Tuesday, January 4, 2011

Kek Coklat Moist 2 (Second Edition)


Hallo2...miss amie is here..kali ni cik amie bawakan resepi kek coklat yang moist second edition...kek coklat ni lebih kurang sama ngn resepi kek coklat moist yang cik amie pernah post sebelum ni...bezanya resepi kali ni untuk yang suke kek yang x manis sangat dan moist..dan juga istimewa cara-cara membuat topping kek coklat yang sedap..bagi resepi topping coklat ni plak..diajar oleh tokey kedai kek yang cik amie slalu beli barang2 kek di kedainya...dan cik amie telah try resepi ni dan telah pun berjaya...bagi yang telah mencuba resepi baru cik amie ni bolehla comment di bawah...especially kek ni dibuat khas untuk my lovely best friend iaitu rosmawati ismail..bagi djah and sher jangan jeles yer...hehe..

Jom tengok resepi di bawah.....


Kek Coklat Moist 2 by Cik Amie

Bahan-bahan
1 cawan tepung naik sendiri (tepung Blue Key) / tepung gandum serbaguna
1 cawan butter yang telah dicairkan (kira2  ¾ butter 250g)
1 cawan coklat
3 biji telur Gred B/ 5 biji telur Gred C
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
¾  cawan susu segar
½  cawan susu manis

Cara-cara membuatnya :
1)      Campurkan coklat dan butter yang telah dicairkan dalam satu bekas. Gaul sehingga rata dan tidak berketul2. Ketepikan dahulu.
2)      Pukul telur dan gula sehingga kembang menggunakan mixer. Setelah adunan kembang dan sebati masukkan esen vanila.
3)      Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan gula tadi. Gaul sehingga rata menggunakan senduk. Masukkan adunan coklat dan butter sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata. Masukkan soda bikarbonat.
4)      Masukkan susu manis dalam adunan dan gaul rata. Akhir sekali masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul sehingga rata dan sebati.
5)      Pastikan bekas untuk membakar di lapik dengan kertas minyak dan sapukan butter pada seluruh bekas. Ini supaya kek senang dikeluarkan apabila telah masak.
6)      Panaskan oven selama 10 minit dahulu sebelum membakar. Gunakan suhu 180 Celcius dan bakar kek selama 45 minit. Selamat Mencuba!!

Membuat topping coklat yang sedap

200g coklat masakan
100ml Whipping cream (1/2 kotak)
1 sudu makan butter

Cara membuatnya:
1)      Coklat masakan dipotong kecil-kecil supaya ia mudah cair apabila dimasak.
2)      Panaskan coklat masakan bersama whipping cream menggunakan kaedah double boiler. Gaul sehingga adunan cair.
3)      Setelah adunan cair sepenuhnya masukkan butter dan gaul rata. Matikan api dan biarkan adunan menjadi sejuk. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk. Biarkan adunan coklat semalaman di luar/dalam peti sejuk supaya adunan menjadi lebih likat dan tidak cair. Jika terus disapu setelah masak adunan coklat lebih cair dan sapuan topping menjadi nipis. Untuk sapuan yang lebih tebal elok dibiarkan adunan selama semalaman.
4)      Setelah sejuk bolehla dituang di atas kek coklat.
5)      Taburkan coklat rice untuk menjadikan kek lebih sedap dimakan.



Kek coklat moist yang telah disapu butter dan ditabur chocolate rice special to rosmawati ismail





Kek butter yang disapu topping coklat dan serbuk hazelnut di atasnya juga special to rosmawati ismail



Diharapkan kawan2 especially kak liza boleh la try resepi ni dan cara-cara membuat topping coklat ni sebab hari tu kak liza mintak cara2 nak wat topping coklat kan...sebelum ni cik amie juga pernah try resepi topping coklat yang lain..tapi resepi ini dapat disimpulkan resepi yang terbaik dan sesuai untuk membuat topping coklat. Harga whipping cream ni memang agak mahal sedikit...kalau x silap satu kotak 200ml harganya dalam RM6.90 boleh didapati di kedai kek atau pasaraya2 tertentu. Selamat Mencuba!!!

0 comments: