Wednesday, January 22, 2014

Percutian Ke Kundasang - Hari Ke2 (War Memorial Park)


Hallo2...madam amie is here....kali ni nak sambung citer pasal semalam...hari ke-2 di kundasang. Setelah pergi ke kinabalu park, kami terus pergi ke War Memorial Park, tempatnya bersebelahan dengan Bandar Kundasang...deretan kedai yang ada jual kfc. Nk masuk kat tempat ni kene bayar RM2 /seorang. Ok....murah la kan...

Kat dalam ni ada kubur..garden. Kat dalam ni ada beberapa jenis garden seperti Australia garden, English garden dan borneo garden. Dalam setiap garden ada di tanam pokok dan bunga2 mengikut negara masing2. Kat tempat ni gak sebenarnya kita boleh nampak pemandangan yang sama iaitu puncak gunung kinabalu seperti kat kinabalu park.

Baca sejarah tempat ni dulu....hihi


jangan pijak rumput ni ok....



Banyak pokok yang unik2 kat Australia garden ni...


Wajib tangkap gambar kat sini....cantik sangat....English style

Setelah puas berjalan2 kat taman ni..kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Strawberry Garden Rose berdekatan dengan War Memorial Park x sampai 5 min pun....Nak masuk kene bayar RM2/seorang. Kat dalam strawberry rose garden ni..banyak sangat pokok yang cantik2...boleh beli juga....yang paling madam amie suke adalah pokok kaktus di sana..banyak sangat kaktus yang unik2 daripada kecik sampaila yang besar....tapi x dpt nak bawak balik...huhu....

Cute nyer kaktus ni...


Ni plak strawberry....

Strawberry pun ada jual disini kalau nak beli...x ingat berapa harga mungkin sekilo dalam RM50. Daripada luar nampak jer macam garden ni kecik tapi bila masuk dalam sangatla besar....macam2 pokok ada...jadi x rugi pun kalau masuk...ni kan terapi minda dan mata.....(^_^)



Geram jer nak petik limau kat pokok ni....hehe


Oklah...ada lagi citer yang x habis kat kundasang ni...kene la sambung kat next post jugak...sebab banyak sangat plak nak citer...hehe...Oklah hingga jumpa lagi. Daaaa....

0 comments: