Wednesday, August 24, 2016

Family Day di Sungkai, Perak


Hi semua...bertemu kembali...kali ni saya nak citer pasal family day keluarga kami...yang diuruskan oleh Madam Amie as a manager...hihi...sungkai sapa yang x kenal...mesti semua orang pergi sini sebab nak pergi Hot Spring Sungkai..6 family yang join kali ni...so pencapaian terbesar dapat arrange family day...hihi...saya memang suke pergi bercuti dan memang selalu arrange percutian ke mana2 ni...hihi

disebabkan ramai orang kami menginap di 2 homestay iaitu Al-Amin Homestay dan Soufia Homestay Sungkai...kedua2nya mempunyai keistimewaan sendiri...yang penting booking awal jika tarikh yang kita pilih tu adalah public holiday....Kami pergi 30/4 - 1/5/2016

Harga tiket untuk masuk sungkai adalah:
Dewasa : RM15
Warga tua : RM8
Kanak-kanak: RM12

so siap sedia la sediakan duit banyak2 yer...hihi

ada 2 tempat utama kolam besar di hot spring ni...

tempat pertama: air x panas, ramai orang dan ada mainan gelongsor

tempat kedua: air suam dan air panas, x ramai orang, bagus untuk badan


nak pergi kolam kene naik train sebab jauh nak jalan kaki



kolam besar...air x panas


rasa segar selepas terima tujahan daripada air terjun ni....


suke betul die main air sampai xnak naik...

Disini juga terkenal dengan tempat memasak telur dan telur juga ada jual disini. selepas penat bermain di kolam utama, kami berehat sebentar sambil memasak telur. memang ramai orang tunggu turn nak masak telur ni...so kene la sabar...sambil2 tu boleh rendam kaki dekat tempat yang disediakan...


rendam kaki sambil tunggu telur masak

kesimpulannya percutian ini memang seronok...cuma kecewa sikit sebab x dapat makan "Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai". Nak pergi lagi tu xtau la bila...hihi...oklah sampai disini jer....hingga jumpa lagi...Daaa...

0 comments: