Tuesday, January 28, 2014

Percutian Ke Kota Kinabalu - Hari Ketiga (Island Hoping dan Snorkeling)


Hallo2...madam amie is here....hari ni nak citer kemuncak aktiviti kami di Bandar kk..apalagi kalau bukan melawat ke pulau-pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park...kat sini ada 5 pulau yang disenaraikan dalam Taman Marine ni iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik....pulau yang ke-5 lupe la...hehe...Mengikut kata orang kat sini pulau yang cantik untuk snorkeling adalah pulau sapi dan mamutik. Pulau yang wajib pergi adalah Pulau Manukan...Errmmm..plek gak napa orang tu kata wajib pergi Manukan....

Nak ikutkan memang nak pergi 3 pulau iaitu manukan, sapi dan mamutik...tapi sebab nak menghayati dan menikmati island hoping dan snorkeling ni...so kami decide pergi 2 pulau sahaja iaitu manukan dan sapi. Perjalanan dari jeti ke Manukan mengambil masa hanya 20 min jer....rasa yang seronok jer naik bot laju...dah lama x naik bot...hehe....Maklumlah masa di krabi x pergi pun pulau kat sana...huhu...so x dapat nak compare pulau mana yang lagi cantik....

Harga kat kaunter untuk ke jeti lebih kurang sama jer...yang beza adalah harga pakej catering adalah berbeza....Meh sini madam amie nak share harga nak pergi pulau...senang korang nak budget nanti....

Harga untuk 1 pulau : RM 23.00
Harga untuk 2 pulau : RM 33.00
Harga untuk 3 pulau : RM 43.00

Harga wajib kene bayar....
Harga kat atas tu harga tiket jer....seterusnya kene bayar RM7 seorang seperti gambar di atas, kene bayar cukai. Dan kene bayar RM3 seorang apabila masuk pulau nanti. Pulau pertama yang korang pergi sahaja kene bayar RM3, so next pulau yang korang pergi make sure korang simpan bukti pembayaran masuk pulau...


Kalau nak snorkeling digalakkan untuk sewa jaket dan snorkeling mask ngan pihak kaunter untuk mengelakkan harga yang mahal kat pulau. Kami sewa jaket keselamatan dengan harga RM5/seorang dan snorkeling mask RM10/seorang. Kami x ambik pun pakej buffet tersebut sebab nak jimat...kami tapau nasi di Restoran Panjang...senang dan jimat...(^_^). Alhamdullilah, x menyesal x ambik buffet...masa kaunter orang tu promote kata makan seafood yang sedap2...tapi bila kami pergi tengok makanan yang dihidangkan biasa2 jer...x seperti yang digambarkan...


ni la harga yang kami habis untuk 2 orang...ok la kan....

Jom tengok pemandangan di pulau manukan....


selamat datang ke pulau manukan....



walaupun hari isnin...tetap ramai orang


Kat pulau manukan ni kami dilepaskan 4 jam....boleh buat apa sahaja...kat sini kami jumpa ikan berenang2 di sebelah kami....kat sini snorkeling kat tepi pantai jer tau...bukan kat tengah laut tau...dan penanda pelampung telah dibuat...so x leh snorkeling jauh2 yer....selepas puas bermain kat sini kami ke pulau sapi...perjalanan dalam 10 - 15 min dari manukan...kat sini la buffet tu disediakan...dan kami pun makan bekal kami....

Bila sampai sapi terus excited tengok ikan kat jeti...kat manukan ikan xde sangat....so harap kat sapi ada ikan banyak....kat sapi ni memang air lagi jernih...so make sure korang pilih sapi...mesti x menyesal tengok keindahan alam kat sini....hehe


Nampak ikan terus excited...hehe

Kat sapi kami dilepaskan selama 3 jam...so buatla aktiviti apa2 pun...aktiviti kami? Snap underwater pictures...hehe. Kat sapi ni memang banyak ikan...tapi disebabkan banyak ikan yang berbisa so kawasan yang leh snorkeling adalah kawasan yang xde ikan...huhu..layan jer la...

macam mana havoc x gambar kami? hehe

Siapa sangka kat sini kami ada customer yang request gambar underwater....sape2 yang berminat nak kami tangkap gambar underwater..boleh pm kami di hainama_297@yahoo.com. Lepas snorkeling tu kami tgu orang yang request tangkap gambar dorang sebab die nak kasi email...tapi xde plak...so harap dapat cari owner gambar ni...mana la tau kan...die jumpa blog ni....hehe...so kalau korang leh cam sape orang di bawah ni boleh la kasi tau....first customer free jer....hehe. Perkhidmatan kami..underwater di laut, sungai, air terjun pun boleh...berminat leh pm kami...(^_^).


sexy plak gambar ni...jangan tengok lama2 tau....hehe

Setelah puas bermain..pkl 3 kami pun balik ke jeti. Pkl 330 dah sampai jeti. Dan sampai hotel pukul 4 petang. Penat giler...tapi penat yang berbaloi....Malam tu kami cari kedai makan seafood plak...tapi..kalau...nak citer pasal makan seafood kene citer kat post baru...Oklah...cukup sampai disini madam amie berceloteh....hingga jumpa lagi....Daaaa....

0 comments: