Sunday, October 30, 2011

Resepi nasi beriani


Hallo2...miss amie is here...dah lama x update blog kan...bukan apa...skrg ni tengah bz sedikit...dengan assignments...dgn mid sem test...pastu mgu lepas balik kg...ada konvo adik..macam2 kan...hehe....tu yang x sempat update tu...kali ni cik amie nak kasi resepi nasi beriani...sebenarnya memang dah lama nak wat nasi beriani ni...dari hari raya pose tu lagi...tapi sebab nak cari koma-koma punyer pasal x jumpa2...tu yang x buat2 tu...hari tu balik dapat cari koma-koma tu kat kedai runcit india....ohh...rupanya baru tau mahal gak koma2 ni...yang besa punyer harga RM 10 dan yang bagus punyer RM 26...so cik amie pilihla yang murah la...xdelah murah sangat pun kan...bekas pun kecik jer...bagi yang tak tau...koma-koma ni la yang digunakan untuk mewarnakan nasi beriani tu..barulah nampak colourful...yang kelakarnya...dah la semangat giler nak cari koma-koma...pastu terlupa nak masukkan koma-koma tu masa nasi tengah menggelegak...nasi dah masak baru nak masukkan...so sebab tu nasi beriani cik amie kali ni x berwarna warni ok...hehe...

Ni la dia koma-koma yang mahal tu...berwarna merah...

ni la koma-koma
Jom kite berkongsi resepi nasi beriani yang dibuat oleh cik amie...kalau nak tau sedap ke x sedap..kene tanya mak, bapak, adik beradik...sebab dorang yang makan....hehe...So harap korang leh cuba...especially kepada cik Dyanz..yang dengar citer nak wat makan2 tu...kalau xde idea leh la try wat nasi beriani...x susah pun sebenarnya memasak...cuba berani mencuba jer....(^_^)


Resepi nasi beriani by cik amie

Bahan-bahan
1 kg beras basmathi
1 tin kecil minyak sapi ghee (550 g)
1 tin susu sejat
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci hali
2 sudu makan serbuk nasi beriani baba’s
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis (dibelah)
1 kotak kecil kismis
Sedikit kacang gajus
Secubit koma2 (direndam di dalam air suam)
½  kiub pati ayam
Garam dan air secukup rasa
2 helai daun pandan disimpulkan (untuk berbau wangi)
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sedri yang dihilis halus

Cara-cara membuatnya :
  1.  Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar dengan menggunakan blender. Panaskan kuali dan sejatkan air kisaran setelah itu masukkan minyak sapi ke dalam kuali mengikut kuantiti kisaran. Masukkan bunga lawang dan bunga cengkih.
  2.  Masukkan kacang gajus dan goreng hingga kekuningan. Masukkan serbuk nasi beriani ke dalam kuali dan gaul rata. Masukkan kismis dan gaul rata.
  3.  Masukkan susu sejat dan air secukupnya dan gaul rata. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan beras dan gaul rata kemudian tutup api.
  5.  Masukkan beras ke dalam rice cooker dan pastikan air yang dimasukkan adalah ¾ daripada jumlah beras. Jangan masukkan air terlalu banyak.
  6.  Ketika nasi menggelegak, buat lubang pada tengah nasi dan masukkan koma2 supaya nasi beriani berwarna. Setelah beberapa minit, gaul koma2 tersebut supaya rata ke nasi yang lain.
  7. Setelah nasi masak, masukkan bawang goreng dan daun sedri dan gaul rata ke dalam nasi. Taburkan lagi bawang goreng dan daun sedri sebagai hiasan.
Ok...as usual...sudah pasti sebagai bukti cik amie akan post gambar yang cik amie telah memasak nasi beriani kan...dan sila lah komen nanti....hehe....


gambar ni ditangkap masa nasi tu baru jer masak...dalam rice cooker ni lagi tau...
ni plak gambar nasi beriani yang telah dihias dengan bawang goreng dan daun sedri...
Kalau makan nasi jer tanpa lauk mesti x lengkap kan...so untuk lauk cik amie masak ayam masak merah dan mak cik amie masak dalca campur kaki ayam sebagai lauk....Jom tengok gambar....



Dalca bersama kaki ayam


ayam masak merah....


So kawan2...jangan lupe mencuba resepi nasi beriani ni....Selamat Mencuba!! Hingga berjumpa lagi....Daaa....



3 comments:

fadhli said...

sedapnye...

Anonymous said...

apa koma koma atukan

amie hani said...

koma-koma ni boleh didapati di kedai runcit india...kegunaanyer adalah untuk kasi warna nasi beriani ni warna warni ada kuning2 sikit...jika tiada koma2 boleh gantikan dengan pewarna kuning.