Wednesday, June 9, 2010

Kelebihan dalam Bulan Rejab


Dah nak berakhir pun bulan Jamdilakhir kan..lepas ni datang lah Rejab...bulan yang penuh dengan keberkatan...hari Isnin ni bermula lah 1 Rejab..jadi di sini saya nak share ngan kawan2 kelebihan bulan Rejab..bersama2lah kita ambik keberkatan dalam bulan Rejab ni...berpuasalah dalam bulan Rejab..bagi sesiapa yang ada hajat ker..berpuasalah 10 hari..mudah2an Allah akan makbulkan doa kita..amin...


Puasa 1 hari
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.



Puasa 2 hari
Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.


Puasa 3 hari
Dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari
diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.


Puasa 5 hari
aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari
dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.


Puasa 7 hari
Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.


Puasa 8 hari
Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari
keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.


Puasa 10 hari
Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.


Puasa 13 hari
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.


Puasa 14 hari
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.


Puasa 15 hari
Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.


Puasa 16 hari
dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


Puasa 19 hari
Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.


Puasa 20 hari
Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.



Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

p/s : terima kasih kepada sumber info saya...

0 comments: