Saturday, January 28, 2012

9 amalan untuk meringankan jodoh


Hallo2..miss amie is here...kali ni cik amie nak kongsikan 9 amalan untuk meringankan jodoh...tips ni cik amie dapat setelah mendengar "Semanis Kurma" pada hari khamis yang lepas...dan kebetulan cik amie ada salin ketika Ustazah Norbayah membacakan tips ni...dan malam tadi kawan tanya ada tak tulis tips ni...so cik amie kongsikan bersama kawan2 semua...rajin2lah amalkanlah yer supaya ringan jodoh dan supaya dimudahkan bertemu jodoh...Berkahwin itu sunnah Rasullulah...jom kawen!! hehe...

9 Amalan untuk meringankan jodoh

1) Berdoa setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan bertemu jodoh dan bertemu jodoh yang baik dan soleh/solehah.

2) Berdoa pada waktu tengah malam. Rajin-rajinkanlah diri untuk solat sunat pada tengah malam.

3) Minta ibu bapa doakan untuk kita kerana doa ibu bapa adalah doa yang mustajab untuk anaknya.

4) Puasa pada hari lahir. Sesiapa yang berhajat hendaklah berpuasa pada hari lahirnya.

5) Melakukan solat sunat taubat untuk memohon ampun atas dosa-dosa yang lalu.

6) Mohon restu daripada ibu bapa. Bagi sesiapa yang telah bertemu calon yang berkenan di hati, mohonlah restu daripada ibu bapa. Mudah-mudahan dengan keberkatan ibu bapa, jodoh itu berkekalan dan bahagia dunia dan akhirat.

7) Selalu membaca doa ringan jodoh iaitu Surah Yusuf Ayat 4.

8) Melakukan solat hajat.

9) Baca doa untuk mengelakkan sihir iaitu Surah Yunus Ayat 81. Kadangkala jodoh itu lambat sampai mungkin disebabkan oleh sihir yang dikenakan atas diri, jadi rajin-rajinkanlah diri untuk membaca ayat ini untuk mengelakkan sihir.


gambar sebagai hiasan..mudah2an kite akan mendapat suami/isteri yang soleh/solehah

Semoga kawan-kawan mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Selamat beramal dan mudah2an dapat bertemu jodoh yang baik selepas ini....Amin...

0 comments: