9 Amalan untuk meringankan jodoh
1) Berdoa setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan bertemu jodoh dan bertemu jodoh yang baik dan soleh/solehah.
2) Berdoa pada waktu tengah malam. Rajin-rajinkanlah diri untuk solat sunat pada tengah malam.
3) Minta ibu bapa doakan untuk kita kerana doa ibu bapa adalah doa yang mustajab untuk anaknya.
4) Puasa pada hari lahir. Sesiapa yang berhajat hendaklah berpuasa pada hari lahirnya.
5) Melakukan solat sunat taubat untuk memohon ampun atas dosa-dosa yang lalu.
6) Mohon restu daripada ibu bapa. Bagi sesiapa yang telah bertemu calon yang berkenan di hati, mohonlah restu daripada ibu bapa. Mudah-mudahan dengan keberkatan ibu bapa, jodoh itu berkekalan dan bahagia dunia dan akhirat.
7) Selalu membaca doa ringan jodoh iaitu Surah Yusuf Ayat 4.
8) Melakukan solat hajat.
9) Baca doa untuk mengelakkan sihir iaitu Surah Yunus Ayat 81. Kadangkala jodoh itu lambat sampai mungkin disebabkan oleh sihir yang dikenakan atas diri, jadi rajin-rajinkanlah diri untuk membaca ayat ini untuk mengelakkan sihir.
![]() |
gambar sebagai hiasan..mudah2an kite akan mendapat suami/isteri yang soleh/solehah |
Semoga kawan-kawan mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Selamat beramal dan mudah2an dapat bertemu jodoh yang baik selepas ini....Amin...