Thursday, January 26, 2012

Resepi kek oren yang sedap..


Hallo2...miss amie is here...lama x update blog kan...exam pun dah habis...skrg ni tengah cuti 3 mgu...jadi cuti raya cina yang lepas cik amie sempat mencuba resepi baru iaitu kek oren...so hopefully kawan2 x bosan membaca blog AMIE HANI ni yang penuh dengar citer pasal makan...pasal resepi baru...hehe...dan resepi ni juga diharapkan dapat memberi idea baru kepada kawan2 untuk hidangan minum petang bersama family..

Resepi kek oren by Cik Amie

Bahan-bahan
250 gm tepung kek Blue Key
200 gm butter
4 biji telur gred B
175 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh parutan kulit buah oren
Jus oren daripada 1 biji buah oren
2 sudu makan susu segar
Sedikit soda bikarbonat

Cara-cara membuatnya:


1)  Pukul butter bersama telur hingga kembang dengan menggunakan whisker
2)  Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang 
3)  Masukkan esen vanila.
4)  Masukkan tepung, soda bikarbonat, susu segar, parutan kulit buah oren dan jus daripada buah oren.
5)  Letakkan kertas minyak pada bekas pembakar dan sapukan butter di sekeliling bekas
6)  Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 180 C 
7)  Bakar kek selama 45 minit -  1 jam. Tutup kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek terlalu masak dan kering.




adunan kek yang telah siap..



 
siap untuk dibakar...


1 


kek yang telah siap dimasak...






siap untuk dimakan!!!

Harap2 kawan mencuba resepi kek oren ni...Selamat Mencuba!! Hingga jumpa lagi yer...Daa...

0 comments: