Tuesday, April 20, 2010

Bengkel Sukarelawan di Port Dickson (Siri 1)


Hallo2...amie's here..ok..kali ni nak citer pengalaman dan aktiviti semasa bengkel sukarelawan di Port Dickson 17-18 April 2010. Jom baca sama2!!

17 April 2010

Seisi Pagi

- Sepatutnya kul 7 pagi dah kene ada di hadapan cafe..tapi kami ni iaitu kak jimi, kak aisah, kak liza dan aku baru nak bertolak daripada rumah..dan bila kami sampai bas pun x sampai lagi..dan ramai peserta yang dah datang..x lama tu ustaz zakuan pun datang..pastu check nama..sign...dan bila bas datang...kami pun naik...Akhirnya kul 7.35 pagi bas pun bertolak..kali ni perjalanan lalu jalan dalam..lalu pengkalan balak..tempat aku dan bayah bbq dulu..dalam bas aku x tdo pun..sebab aku x tdo aku sempat merakam aksi kak liza, kak jimi dan kak aisah tdo..hihi..Ketika perjalanan..kami terserempak dengan accident yang sangat teruk..kerete iswara bertembung dengan kereta viva..kereta iswara remuk teruk dihadapan..dan ketika kami lalu..2 tubuh terkujur di atas tanah dan ditutupi oleh plastik hitam...Innalillahi wa ilaihirojiun...mati ni bila2 jer boleh datang..hari ini kita gembira..dan x semestinya hari esok kita masih lagi ada di dunia ini..kemalangan ini juga telah dilaporkan dalam berita TV3 malam semalam...



Gambar curi..hehe...nasib baik kak jimi dan kak aisah x sedar..hehe


Kami sebelum pergi..dah nampak cam ustazah la plak..semua baik dan sopan..hihi..


aku dan bayah sebelum pergi...


- Akhirnya kul 8.45 pagi kami selamat sampai di resort kami iaitu Cosa Rocahardo..kawasan berdekatan dengan Tanjung Tuan..resort ni not bad la..tapi x de lif...penat naik turun tangga..dapat plak bilik paras 2..dan seminar plak di aras 3..sampai2 jer kami di sambut oleh sukarelawan Al-Falah..dan mejar menerangkan serba sedikit tentang Al-Falah..ia merupakan unit beruniform yang dibina berorientasikan Islam untuk menolong orang secara sukarela..mula2 datang terkejut gak..unit beruniform plak tu..kene belajar kawad la plak nanti...datang jer kami terus dikehendaki mengisi borang sukarelawan Al-Falah...dan secara automatiknya kami telah menjadi ahli sukarelawan Al-Falah...sukarelawan ini adalah di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau lebih dikenali sebagai YADIM yang berpusat di Kuala Lumpur..dan setakat ini sahaja keahliannya telah mencapai sebanyak 45,000 orang.


- Selepas itu barulah kami minum pagi..makanan pertama yang kami makan adalah kuih seri muka dan kuih cucur badak..oklah..sedap la jugak makanan kat resort ni...rehat 10 minit jer...dan seterusnya kami mendengar ceramah pertama kami dari Ustaz..... Di akhir seisi ceramah ni..penceramah meminta untuk dimatikan lampu..dan kami di kehendaki menyediakan satu kertas A4 dan dilipat dua kemudian dikoyak. Kertas pertama kami dikehendaki menulis 5 perkara yang telah membuatkan ibu saya terasa hati dengan sikap saya..emm..sebenarnya susah soalan ini..lama saya berfikir..dan akhirnya 3 sahaja yang sempat saya tuliskan..setelah siap..penceramah meminta kami melipat kertas tersebut menjadi kecil...dan meletakknya di atas dada..Penceramah membacakan doa..yang membuatkan kami insaf..


"Ya Allah..sesungguhnya kami tlah banyak melakukan dosa kepadamu Ya Allah...kami telah membuatkan ibu kami terasa dengan sikap kami...yang telah mengandungkan kami selama 9 bulan..yang telah menjagi kami dari kecil hingga besar...mulai saat ini..kami berjanji Ya Allah...tidak akan mengulangi sikap kami ini lagi..."


Setelah itu kami dikehendaki untuk mengoyakkannya dan mencampakkan kertas tersebut dihadapan..kak liza dengan pantasnya mencampakkan kertas tersebut dihadapan...aku plak..x sampai hati nak campak kat depan..nanti buat sampah la plak...jadi aku just gumpal2 dan letak dihadapan meja...Ramai peserta kursus yang mengalirkan air mata ketika seisi ni...semua teringat ibu masing2...memang sedih...


Seterusnya kertas lagi satu pula...kami dikehendaki untuk menulis 3 perkara yang diberikan oleh ibu saya...dan untuk soalan ini aku berjaya untuk menulis 3 perkara ini..dan penceramah meminta kami mengoyakkan kertas tersebut..dan kami pun ikut sahaja arahan penceramah...


Setelah habis seisi tersebut..penceramah bertanya..


"Ada tak sesiapa di antara kalian yang mengingkari perintah saya? Dia tidak mengoyakkan kertas seperti yang disuruh oleh saya?"


Semua perserta kursus kata menjawab.."Tidak"


"Sesungguhnya kamu telah terpedaya...Apabila datang orang luar dalam hidup kamu dan meminta kamu menulis perkara yang disukai oleh kamu dan meminta kamu untuk mengoyakkannya..kamu ikut sahaja kata orang tersebut..sepatutnya kamu tidak mengikut kata orang luar tersebut..kerana ini merupakan hadiah yang diberikan oleh ibu kamu..sepatutnya kamu menghargainya dan tidak mengoyakkannya...Ini jelas membuktikan yang hati kamu masih lagi rapuh dan boleh dicerobohi oleh orang luar..Kamu telah terperdaya!!"


Kami terperdaya buat kali pertama..nak buat camana...kami dah terbiasa mendengar arahan..jadi kami x biasa untuk melanggar arahan..Kursus ni mengingatkan kita bahawa..kita janganlah mudah diperdayakan oleh orang luar..dan kita juga hendaklah mempertahankan maruah masing2...satu peringatan yang cukup bagus untuk kami semua..dan seiring dengan tazkir yang perlu kami baca setiap kali bermulanya satu ceramah...


"Hindarkan derita
Hindarkan sengketa
Janganlah terpedaya
Marilah Bersaudara"




Ni lah dia ustaz zakuan..sebenarnya xde niat pun nak tangkap gambar ustaz..nak tangkap gambar orang lain tapi tertangkap gambar ustaz...sori yer ustaz...hihi


Untuk ceramah yang ke-2 plak..yang lebih kepada isu halal dan haram...saya akan cerita pada post seterusnya...ceramah ni plak..membuatkan semua orang terkejut..ini x boleh makan...itu x boleh makan..dah tu macam mana nak makan? Kalau nak tau bacalah post saya yang seterusnya...(^_^)


Bersambung ke Siri 2....

0 comments: