Friday, August 5, 2016

Percutian ke Batam, Indonesia


Salam semua...sudah lamaku tak menulis...sampaikan dah lupe selalu bahasakan diri apa dalam blog....haha...biarlah saya gunakan "saya" sahaja menunjukkan blog ini yang dah matang...hihi...siapa yang dah biasa baca blog ini mesti terkejut kan...sebab saya dah tukar background blog ni..sebab apa saya tukar? untuk mood yang lebih baru dan suasana baru...yerla...saya kan dah berkeluarga...so blog pun kene matang...hihi

hari ni saya nak cerita percutian kami ke batam. "Cuti-cuti cinta" itulah yang kami kata apabila hendak pergi bercuti...kenapa kami pilih batam? sebab yang senang sahaja sebenarnya...perjalanan 1 jam naik flight dan bercuti di luar malaysia...sebab tu kami pilih batam...hihi

sebelum pergi macam biasa mesti baca review blog...semua orang kata batam ini adalah tempat shopping..ya batam adalah tempat shopping!!! tapi kami bercuti dengan budget sedikit sahaja...jadi xdelah shopping...dekat batam memang ada banyak shopping complex...cakap jer nak cari  apa...handbag, baju, tali pinggang, kasut, telekung, beg, pakaian semua ada...tapi daripada segi harga bagi saya..harga dia adalah standard..termasuk harga makanan macam membeli barang di malaysia..walaupun mata wang disana adalah lebih rendah.

semua orang kata kalau pergi batam mesti kene pergi "Balerang Bridge". ya...pastinya kami x melepaskan peluang untuk pergi jugak tengok jambatan ni..disebabkan di batam ini banyak kereta dan kami x familiar..kami decide untuk guna supir sahaja...500,000 rupiah untuk setengah hari menaiki avanza...pick up and return at hotel.

sedikit pengenalan tentang balerang ini adalah...ia terdiri daripada 7 jambatan yang menghubungkan 3 pulau...iaitu pulau batam, pastu dah x ingat...haha..."balerang" adalah gabungan nama 3 pulau tersebut...kami pergi tengok sehingga 7 jambatan tersebut..tapi yang paling orang berhenti dan tangkap gambar adalah jambatan yang ke-2 sebab keunikan jambatan tersebut macam jambatan pulau pinang kan...


ini la bridge yang ke-2

semua orang juga cakap ole2 yang wajib dibeli dibatam adalah kek pisang...so kami pun pergi beli jugak sebab nak tau apa istimewanya kek pisang ini...dekat jer dengan hotel yang kami menginap...dan ada macam2 flavours...coklat, blueberries, buah naga dll. kami beli blueberries dan kek pisang ni memang lembut sangat...


posing di kedai ole2 batam


kek pisang batam

kami juga sempat singgah di pantai melayu...orang kata penduduk asal pulau batam ni adalah orang melayu...tapi kami x jumpa orang melayu asal pulau ini...so kami pergi pantai melayu jer la...air jernih dan ramai orang buat aktiviti di sini...



pantai melayu

Oklah..cukup sampai disini sahaja coretan saya...kesimpulannya percutian ke batam ini adalah percutian kami yang paling sempoi dan agak memenatkan sebab disini kene banyak jalan kaki ke sana sini...dan satu pengalaman yang saya x boleh lupa adalah..pulau batam ini panas!!! hotel dan shopping complex pun panas sampai berpeluh2...bersyukurlah di malaysia..hotel dan shopping complex sentiasa sejuk...

1 comments:

ahmad hafife said...

Its Barelang, not balerang or belerang..