Monday, June 21, 2010

Untuk muka lebih berseri...


Hallo2..amie's here..dah 2 hari x tulis blog..bestnyer menghabiskan hari cuti sabtu dan ahad di rumah..berehat2..sambil memasak..jadi cuti kali ni aku telah mencuba resepi baru..iaitu kuih seri muka...untuk muka lebih berseri..hehe...hari ni sempat jugak bawak ke ofis untuk kasi kak liza rasa..kak liza akhirnya dah balik dah daripada bercuti..hehe..sian kak liza kan..berjauhan daripada suaminya...hehe

Pagi tadi sempat gak tangkap gambar kuih sebelum pergi kerja..nak tengok x? Mestilah nak kan......ni kali pertama mencuba kuih ni..x tau la sedap ke x..nak tau kene tanya kak liza..hehe...Balik daripada jogging hari sabtu lepas tu singgahlah kedai runcit untuk membeli pulut dan kelapa parut..tiba2 ada seorang makcik tegur...

"Nak buat kuih ker?"

"Aah..nak wat kuih.." sambil tersenyum...

"Ni nak wat kuih untuk jual ker"

"Xdelah..mana ada jual..saje jer nak wat kuih untuk makan sendiri.."

"Adik ni duduk kat mana?"

"Duduk kat sini jer..kat Taman Merak Emas"

"O..dekat jerla..kat belakang tu jer la..."

Dalam hati..kenapalah makcik ni kata aku nak jual kuih plak dan aku duduk kat mana..ermm..ke makcik ni dah berkenan kat aku...haha...

Akhirnya berjaya gak wat kuih seri muka ni..kira nampaklah bentuk rupanya kan..hehe..walaupun warna hijau tu kurang cantik..sebab dah warna tu jer yang ada kat mydin..pakai jer la..pasni cik amie akan try warna apple hijau plak yer..mesti cantik...hehe..daripada segi rasa..ok jer...lain kali leh wat lagi..hehe



Comel x kuih ni? hehe..



Dah letak dalam tupperware


Macam mana? Ok x rupa dan rasa? Oklah..cukup sampai sini cik amie berceloteh..nanti kalau rajin cik amie upload resepi kat "Dari Dapur Cik Amie" yer..Ok..hingga jumpa lagi..Daaa...

1 comments:

Lizawati said...

kuih seri muka cik amie menjadi walaupun 1st time wat..kira ok 4 d 1st time..good try ;)..lembik skit..rasa ok..tapi still blh improve =)..ingatkan amie guna daun pandan kasi ijau..hihi