Jom kita tengok resepi....
Resepi donut II yang
lagi sedap dan lembut by cik amie
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum/tepung berprotein tinggi
½ paket yis mauripan 11g
3 sudu makan butter/marjerin
2 sudu makan vegetable shortening
1 biji telur
5 sudu gula pasir
Secubit garam
Air suam secukupnya (kira-kira 1/2 cawan)
Cara-cara membuatnya:
1)
Yis digaul bersama sedikit air (kira-kira 2 sudu
makan air suam).
2)
Tepung digaul bersama butter, vegetable
shortening, gula, garam dan telur. Gaul
rata dengan menggunakan tangan.
3)
Masukkan yis dan uli rata sambil itu masukkan
air sedikit demi sedikit.
4)
Uli sehingga adunan sebati dan sehingga adunan
tidak melekat pada tangan (kira-kira 15 – 20 minit)
5)
Buat lubang pada adunan dan biarkan adunan
selama 1 jam.
6)
Setelah adunan kembang, uli sebentar untuk
menghilangkan angin dan bentukan donut menggunakan acuan donut.
7)
Setelah donut dibiarkan 15 minit, ia akan
mengembang lagi dan bolehlah menggoreng.
8)
Setelah itu, taburkan gula halus ke atas donut
dan bolehlah dimakan. Selamat mencuba!!
Simple dan mudah kan resepi ni....tapi nak menguli tu memang penatla...pastikan bahan-bahan adunan itu sebati dengan tepung....barulah adunan akan mengembang dengan cantiknya....Cik amie sempat tangkap ini sekali sahaja...Jom kita tengok.....
Donut yang baru siap dimasak...siap sedia untuk dihidang!!! |
Oklah...cukup sampai disini sahaja...jangan lupa untuk mencuba resepi ni....Selamat Mencuba!!
1 comments:
bile la nak dpt rase nie ekk..
Post a Comment