Resepi kentang putar
Bahan-bahan
10 biji kentang (dibuang kulit dan direbus)
½ cawan susu segar
½ sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
3 sudu butter
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
1)
Lenyek kentang putar menggunakan botol sehingga kesemuanya
hancur.
2)
Masukkan susu segar, lada hitam dan butter. Gaul
rata ke dalam kentang.
3)
Siap untuk dihidang!!
Resepi Sos Kentang
Putar
Bahan-bahan
3 cawan air
1 biji bawang merah dicincang halus
5 sudu makan butter
3 sudu tepung gandum
3 sudu stok ayam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Cara-cara membuatnya:
1)
Masukkan butter. Setelah butter cair masukkan
bawang merah yang telah dicincang halus.
2)
Masukkan tepung gandum. Gaul hingga tidak
berketul.
3)
Masukkan stok ayam dan air. Masukkan sos tiram,
sos tomato, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
4)
Jika anda suka kuah yang pekat. Biarkan kuah
lama sedikit. Jika suka cair anda boleh tambah air lagi. Akhir sekali masukkan
daun sedri.
Ni la hasil masakan kentang putar cik amie....sila la komen sedap ke tak...hehe....
![]() |
kentang putar version cik amie |
Oklah....cukup sampai disini jer....Selamat Mencuba resepi ni...mudah dan sedap!!!
0 comments:
Post a Comment