Sunday, February 19, 2012

Resepi muffin coklat bakar yg moist


Hallo2...miss amie is here...kali ni nak share resepi muffin yg cik amie baru buat pada cuti maulidur rasul hari tu...sebenarnya resepi ni adalah salah satu idea untuk dijadikan pilihan resepi muffin untuk diletakkan dalam goodies bag kawen kakak...sampai sekarang pun tak finalized lagi resepi mana yang follow ni...resepi tu kene la best..sedap...kos murah...dapat menarik hati orang yang memakan...adakah cik amie berjaya melakukannya? We will see ok..2 flavour akan diutarakan untuk majlis nanti iaitu coklat dan oren...Sila la datang ke kenduri nanti yer...(^_^)


Resepi muffin coklat by Cik Amie

Bahan-bahan
250g coklat masakan
100g butter
2 biji telur gred B
50g gula halus
75g tepung gandum serbaguna
½  sudu teh baking power
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya:
1)      Masak coklat masakan bersama butter menggunakan kaedah double boiler. Setelah masak biarkan sebentar. Sementara itu boleh membuat langkah seterusnya.
2)      Pukul telur bersama gula menggunakan mixer tapi tidak perlu terlalu kembang. Pukul sehingga telur dan gula sebati. Masukkan esen vanila.
3)      Masukkan coklat yang telah dimasak tadi bersama tepung, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan telur tadi. Gaul hingga rata.
4)      Masukkan adunan ke dalam jug untuk memudahkan penuangan ke dalam paper cup. Masukkan kira-kira ¾ ke dalam acuan paper cup.
5)      Panaskan oven selama 10 minit dahulu dengan suhu 175 – 180 C. Setelah oven panas, masukkan muffin dan bakar selama 20 minit.
6)      Siap dan sedia untuk dihidang. Boleh dihiaskan dengan coklat ganache dan ditaburkan coklat rice ke atas muffin. Untuk resepi coklat ganache boleh la tengok di resepi kek coklat Cik Amie. Selamat mencuba!!  


Jom tengok camana rupa muffin yang telah siap dihasilkan oleh cik amie ni...


sebelum dibakar



setelah dibakar



setelah dihias mengunakan coklat ganache dan ditabur warna warni...





ni plak paper cup yang kedua...berwarna hijau tema untuk kakak kawen...

Bagi resepi ni plak...juri bagi merasa resepi ni adalah my mom and Mr. H...so Mr. H please leave a comment to comment this receipe...(^_^). Sedap ke x...dan disebabkan rasa yang berwarna warni itu berketul2 jadi mak dan Mr. H x gemar untuk memakannya dan lepas ni cik amie akan gantikan dengan colurful rice plak k...Nantikan kemunculan wajah sebenar muffin ni di kenduri kakak nanti...Dijemput datang untuk merasa muffin-muffin cik amie...Oklah..cukup sampai disini sahaja...Jangan lupa cuba resepi ni...Daaa...


p/s: x sabar nak rasa guna oven baru....(^_^)

2 comments:

DyaNz said...

nak sikit....sedappp nampak

Anonymous said...

nak rase gak oven baru :)