Monday, August 8, 2016

Resepi Cheese Tart


Dah lama blog ni tak berasap dengan resepi-resepi yang baru. So hari ini nak update resepi cheese tart. Dah lama giler ni x buat cheesetart...macam dah 5 tahun plak...sebenarnya tak susah pun nak buat...cuma nak kene rajin jer....hihi

make sure sebelum nak buat cheese tart ni korang ada acuan tart tu dulu..kalau xde kene pergi beli dulu...

bahan-bahan untuk tart
300g tepung gandum (baker's choice)
180gm buttercup
50g gula aising
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila

cara-cara membuatnya:
1) Pukul buter dan gula aising menggunakan senduk kayu. setelah sebati masukkan telur dan kacau sebati. masukkan esen vanila. kacau menggunakan senduk kayu.
2) masukkan tepung gandum dan gaul rata dengan menggunakan tangan. adunan memang agak lembik sedikit. setelah adunan sebati, boleh masukkan adunan dalam peti sejuk semalaman atau nak bakar terus pun boleh.
3) Bakar tart dengan menggunakan suhu 160-170C dengan menggunakan api bawah sahaja selama 15  - 20 minit.
4) pastikan tart telah sejuk sebelum masukkan filling dan cheese.

bahan-bahan untuk cheese
250g cheese tartura
50gm gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

cara-cara membuatnya:
1) keluarkan cheese daripada peti sejuk dan biarkan selama 30 minit suhu bilik.
2) putar cheese bersama telur dengan menggunakan whisker. masukkan esen vanila dan putar lagi.

cara-cara membuat cheese tart
1) masukkan filling dan cheese dalam piping bag bagi memudahkan keje.
2) Masukkan filling ke dalam tart dahulu dan letakkan cheese sehingga ke penuh tart.
3) lukis corak bunga jika suka ke atas cheese.
4) bakar cheese tart dengan menggunakan api atas sahaja dengan suhu 160-170C selama 10 minit.



cheese tart sebelum dibakar


selamat mencuba resepi daripada Dapur Cik Amie. Kalau x paham ke...boleh kasi comment kat bawah.

0 comments: