasai dan mengawal keadaan. Oleh itu, anda selalu bermegah dengan diri sendiri.

Sunday, October 25, 2009

Rahsia Tapak Tangan

0 comments
Topik disini memang semua menarik la..topik ini juga merupakan salah satu kegemaranku kerana dah lama aku nak tau maksud garis-garis kat tangan ni..dan rasenyer daripada pic yg kat bawah ni adalah gambar tangan kiri..so korang ape lagi check la sendiri..dan jangan plak salah tilik..hehe





Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Cuba tengok sapakah pasangan ideal anda?

0 comments
Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.


Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.