Monday, September 27, 2010

Resepi Bergedil Ayam

3 comments
Hallo2...miss amie is here...ermm..cam dah lama x upload resepi baru kat blog ni kan..hehe....sebenarnya ada banyak resepi baru yang telah dicuba pada bulan ramadhan dan bulan syawal...cuma tu la x sempat nak tangkap gambar masa tengah memasak..hehe...ok..kali ni cik amie nak berkongsi resepi bergedil...resepi diajar oleh my lovely mum..harap kawan2 dapat try resepi yang senang ni..kos pun murah jer..hehe..Jom kita baca sama2...


Resepi Bergedil Ayam Cik Amie

Bahan-bahan
5 biji kentang
2 ulas bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 ketul ayam bahagian dada digaul dengan sedikit garam dan kunyit
Sedikit garam
Sedikit lada hitam/lada sulah – ditumbuk halus
Sedikit daun sedri/ daun sup – diricih halus
1 biji telur

Cara-cara menyediakan :
1) Kentang dibuang kulitnya dan dipotong enam. Jangan potong terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Kentang yang telah dipotong digoreng.
2) Goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis.
3) Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
4) Tumbuk kentang yang telah digoreng menggunakan botol yang tidak digunakan. Tumbuk kentang sehingga lumat dan hancur sebati.
5) Masukkan bawang goreng, sedikit garam, sedikit lada hitam yang telah ditumbuk halus dan daun sedri yang diricih halus ke dalam kentang yang telah ditumbuk. Ayam yang telah digoreng dicarik2kan kecil dan dicampur ke dalam bekas. Gaul rata dengan menggunakan tangan.
6) Bentukkan kecil2 dan comel dan ketepikan.
7)  Telur dipukul. Masukkan kentang yang telah dibentukkan ke dalam telur yang telah dipukul.
8) Panaskan minyak dan bolehlah anda menggoreng. Setelah bergedil berwarna agak kecoklatan bolehlah anda mengangkatnya. Dah siap....Selamat Mencuba!!

p/s : ayam juga boleh diganti dengan hati ayam atau pedal ayam.


Bergedil yang telah siap dibentukkan..



Bergedil digaul dengan telur yang telah dipukul sebelum digoreng...



Bergedil yang telah siap digoreng...memang sedap..hehe

Harap kawan2 dapat mencuba resepi ini. Selamat Mencuba!!

Friday, September 24, 2010

Relax --> Calm ---> Decide

1 comments
Hallo2..miss amie's here...relax --> calm --> decide..itu la yg perlu aku buat skrg ni..x nak serabut2kan fikiran ni..x nak jugak pening2 kepala memikirkan sesuatu dengan begitu mendalam..argh..i can't tension...x pe yg penting sabar dan redha...and now i have made my final decision...i don't care what will happen in the future..but now it will become my decision starting from now until forever...

Xnak wat post cam ni orang emosi jer..next week will be buzy week...kelas isnin, rabu dan jumaat...selasa kene pergi beli barang2 untuk sambutan hari raya di utem and wednesday plak...sebagai ajk penyediaan makanan kene la bertungkus lumus menyediakan makanan untuk sambutan hari raya bersama bayah, kak liza dan lain2..hehe..ermm...hari jumaat next week x dapatla balik awal ke kg sebab kelas habis kul 6 petang..so next week nak singgah ke bangi..rase cam dah berbulan2 lamanya x turun bangi..memang pun...nak makan2 bersama my best friend forever iaitu djah, asma, sher and diana..djah..u kata u nak blanja i steamboat kan..i'm waiting for that..i x kira...hehe...

Ok..cukuplah...xnak tulis banyak2..karang korang bosan plak baca my blog kan..ok...see u again in my next post. Daaa...

Tuesday, September 14, 2010

Di setiap dugaan itu ada hikmah disebaliknya...

