Wednesday, May 5, 2010

Petua untuk menghilangkan bau badan!!


Hallo2...amie's here..Kali ni saya bawakan topik Petua untuk menghilangkan bau badan..topik ini ditujukan khas untuk seseorang..ini merupakan permintaan daripada salah seorang peminat blog saya..hehe...Harap petua ini dapat dikongsi bersama..Kepada sumber info saya..terima kasih banyak2...semoga ilmu ni dapat dipanjangkan lagi...kat sini ada banyak petua yang saya kasi..pilihlah petua yang anda rasa anda senang amalkan..jangan x cuba plak tau...Jom baca!!!

Petua untuk menghilangkan bau badan!!


1. Ambil timun (agak2 jer ikut suka anda..hehe) dan kisar (gunakan blender senang..hehe). Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak. Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi. Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya. Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.

Potong timun menjadi bahagian yang kecil dan blender..hehe

2. Potong limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi bersama airnya. Amalkanlah selalu.


Kat rumah cik amie banyak sangat limau kasturi ni..kalau nak datanglah rumah...hehe

3. Tawas boleh digunakan untuk menghilangkan masaalah bau badan atau ketiak berbau. Biasanya tawas ni boleh didapati dikedai kedai runcit mamak. Caranya, lepas mandi sapukan tawas ditangan lepas tu sapu keseluruh badan atau ketiak anda. InsyaAllah bau badan dapat dihilangkan. Tapi jangan sapu terus ke badan kerana permukaan tawas ni tidak rata dan boleh mengakibatkan luka luka kecil kalau tidak berhati-hati.

p/s : jangan gosok ganas sangat..lembut2 jer yer..terutama bagi anak dara dan orang yang nak kawen..hehe


Antara jenama tawas yang ada

Rupa bentuk tawas..cik amie pun x pernah tengok...hehe

4. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

p/s : cik amie pun xpernah rasa air bunga cengkih..mungkin pahit sedikit...tahan jer la ek...hehe

Bunga cengkih..

5. Ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang.

6. Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian.

7. Ambil beberapa helai daun sirih, sebelum anda mandi gosoklah badan anda (keseluruhan) dengan beberapa helai daun sirih. Tentukan dibahagian sudut anggota badan anda dapat digosokkan dengan baik. Selepas itu barulah anda bersihkan badan dan terus mandi. Amalkan dua tiga kali dalam sebulan.

8. Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.

9. Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

p/s : cik amie rasa..petua menggunakan beras ni bukan sahaja dapat menghilangkan bau badan..tapi mesti kulit kita akan jadi lembut dan gebu jer sebab guna air beras..hehe

10. Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.


Petua untuk menghilangkan bulu ketiak!!
 
Petua ni plak saje jer nak letak..hehe..sebab macam berkaitan jer ngn yang atas..kalau bulu ketiak dah hilang mesti bau badan pun akan hilang gak...hehe...Jom baca!!
 
1. Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus . Campurkan sedikit minyak tanah . Sapukan pada ketiak . Bulu ketiak akan hilang selepas sapuan beberapa kali.

p/s : petua ni cam bahaya plak sebab nak kene guna minyak tanah..haha...

2. Untuk menghilangkan bulu ketiak dan menjadikan ketiak anda agar licin, cuba ambil serbuk lada sulah yang siap ditumbuk , tiga biji kapur barus dan gaulkan sehingga rata dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Insyallah , secara berperingkat , bulu ketiak akan gugur dan tidak akan tumbuh lagi.

p/s : ok..try petua ni plak..nampak cam kurang membahayakan...hehe

3. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

p/s : petua ni pun senang...bagi budak2 yg belum tumbuh bulu ketiak..cepat2lah try petua ni...Chaiyok!! Best tau xde bulu ketiak ni..sebab apa..x payah nak susah2 fikir nak cabut bulu ketiak ni selalu..haha

4. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.


Jintan putih...


Petua untuk memutihkan ketiak pula..hehe

Campur sedikit kapur sirih bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.


Petua untuk menghilangkan bau pada baju!!

Merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan (daun pandan hendaklah ditumbuk/blender dan ambil airnya). Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang dan pakaian kita menjadi wangi.

0 comments: