Lagu ni menceritakan amanah seorang wali atau bapanya yang selama ini menjaga anak daranya dan ia adalah amanat seorang bapa kepada bakal suami anaknya..memang sedap...penuh maksud..so para-para lelaki ni dengarlah lagu ni..kerana inilah harapan seorang bapa apabila dia menyerahkan anaknya kepada orang lain..Selamat mendengar dan menghayati lagu ni...dan x lupa juga lagu ni khas ditujukan kepada Mr. SA...(^_^)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
For additional info :
sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1805.0
Sakinah bermaksud tenang dan tenteram.
Contoh lafaz ikrar sakinah :
“ADALAH saya, Mohd Saiful bin Awang, suami kepada Aishah binti Musa yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Saiful dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Aisyah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Aisyah mencium lembut tangan suaminya.
Aisyah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.
“Adalah saya Aisyah binti Musa, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Aisyah dengan suara yang penuh dengan getaran.
Ini adalah lafaz penyerahan mas kahwin dan penerimaan mas kahwin oleh pasangan pengantin baru tersebut. Sebelum itu, bapa Aisyah juga melafazkan penyerahan tanggungjawab beliau sebagai bapa kepada menantunya, agar dapat menjaga anak perempuannya dengan baik. Begitu juga dengan ibu Aisyah sendiri yang mengucap lafaz pesanan ibu kepada Aisyah yang baru bergelar isteri. Lafaz itu pula dijawab oleh Aisyah melalui lafaz ucapan terima kasih anak, iaitu Aisyah sebagai anak mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang selama ini membimbing dan menjaganya dengan baik.
Kesemua lafaz ikrar sakinah ini dapat diperhalusi dan diuntai melalui upacara akad nikah yang berlangsung di negeri Johor. Malah, dipercayai bahawa negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan lafaz ikrar sakinah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment