Ni la dia koma-koma yang mahal tu...berwarna merah...
ni la koma-koma |
Resepi nasi beriani
by cik amie
Bahan-bahan
1 kg beras basmathi
1 tin kecil minyak sapi ghee (550 g)
1 tin susu sejat
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci hali
2 sudu makan serbuk nasi beriani baba’s
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis (dibelah)
1 kotak kecil kismis
Sedikit kacang gajus
Secubit koma2 (direndam di dalam air suam)
½ kiub pati ayam
Garam dan air secukup rasa
2 helai daun pandan disimpulkan (untuk berbau wangi)
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sedri yang dihilis halus
Cara-cara membuatnya
:
- Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar dengan menggunakan blender. Panaskan kuali dan sejatkan air kisaran setelah itu masukkan minyak sapi ke dalam kuali mengikut kuantiti kisaran. Masukkan bunga lawang dan bunga cengkih.
- Masukkan kacang gajus dan goreng hingga kekuningan. Masukkan serbuk nasi beriani ke dalam kuali dan gaul rata. Masukkan kismis dan gaul rata.
- Masukkan susu sejat dan air secukupnya dan gaul rata. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan daun pandan.
- Masukkan beras dan gaul rata kemudian tutup api.
- Masukkan beras ke dalam rice cooker dan pastikan air yang dimasukkan adalah ¾ daripada jumlah beras. Jangan masukkan air terlalu banyak.
- Ketika nasi menggelegak, buat lubang pada tengah nasi dan masukkan koma2 supaya nasi beriani berwarna. Setelah beberapa minit, gaul koma2 tersebut supaya rata ke nasi yang lain.
- Setelah nasi masak, masukkan bawang goreng dan daun sedri dan gaul rata ke dalam nasi. Taburkan lagi bawang goreng dan daun sedri sebagai hiasan.
Ok...as usual...sudah pasti sebagai bukti cik amie akan post gambar yang cik amie telah memasak nasi beriani kan...dan sila lah komen nanti....hehe....
gambar ni ditangkap masa nasi tu baru jer masak...dalam rice cooker ni lagi tau... |
ni plak gambar nasi beriani yang telah dihias dengan bawang goreng dan daun sedri... |
3 comments:
sedapnye...
apa koma koma atukan
koma-koma ni boleh didapati di kedai runcit india...kegunaanyer adalah untuk kasi warna nasi beriani ni warna warni ada kuning2 sikit...jika tiada koma2 boleh gantikan dengan pewarna kuning.
Post a Comment