Tuesday, November 16, 2010

Sambal Kicap yang sedap (Orang Jawa)


Hallo2..miss amie is here..sebelum cik amie terlupa..cik amie nak share resepi buat sambal kicap yang sedap..ramai yang puji sambal kicap ni sedap..hehe..nak buat pun mudah jer..cuma org x tau resepi rahsia ni selama ini..hehe..resepi ni adalah resepi turun temurun orang jawa..mak saya yang ajar dan our whole family use this receipe..hehe..sesuai dimakan bersama sup ayam, sup tulang, bihun sup, kari ayam, ikan goreng dan pelbagai hidangan lagi..cuba jangan x cuba yer...Selamat Mencuba!!


Resepi Sambal Kicap Cik Amie

Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi berwarna merah/hijau
1 biji limau kasturi - diambil jusnya
Kicap secukupnya

Cara-cara membuatnya :
Tumbuk 10 biji cili padi bersama bawang putih menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga lumat. Setelah siap masukkan cili yang ditumbuk dalam bekas kecil. Masukkan kicap secukupnya dan perah 1 biji limau kasturi ke dalamnya. Siap dan Selamat Mencuba!!!

p/s : untuk menghasilkan sambal kicap yang sedap, elakkan blender cili dan gunakan lesung batu. Ini kerana cili yang ditumbuk menggunakan lesung batu mempunyai perasaan kasih sayang daripada orang yang membuatnya dan sebab itu hidangan menjadi sedap..(^_^). Untuk hidangan yang lebih banyak, anda boleh gandakan resepi di atas.



Air tangan cik amie..hehe

2 comments:

DyaNz said...

Poyorr arr...ada kaseh sayang ka batu tu??

amie hani said...

org yg menumbuk tu ada kasih syg..batu tu xde la..