Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban....27 Julai 2010


Assalamualaikum..para pembaca saya sekalian...selamat pagi...selamat hari isnin..selamat memulakan kerja dengan semangat yang baru..hari ni saya nak share info yang mungkin kita terlupa atau x tau..hari ni merupakan 14 syaaban...jadi malam nanti lepas maghrib masuklah 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai nisfu syaaban..nisfu bermaksud separuh..maka nisfu syaaban bermaksud separuh syaaban..malam tadi ada juga saya search pasal amalan2 ketika nisfu syaaban ni...ramai yang mengatakan amalan ketika nisfu syaaban ni adalah salah satu bidaah hasanah..biadaah ini adalah perkara-perkara yang diadakan..tidak ada pada zaman Rasullululah S.A.W. tapi diadakan sekarang ini...dan rasanya tidak salah kita melakukan amalan-amalan sunat ketika nisfu syaaban ni..ini kerana benda yang baik dan hendaklah kita berniat ikhlas beribadah kerana Allah...Wallahualam...


NISFU SYAABAN
Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca "Yasin" dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya,



kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.

Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)

Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)

Membaca al-Quran.

Membaca Tasbih. (seratus kali)

Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)

Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).

Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha,

Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat

Hajat ditengah malam sebaik- baiknya memohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali- kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh- nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

p/s : terima kasih kepada sumber info..beribadatlah ikhlas kerana Allah...semoga amalan kita selama ini diterima oleh Allah...amin...

0 comments: