Resepi sotong goreng tepung yang mudah dan sedap daripada Cik Amie
Bahan-bahan
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat / serbuk penaik
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili (jika ada)
Sedikit lada sulah (jika ada)
Cara-cara membuatnya :
1) Sotong dibasuh bersih-bersih dan dipotong bulat-bulat.
2) Setelah dibasuh bersih pastikan air sotong telah ditoskan sepenuhnya.
3) Setelah ditoskan, gaulkan sotong dengan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Biarkan dalam 5 minit.
4) Telur dipukul dalam bekas yang lain. Masukkan sotong yang telah digaul dengan garam dan lada sulah ke dalam adunan telur. Biarkan sebentar dalam masa 10 – 15 minit.
5) Dalam bekas yang lain, tepung gandum digaul bersama garam, soda bikarbonat dan serbuk cili.
6) Masukkan sotong yang yang telah digaul bersama telur ke dalam bekas tepung. Pastikan sotong disalut dengan tepung sepenuhnya.
7) Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan sotong. Goreng sotong dalam masa 4 – 5 minit sahaja.
8) Hidangan siap!! Jangan goreng terlalu lama nanti sotong menjadi liat. Hasilnya sotong lembut dan sedap dimakan apabila panas-panas. Selamat mencuba!!!
Nak tengok hasil masakan cik amie x? Mesti nak kan...harap hidangan ni dapat menaikkan selera anda untuk makan. Selamat Mencuba!!!
Hasilnya...penuh satu pinggan....sedap!!! |
Gambar close-up pula.... |
Nota :
1) Kuantiti tepung gandum di atas adalah anggaran sahaja. Jika sotong lebih banyak boleh tambah lagi tepung gandum.
2) Jangan gunakan soda bikarbonat/serbuk penaik dalam kuantiti yang banyak. Cukup 1 sudu teh sahaja kerana ia akan menghasilkan hasil yang kurang sedap kerana terlalu banyak serbuk penaik.
Selamat Mencuba resepi ini!!!
0 comments:
Post a Comment