Tuesday, April 27, 2010

Petua untuk kempiskan perut yang buncit bagi lelaki dan perempuan!!


Hallo2...amie's here...cik amie nak share tips ni..sebab ramai sangat yang mengadu ngn cik amie perut dorang buncit la ape la...so saya nak share tips ni ngn semua kawan2 dan pasni kita try sama2 ek..hehe...nanti kita share pengalaman sama2 adakah tips ni menjadi atau tidak...Jom baca sama2!!

1. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan 'hula hoop'. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

2. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, minum air limau nipis boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. PERCAYALAH.. !!!

3. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

 4. Jika anda mengalami masalah berat badan, minum air asam jawa setiap hari. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

5. Nak turunkan berat badan selepas makan amalkan minum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk kayu manis dan madu.


gambar sebagai hiasan jer..hehe

KHAS BAGI LELAKI SAHAJA!! WAJIB BACA!!

Mengurangkan buncit bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. Iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. 

p/s : cik amie excited sangat nak wat tips no.4...hehe...jom kita cuba sama2...:)
  

2 comments:

Anonymous said...

yang pasal tips laki perut buncit tu, just sapu je ea.. tak pyh mkn??

fatimah said...

Perkongsian yang menarik. :)