0 comments
Hallo2..amie's here...selamat hari raya kawan2..hari ni dah masuk raya yang ke-5..semalam dah puas beraya sampai ke perak..hari ni kami berehat2 di rumah..tadi tunang abg pun datang...sebab bapak nak tengok..macam mana sambutan hari raya di rumah korang plak? mesti meriah kan..cepat jer kan masa berlalu..kejap lagi dah nak kene masuk keje balik kan..

Di setiap dugaan itu pasti ada hikmah disebaliknya..kata2 untuk memperingati diri saya dan kawan2 semua..dan...di setiap kesedihan itu juga akan ada kegembiraan disebaliknya...saya selalu bercakap pada diri saya..supaya redha dengan ketentuan yang ditentukan oleh Allah...bukan semua benda dalam dunia ini kita boleh dapat..dan x semestinya kita leh dapat benda yang kita suka..dan kita kene ingat dunia ini hanya sementara..hanya akhirat yang akan kekal abadi..Jika kita mencintai manusia..manusia akan menyakitkan hati kita...akan meninggalkan kita apabila die berjumpa yang lebih baik daripada kita...tapi jika kita mencintai Allah..Allah x kan meninggalkan kita...malah Allah memberikan kurniaNya dan rahmatNya walaupun kita sentiasa lupa dan alpa kepadaNya..sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi..

Sesungguhnya perasaan cinta kepada manusia adalah anugerah yang indah yang diberikan oleh Allah..Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan..dan setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya..sentiasa yakin kepada Allah..wanita yang baik itu untuk laki yang baik..dan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik..sentiasa yakin janji Allah itu sentiasa ada...semoga aku sentiasa redha dengan ketentuanNya...

Oklah..cukuplah sampai disini coretan cik amie...sehingga berjumpa lagi...Daa...

Tuesday, September 7, 2010

Wishing you..Selamat Hari Raya!!!

0 comments
Hallo2..amie's here...hari ni jer dah masuk ramadhan yang ke-28..so tinggal 2 hari lagi nak raya..yahoo!! Esok dah cuti..so hari ni cik amie nak balik kampung..malam ni merupakan malam yang ke-29..iaitu malam ganjil yang terakhir..sama2 lah kita tingkatkan ibadat kita di dalam bulan ramadhan...

Ermm...sebelum nak balik raya ni..nak wish..."Selamat Hari Raya" kepada kawan2 semua...0-0 yer..for Mr.SA...awak kene mintak maaf kat saya sendiri yer..hehe...cepat jer kan masa berlalu..sekarang dah nak raya..sedar x sedar kita ni dah menghampiri akhir tahun..nnt masuk tahun yang baru..umur kita dah makin meningkat...saya dah jadi bertambah tua...x bestnya bila dah jadi makin tua ni..xpe2...yang penting muka kene nampak awet muda...hehe...yang penting cik amie lagi muda daripada bayah dan kak liza...hehe

Bila la orang tu (orang yang dok kat kampar) nak datang beraya kat rumah saya...ermm..harapan yang mungkin juga x dapat dicapai..sebab..mana la die sudi nak datang beraya di rumah kampung yang biase2 kan...xpe la....kalau itu takdir Allah...moga aku redha dengan kehendakNya...

Oklah..bagi you all yang buat long travel..drive safely...banyakkan bersabar...dan mulakan perjalanan dengan doa...Semoga jumpa lagi selepas cuti yang panjang..Daa...

Sunday, August 22, 2010

Kuih Apam yang gebu, lembut dan sedap

0 comments
Hallo2...amie's here..ok..di hari minggu ni cik amie nak berkongsi resepi untuk membuat apam yang lembut, gebu dan sedap...sebenarnya dah banyak kali try..dan akhirnya cik amie telah buat kesimpulan...inilah resepi apam terbaik yang dapat menghasilkan apam yang lembut, gebu dan sedap...hehe..confident giler jer kan...hehe...kalau x percaya korang leh try dulu..nak tau sedap ke x apam yg dibuat oleh cik amie ni...boleh tanya pengkritik tetap di dalam rumah kami iaitu kak liza dan kak shima...hehe...nak buat senang jer..cume kene bersabar la yer...sebab banyak kali nak kene perap...ok..jangan x cuba plak tau...Selamat Mencuba!!



Bahan-bahan

untuk membuat tapai nasi
2 cawan nasi sejuk
1/3 ragi
1 sudu gula

bahan-bahan adunan
3 cawan tepung beras (guna jenama tepung beras cap teratai..klu xde brand lain pun boleh)
1 cawan gula pasir
1 1/2 sudu Eno (pilih peket yang berwarna biru perasa garam buah2an)
2 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna merah


bahan untuk cicah dan menyedapkan
kelapa parut dicampur dengan sedikit garam


Cara-cara membuatnya :
1)      Untuk membuat tapai nasi gunakan nasi yang baru dimasak dan sejukkan terlebih dahulu. Guna 1/3 keping ragi dan hancurkan menggunakan sudu. Letakkan nasi untuk dibuat tapai dalam bekas Tupperware yang boleh ditutup. Masukkan ragi ke dalam bekas dan ratakan ragi ke seluruh nasi menggunakan sudu. Masukkan 1 sudu gula dan gaul hingga rata. Perap selama 2 malam sehingga tapai itu berair. Sebelum membuat apam, rasa dulu tapai tu..kalau sedikit manis maka kira jadilah tapai tu..kalau x sila buat sekali lagi yer..
2)      2 cawan nasi yang menjadi tapai itu akan menjadi 1 cawan sahaja apabila menjadi tapai nasi. Ambil 1 cawan tapai nasi, 1 cawan gula, sedikit garam dan 2 cawan air kemudian blender sehingga adunan nampak halus, hancur dan sebati. Sekejap jer blender x perlulah lama2 sebab ia mudah hancur.
3)      Ambil 3 cawan tepung beras dan masukkan dalam bekas yang lebih besar. Masukkan adunan yang telah diblender tadi ke dalam bekas tepung beras. Gaul rata dan tambah 1 cawan air. Dan sekali lagi blender adunan yang telah dicampur. Setelah itu peraplah adunan selama 4-5 jam.
4)      Setelah adunan siap diperap, masukkan eno garam buah-buahan dan pewarna merah jambu ke dalam adunan. Dan perap selama 20 minit.
5)      Adunan ini boleh dikukus menggunakan loyang atau dimasukkan ke dalam bekas yang kecil2 dan comel…hehe..pastikan loyang atau bekas disapu dengan sedikit minyak dan barulah dituang adunan. Jika menggunakan loyang kukus selama 45 minit dan kalau menggunakan bekas yang kecil kukus selama 15 minit.
6)      Ok..hidangan telah pun siap. Untuk menyedapkan lagi apam ini makan apam dengan kelapa parut yang telah digaul bersama dengan sedikit garam. Selamat mencuba dan hidangan ini boleh dimakan ketika berbuka puasa nanti (^_^).

p/s : ragi ni kene pandai pilih..cara pilih ragi ni plak..mak cik amie yang ajar…sebab mak cik amie memang suka buat tapai..hehe..so die memang dah try macam2 ragi yang dijual di kedai..dan akhirnya telah menjumpai ragi yang kalau buat tapai rasa manis dan jadi. So cik amie ikut jer la ragi yang mak cik amie kasi..hehe…dia yang recommend guna ragi ni..ragi ni plak ada jual kat kedai yang ada pasar jual bahan2 basah…harga ragi plak RM0.50. So, kesimpulannya korang kene la try dulu mana satu ragi yang best untuk dipilih..hehe…ok..selamat mencuba tau! Tak susah pun sebenarnya nak buat apam ni..Cuma nak menghasilkan apam yang sedap, gebu dan menjadi itu yang susah. Try jangan x try plak resepi kuih apam daripada cik amie ni. Selamat mencuba!!!
Ok...last sekali nak tunjuk gambar terbaik menggunakan kamera DSLR...hehe...cantik x gambar apam ni? hehe...mungkin terlebih warna merah tu..korang leh reduce sikit nak dapatkan warna pink yang cantik ok...(^_^)

Saturday, August 14, 2010

Kek Coklat Kukus

3 comments
Hallo2...amie's here...ok..memandangkan bulan ni bulan pose..jadi cik amie nak kasi idea kat korang tentang kek apa yang leh dibuat pada masa hari raya nanti...hehe...sebenarnya kek coklat kukus ni cik amie buat masa sebelum pose lagi..masa hari ahad yang lepas...tapi xde tangkap gambar la..kalau nak tau rasa kek coklat tu sedap ke x..kene la tanya tukang rasa tetap kita iaitu kak liza, kak shima dan bayah..hehe...kak shima kata dalam banyak2 kek yang cik amie buat dia paling suke kek coklat ni...ermm..betul ker? sila komen yer kak shima..hehe..Ok..resepi ni pun first time cik amie try kat rumah..jadi pasni korang cuba la yer...jangan x cuba plak...InsyaAllah menjadi..yg penting kene ikut tips2 daripada cik amie...jangan degil..nanti x jadi plak...hehe...

Bahan-bahan  

1 cawan susu segar perisa coklat 

250g butter (cik amie guna jenama buttercup)

1 cawan serbuk coklat van houten (beli yang dalam kotak tu jer senang)

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur gred B (kalau guna gred C, sila guna 5 biji yer)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (semestinya cik amie guna tepung naik sendiri jenama Blue Key kotak warna pink yer)

1 cawan gula halus

1/2 cawan susu manis

 

Cara-cara membuatnya :

1) Pukul telur dan gula halus menggunakan mixer sehingga kembang dan sebati.
2) Masukkan butter dan pukul menggunakan mixer sehingga rata dan sebati.
3) Masukkan esen vanila dan gaul rata ke dalam adunan menggunakan senduk.
4) Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan gaul rata ke dalam adunan menggunakan senduk. Kalau rajin ayaklah tepung tu dulu yer sebelum dicampurkan...hehe..
5) Dengan menggunakan periuk dan dapur gas, panaskan susu segar perisa coklat dalam periuk. Gunakan api yang kecil sahaja semasa memanaskan susu coklat. Apabila dah menggelegak masukkan serbuk coklat. Gaul sehingga bacuhan susu coklat tidak berketul..
6) Masukkan susu segar perisa coklat yang telah dicampurkan dengan serbuk coklat ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata ke dalam adunan menggunakan senduk.
7) Ok...dah siap dah...masa untuk memanaskan periuk kukus plak...
8) Seperti biasa, bekas kek hendaklah dilapikkan dengan kertas minyak atau kertas A4 dan sapukan butter pada keliling bekas dan barulah boleh dituang adunan ke dalamnya.
9) Pastikan air periuk kukus betul2 menggelegak...boleh tengok apabila ada asap keluar pada periuk kukus...barulah boleh letak kek ke dalamnya...Kukus selama 1 jam...
10) Akhir sekali...selamat mencuba daripada Cik Amie...(^_^). Selamat Berpuasa!


p/s : nantikan resepi seterusnya daripada cik amie...(^_^). Keep reading my blog.

Friday, August 13, 2010

Hari sabtu dan ahad yang lepas..

2 comments
Hallo2..amie's here..cuba nak merajinkan diri untuk menulis blog..nanti orang kate x update blog plak kan..asyik2 bukak citer lame jer..hehe..sekarang dah rajin la ni..hehe...pagi tadi menyibukkan diri membuat skema jawapan untuk lab..alhamdullilah menjelang petang dah siap pun..nak study mood dah petang plak kan..hihi..alasan malas nak study..hehe..cuti ni kene study gak x boleh memalaskan diri lagi..hihi..

Ok..sekarang nak citer pasal aktiviti cik amie, kak liza, bayah dan staff2 lain masa hari sabtu dan ahad yang lepas..kitorg dimestikan hadir untuk mengikuti perarakan staff academic kat dewan besar...konvo ni merupakan konvo yang ke-6 di utem..dan merupakan kali pertama bagi aku, bayah dan kak liza join perarakan konvo ni..ermm..memanglah penat..sabtu ahad kene datang..nasib baik hari rabu yang lepas cuti sebab awal ramadhan..bolehlah merehat2kan diri di rumah..hehe...

Hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa kan..semalam memang letih sebab kali pertama masuk keje berpuasa dalam bulan Ramadhan..ngantuk tapi x leh tdo..bile pergi terawih kan dah jadi ngantuk..tapi hari ni cik amie dah jadi sihat, bertenaga..hehe..ni nak pesan kat kak liza dan kawan2 ni..rajin2 lah makan buah kurma dalam bulan Ramadhan ni..kurma adalah salah satu jenis makanan yang low fat tapi dapat membekalkan high energy!! Ia juga mengandung Vitamin A, B..dan banyak lagi la...yang lain2 tu x ingat..kene tengok kat kotak kurma...hehe..ketika bersahur dan berbuka makanlah sekurang2nya 2 biji kurma..ambik fadhilat dan berkah makan kurma ni..ermm..kalau x bulan pose ni..agaknya jarang nak makan kurma kan..

Masa2 kecik dulu..saya pun x suke gak makan kurma...tapi bapak tiap2 hari pesan dan bercerita pasal fadhilat buah kurma ni...bapak plak kalau bulan pose akan beli satu kotak kurma yang besar kat rumah..dan semestinya bapak la yang paling rajin makan..hehe...bile dah lama2 tu jadi terikut makan kurma dan bila dah slalu makan tu...rase...sedap plak buah kurma ni...sebenarnya buah kurma ni memang sedap...mungkin ada orang kate buah kurma ni manis sangat..tapi yang penting buah kurma ni x menyebabkan kencing manis kan..hehe...ermm..teringat masa dulu2..bila berbuka pose jer..favourite bapak adalah buat air jus belimbing campur dengan buah kurma...buah kurma tu kene rendam dalam air suam dulu kasi kembang..pastu barulah boleh blender..Buah belimbing tu plak..petik jer depan rumah...bile musim memang banyak sangat buah belimbing ni tapi xde orang makan...so tu yang bapak suruh buat air jus belimbing + kurma tu...ermm...sebenarnya bapak la yang slalu memberikan idea2 baru tentang masakan baru ni...walaupun bapak x memasak...hehe...bagus kan..(^_^). Sekarang bila dah besar semua anak pandai memasak termasuk anak2 laki iaitu abang2 ku...hehe...tapi besa la laki ni...walaupun die tau masak..die tetap nak suruh mak atau adik2nya memasak...betul x? mesti betul kan apa yg sy ckp..hihi...


Ok...macam biasa la..cik amie nak share gambar masa konvo hari tu..Jom kite tengok!!!


Bayah, kak mawar dan ami - hari pertama konvo





Kak liza, bayah dan kak mawar - hari pertama konvo




bayah dan ami bergambar kat banner konvo utem yg ke-6






cik amie plak posing sorang2...hehe

Ok..cukuplah tu saje gambar yang leh dikongsi bersama..ada satu gambar yang lawak..masa kat dalam dewan bile dah bosan tu..kami mula tangkap gambar pertandingan membesarkan mata antara cik amie, bayah dan kak liza...tapi..x nak upload kang kak liza marah plak sebab gambar kak liza yang paling kelakar sekali dalam membesarkan mata..haha...ok..pesanan untuk abg fizi (iaitu laki kak liza) rajin2 la baca blog cik amie yer..hehe...ami akan sentiasa update citer kak liza di blog..hehe..Ok..kawan2..hingga jumpa lagi yer..Daa...Selamat Berbuka..jangan makan banyak2 yer..nanti jadi gmok plak..hehe...(^_^)