Sunday, July 18, 2010

Kek Buah Kukus


Hallo2..amie's here...pada hari khamis yang lepas..cik amie telah pun mencuba resepi baru..iaitu Kek Buah Kukus...ini merupakan kali pertama cik amie try...alhamdullilah menjadi...lepas ni..kak liza dan bayah sila la try ok..sebab cik amie x rajin nak buat kek untuk menjual ni..hihi...bagi sapa2 yang nak rasa boleh la datang beraya nanti di kampung...hihi...


Kek Buah Kukus Cik Amie
Bahan-bahan
• 300 g buah2an campuran (mix fruit) - masa cik amie buat guna 200g jer..tapi buah x byk la dalam kek...
• 250 g mentega (jenama golden churn)
• 5 biji telur Gred B
• 350 g tepung gandum serbaguna
• 2 camca teh soda bikarbonate
• 130 g gula perang (kalau xde guna gula biasa pun boleh..)
• 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
• 1 sudu teh esen vanila 
• Ceri merah sebagai hiasan

Cara-cara

1. Satukan buah2an campuran (mix fruit) dengan tepung gandum dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Jangan gunakan tepung untuk adunan kek. Ambil tepung yang lain. Buah2 campuaran yang disalut tepung ini dapat mengelakkan buah campuran dari jatuh ke bawah. Maksudnya buah akan statik pada adunan.
2. Pukul mentega dgn gula perang hingga berkrim menggunakan mixer.

3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan sebati dan kembang tapi jgn terlalu kembang.
Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul, ini akan mengakibatkan kek kukus tersengih nanti.
4. Masukkan esen vanilla dan gaul adunan hingga rata menggunakan senduk.
4. Gaul tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bikarbonat. Gaul dengan menggunakan senduk sudah cukup untuk mengelakkan terlebih adunan. Tidak digalakkan menggunakan mixer.

5. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul sehingga rata.

6. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau gula. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. (Jangan gelap sangat gula nnt kek jadi hitam cukuplah warna gula kuning sedikit kecoklatan)


7. Dengan perlahan-lahan tuang gula hangus yang masih panas perlahan-lahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk. Kalau sedkit berketul xpe..ini kerana gula hangus yang berketul tadi akan cair apabila dikukus.

7. Sapukan loyang kek dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak. Panaskan air di dalam periuk kukus. Isi air penuh di dalam periuk kukus kerana kita akan kukus lama.

8. Tuang adunan kek ke dalam loyang tadi dan hiaskan dgn ceri merah jika ada.


9. Tutup loyang kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek. Cucuk sedikit aluminium foil untuk mengelakkan udara dalam kek tersekat supaya pengaliran udara dapat berjalan dengan baik dan kek akan kembang naik dengan cantik.

10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah. 







sebelum dibakar....



Dah letak ceri merah sebagai hiasan....


Ni gambar sebelum dibakar...bungkus menggunakan aluminium foil...pastikan diikat dengan tali rafia untuk mengelakkan ia terbuka semasa tengah dimasak....


Setelah siap dikukus....ia naik hampir 2x ganda....


Kek buah kukus yang telah siap dipotong...ready for eat!!

 Notes from Cik Amie :

1) Tepung gandum serbaguna ini sesuai untuk dibuat kek...tekstur tepung ini lebih lembut daripada tepung gandum biasa.

2) Butter jenama golden churn..harganya RM8.50..lebih mahal 2x ganda daripada buttercup..butter yang bagus..adunan naik dengan cantik dan kek juga tidak lembap dan basah walaupun kek dimasak kukus...Kek juga gebu dan sedap.

3) Dalam resepi kali ini, cik amie hanya kukus selama 2 1/2 jam..sebab x larat sangat nak tunggu 4 jam...kek sebenarnya memang dah masak dalam 1 jam lebih...kita kukus lebih lama supaya kek kukus dapat bertahan lama dan tidak mudah berkulat.

4) Bagi sesiapa yang suke buah lebih dalam kek boleh tambahkan kandungan dalam adunan kek...terpulang pada citarasa masing2..

5) Ketika memasak gula hangus, panaskan gula dalam kuali tidak perlu tambah air dan jangan berhenti kacau..lama kelamaan gula akan cair dan sedikit berwarna perang..warna jangan terlalu gelap nnti warna kek akan jadi gelap setelah dikukus..jangan risau apabila ada gula yang berketul dalam adunan sebelum ia dikukus...ia akan cair apabila dikukus nanti...

6) Pastikan api untuk kukus kek adalah kuat supaya kek dapat naik dengan cantik...

7) Gunakan air masak yang mendidih untuk tambah air kukusan..air sejuk dapat membantutkan dan menganggu pembesaran kek.


Akhir kata daripada Cik Amie..SELAMAT MENCUBA RESEPI INI!!!

0 comments: