Monday, June 28, 2010

Kek Buah Prune Kukus


Hallo2...amie's here..semalam cik amie telah mencuba resepi yang diperolehi daripada internet..iaitu Kek Buah Prune Kukus..memang sedap...hehe...atas permintaan ramai cik amie akan berkongsi resepi ini untuk kawan2...buat kak liza..wat la kek ni untuk abg fizi plak...hehe...bagi yang x dapat merasa kek ni...sori yer...hehe..kek ni gebu jer..lembut..



Kek Buah Prune Kukus

Bahan-bahannya
250 g butter (cik amie guna jenama buttercup)
2 cawan tepung naik sendiri (cik amie gune jenama tepung blue key)
1 cawan gula
½ cawan susu manis
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar) (cik amie guna jenama sunsweet)
5 biji telur (cik amie pilih telur Gred B)

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter,gula dan susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Maukkan tepung dan gaul bersama adunan. Cukuplah gaul menggunakan senduk tidak perlu menggunakan mixer.
5. Masukkan prune yg telah dikisar.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.


p/s daripada cik amie :

1)      Tutup kek dengan aluminium foil supaya air titisan daripada penutup periuk kukus x jatuh mengenai kek. Boleh juga balut penutup periuk kukus dengan kain supaya air tidak menitik ke kek.

2)      Kek akan naik hampir 2x ganda daripada original. Masa memasak dalam 1 ¼ jam juga sudah mencukupi bergantung pada kekuatan api. Pastikan kek mempunyai ruang udara yang mencukupi dalam periuk kukus supaya adunan dapat naik dengan cantik.

3)      Selamat Mencuba!!



Kek prune yang baru siap dimasak...gambar gelap sbb pencahayaan yg gelap di dapur..hehe




Kek yang telah siap dipotong...

6 comments:

metallurgical said...

bile nk buatkan tuk abg zul?? hehe... mcm sedap je.. meleleh air liur nih.. hehe

amie hani said...

suruhla siti amalliah wat..hehe

Lizawati said...

thanks amie 4 d recepi...mmg sedap banyak kek prune tue..insyaAllah nanti kak liza try wat utk abg fizi ;)

Lia Akma said...

sdap nye ami..thanks for sharing..=)
amie, aku jumpa shah meki smlm..pojaan ko dulu2..hehe..;p

amie hani said...

kak liza - amie pun nak gak..mane leh abg fizi yer dapat rasa...x aci!! ami nak gak..hehe

yaton - jgn lupe try kek ni tau..sedap..hehe..shah aku dah lama lupe..huhu

Lizawati said...

ala amie kak liza xwat lagi..hehe..erm nanti dh ada mixer, kak liza wat kat umah eh..soweee