Wednesday, April 21, 2010

Kisah Sedih Si Kumar...


Emm...nak citer kisah sebenar yang terjadi pasal kes hari tu..kes pasal penipuan buku tu..semalam aku dan bayah pergi la wat report polis kat alor gajah..mula2 tu pergi kat IPD Alor Gajah sebab arfah suruh jumpa Inpector Amira..pastu sampai sana Inspector Amira suruh plak wat report kat balai polis alor gajah kat pengkalan..kami yang x tau jalan ni ke balai polis ni...sampai 2 kali pusing..akhirnya sampai la kat balai polis ni...

Sampai jer kat balai polis tu terus cakap saya nak wat laporan pasal kes penipuan..pastu aku pun citerlah macam mana terjadi..lama giler..bukannya lama aku bercakap tapi orang yang ambik laporan tu yang lambat..wat laporan jer dah setengah jam...orang lain yang datang wat laporan kat kaunter sebelah sampai dah balik..aku ngn bayah ni x balik2..laporan plak x siap..nasib baik aku x naik marah kat balai polis tu..hehe...pastu plak masa menunggu orang tu wat laporan ada lah banduan2 ni lalu..banyak plak tu...kami yang dok kaunter ni punyerlah risau..yer la mana la tau die wat ape2 ker..bayah pun dah mula takut..hehe...pastu tengok banduan ni..kejap ada dok depan kejap ada dok belakang...sebenarnya perkara macam ni boleh menakutkan pelanggan...macam seolah2 dorang bebas bergerak...

Bila tengok meja kat balai polis ni..ada perkataan.."Kami sedia membantu"...actually aku sedikit kecewa dengan servis perkhidmatan yang diberikan..sampaikan bayah kata..

"Ni kalau ada orang kene ragut beg kat depan ni..pastu nak kene tunggu wat laporan..dah la lambat..alamak..pencuri pun dah lari..beg pun kene kebas..."

Emm..betul gak apa yang bayah cakap...sorry to say like this..but it is true..for me they are not efisien...i'm waiting there for a long time..but after 10 minutes...they still asked same questions and ask me what type of report you want to do? Pas wat report semua...dorang pun tunjuk report yang telah ditaip..actually ada banyak spelling error kat report tu..aku ngan bayah pun perasan...tapi aku ngn bayah cuma tegur sikit jer pasal 'term' penggunaan bahasa.


Report yang dibuat di balai polis kat Pengkalan...

Bila dah siap laporan..kami ke IPD Alor Gajah balik dan jumpa Inspector Amira balik..sampai sana kene wat report lagi..yang ni plak Inspector Amira yang tanya cuma bezanya kali ni lebih detail..kene tunjuk bukti..citer latar belakang diri..kasi no tepon kumar...nasib baik ngn inspector ni lebih efisien...spelling kat report ok..dah siap sign semua barulah inspector ni citer yang sebenarnya....

"Sebenarnya kumar ni pun kena tipu gak..oleh 2 orang india yang ada kat atasnya..die pun sekarang x tau kemana 2 orang india ni..bapa si kumar ni plak sebenarnya adalah bussinessman yang kaya raya..dia ada salah faham dengan bapanya...die nak buktikan kat bapanya bahawa die ni boleh keje independent x bergantung kepada bapanya..tapi x sangka plak macam ni plak jadinya...dan kumar ni plak dah pergi kat banyak tempat..kat johor..melaka...kat UM pun die pergi..bapa die x nak kes ni jadi besar..jadi bapa die akan bayar balik semua duit tu..beribu2 jugak la kosnya...esok bapa kumar akan datang..dan akan dibawa ke kedah plak..sbb kat sana nak tengok kes sebenar..nnt saya akan inform la kalau bapa kumar tu nak pulang duit atau x...dan kes ni saya akan diletakkan dalam fail yang sama sebab saya dah buka kes ni"


Resit sebagai bukti pembayaran

Erm...legalah hati jugak dengar bapa si kumar ni nak bayar balik..sebenarnya aku kesian gak ngn si kumar ni..die pun kene tipu gak...tapi nak wat camana kan..die tersalah mengenali orang..x sangka gak..orang india pun tipu orang india gak...dan aku jugak rasa kumar ni adalah seorang yang educated..die keje ni pun just nak tunjukkan kat bapanya die boleh berjaya tanpa bapanya...tapi x sangka plak ni yang terjadi...mesti pasni die akan keje dengan bapanya kan...

Oklah..cukuplah saya citer kisah sebenar yang terjadi disebalik kes penipuan ni..dan Inspector Amira pesan...pada sesiapa yang terkene gak dalam kes ni buatlah report cepat dan jika anda ingin wang anda kembali...Berhati2 lah dalam memilih kawan...dan janganlah mudah terpedaya!! Oklah...hingga bertemu kembali..Daaa....

0 comments: