Monday, January 27, 2014

Percutian Ke Kota Kinabalu - Hari kedua


Hallo2...madam amie is here...setelah beberapa hari menyepi..kini madam amie muncul kembali...hihi...nak menulis ni kene ada mood...baru la citer akan menjadi seronok....hehe...Ok...kali nak sambung percutian ke Sabah...citer kali ni akan berkisar cerita di Bandar KK. Selepas turun dari kundasang kami terus ke Bandar kk dan sampai ke area hotel yang kami dah book are pkl 1.15 petang.

Hotel yang kami book adalah De Galleria Hotel. Harga hotel ni untuk semalam adalah RM88 untuk yang tiada tingkap dan kalau ada tingkap RM118. Masa book memang la nak ada tingkap tapi dah habis...so yang kami dapat adalah yang tiada tingkap. Bagi kami hotel ni agak baru...bilik pun kemas dan cantik...x sempat nak tangkap gambar bilik sebab x sabar nak baring kat bilik...hihi. Cuma keluasan bilik tu x dela besar mana tapi bolehla untuk bersolat sorang di bilik...Bagi yang suka kan ruang yang besar dan keselesaan tu kene la cari hotel yang mahal yer...hehe

Bilik mandi dalam hotel ni ada pintu tapi lutsinar tau....hehe. So..amat bahaya!! Bagi pasangan suami isteri xde la bahaya...hehe..So far hotel ni ok..dan bagi kami selesa....yang bestnyer husband la...sebab kat hotel ni dapat siaran bola daripada astro...so walaupun tengah bercuti die masih boleh menikmati perlawanan bola dimana saja berada...

Kalau nak maklumat lanjut untuk hotel ni boleh layari laman web dibawah...

 
pemandangan lobby hotel De Galleria
 
 
Hotel ni terletak di Kampung Air. Sebenarnya banyak hotel budget yang berada di sekitar Kg Air cuma maybe hotel2 yang lain ni xde website..so xde la kami jumpa....hihi...Bagi backpackers x de masalah untuk cari hotel sebab banyak hotel kat kg air ni...location pun strategik. Kat kg air senang nak cari tempat makan...ada KFC, ada Restoran Panjang, ada Restoran Ikan Bakar dan macam2 lagi...So banyak pilihan yang ada. Kat depan hotel ni slalu ada pasar...pasar pagi ada pasar malam pun ada...dan juga ada yang menjual mutiara gak...so sape2 nk cari ole2 bolehla beli disini...
 
Daripada Hotel ni ke Pasar Filipina dalam 500m jer...lebih kurang 5 - 10 min berjalan kaki daripada hotel. Untuk ke jeti jesselton plak mengambil masa 15 - 20 min berjalan kaki dengan sejauh 1.4 km. Bagi sesiapa yang nak dekat dengan jeti bolehla menginap di Kinabalu Daya Hotel. Jalan kaki dalam 5 min jer nak pergi jeti. Daripada hotel ni juga anda boleh naik bas ke airport dengan harga RM5/seorang bagi yang nak berjimat...xnak jimat boleh naik teksi yer....hehe
 
Walaupun agak penat asyik berjalan jer percutian kali ni...tapi ok la...boleh exercise....hihi....Hari pertama kami sampai kami terus survey jarak perjalanan ke jeti dan tengok harga untuk ke pulau esok. Disebabkan kami sampai pkl 530 so banyak kaunter yang dah tutup...so kami just survey2 jer...So esok dah tau macam mana plan esok...
 
Lepas pergi jeti kami pun jalan-jalan cari makan di area pasar Filipina yang terkenal dengan masakan seafood. Kat sini ada 2 tempat makan seafood. Hari pertama kami sampai kami try kedai seafood yang betul2 bersebelahan dengan pasar Filipina. Kami makan nasi goreng udang jer....But little bit disappointed sebab rasa biasa2 jer...so kami x tangkap pun gambar nasi goreng tu....huhu
 
suasana kat sini memang meriah....
 
Sementara menunggu nasi goreng, kami rasa kepak bakar madu. Kat sini memang sangat terkenal dengan kepak bakar madu dan ramai orang yang menjual kepak ni..Harga 1 kepak ni RM1.50...ambik banyak pun sama jer harga....huhu
 
 
Rasa pun ok...cuba la...
 
 
Untuk persiapan esok...kami dah pun beli t-shirt corak sama dan saiz pun sama....walaupun saiz kami x sama....hehe...Kebanyakan harga t-shirt kat sini lebih kurang sama jer....paling murah boleh dapat RM20 ikut jenis kain...Selepas tawar menawar kami dapat membeli t-shirt 3 helai dengan harga RM70. Okla tu...x boleh compare harga t-shirt kat Melaka dan krabi yang murah...So kali ni x leh beli ole2 t-shirt....hehe...
 
 
selepas tawar menawar...
 
Oklah cukup sampai disini sahaja....jumpa lagi untuk next post untuk aktiviti snorkeling kami....Daaa....


0 comments: