Resepi Sambal Kicap Cik Amie
Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi berwarna merah/hijau
1 biji limau kasturi - diambil jusnya
Kicap secukupnya
Cara-cara membuatnya :
Tumbuk 10 biji cili padi bersama bawang putih menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga lumat. Setelah siap masukkan cili yang ditumbuk dalam bekas kecil. Masukkan kicap secukupnya dan perah 1 biji limau kasturi ke dalamnya. Siap dan Selamat Mencuba!!!
p/s : untuk menghasilkan sambal kicap yang sedap, elakkan blender cili dan gunakan lesung batu. Ini kerana cili yang ditumbuk menggunakan lesung batu mempunyai perasaan kasih sayang daripada orang yang membuatnya dan sebab itu hidangan menjadi sedap..(^_^). Untuk hidangan yang lebih banyak, anda boleh gandakan resepi di atas.
Air tangan cik amie..hehe |
2 comments:
Poyorr arr...ada kaseh sayang ka batu tu??
org yg menumbuk tu ada kasih syg..batu tu xde la..
Post a Comment