Thursday, January 23, 2014

Perjalanan Balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu - Hari Kedua


Hallo2...madam amie is here...hari ni nak sambung lagi...cuma kali ni nak habiskan citer kat kundasang...selepas dah pergi ke kinabalu park, war memorial park, strawberry garden rose, kami lepak sekejap tengok orang main golf. Haaa...jangan x caya tau....kat sini ada disediakan tempat untuk bermain golf...harganya adalah RM11.00 untuk 50 biji bola golf. Okla harga tu kan...disebabkan kesuntukan masa kami x try pun...just tengok dorang main jer....


apa lagi try la klu berani...hehe


Setelah puas lepak kat sini...kami pun balik hotel...kemas2 dan terus check out. Dalam pukul 11 pagi kami pun dah gerak ke KK plak....On the way ke KK tu kami singgah kat Pekan Nabalu. Kat Pekan Nabalu ni pun  ada jual baju2, fridge magnet dan makanan. Kami singgah kat sini sebab nak makan buah nenas...sebab orang kata buah nenas kat sini sedap rugi kalau x cuba....Ada banyak peniaga kat sini ada yang jual satu RM5 x kira kecik atau besar...tapi kami beli kat peniaga yang jual harga sekilo...x ingat dah harga...tapi nenas yang kami beli tu RM4 sahaja sebiji. Nenas madu kulitnya berwarna merah dan rasanya pun manis...banyak sangat air daripada nenas ni...yang bestnyer kat sini boleh mintak tolong peniaga tu tolong kupaskan nenas tu..boleh makan dalam perjalanan...kan senang...hihi...


Selamat Datang ke Pekan Nabalu



Jom makan nenas....

Kat pekan Nabalu ni juga kami jumpa fridge magnet bentuk peta....hobi kami husband and wife ialah kalau pergi melancong kami akan cari fridge magnet bentuk peta sebab kami nak cantumkan peta dunia....hihi...Dekat KK try juga cari fridge magnet bentuk peta tapi x jumpa pun...so sape2 yang mempunyai minat yang sama ngn kitorang boleh try cari kat sini....

Ok...dah habis citer kat kundasang...Alhamdullilah kami selamat sampai di hotel De Galleria di KK dalam pkl 1.15 petang. Cerita kat KK plak...mestilah kene citer kat post baru...Nantikannyer dalam post yang akan datang...Oklah hingga jumpa lagi....Daaaaa......

0 comments: